
Thursday, October 23, 2008
Tajuk hari ini....NASDEC 08..YDP :)
Perkahwinan Semasa Belajar:
Kebaikan dan keburukannya dalam Pembangunan Pelajar Universiti
Kamarul Azmi Jasmi
Pensyarah
Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial
Universiti Teknologi Malaysia
qamar@utm.my
Budaya perkahwinan semasa belajar di IPT di Amerika mengikut satu kajian telah mencapai angka 34,6% bagi perempuan ketika usia 20-24 dan 21,4% bagi laki-laki dalam usia tersebut. Bahkan ada sesetengah pelajar telah berkahwin seawal usia 18 tahun, namun mereka masih meneruskan pengajian mereka di IPT (Hoffman et.al., 1994). Namun, perkahwinan semasa berada dalam umur belajar ini masih belum diterima dengan baik kepada sebahagian besar masyarakat di Malaysia. Terdapat kajian membuktikan bahawa ada kalangan ibu bapa yang masih belum boleh menerima mahasiswa/i yang ingin berkahwin semasa mereka di IPT (Nor Rashidah Abdul Jamal 2006). Kebaikan dan keburukan berkahwin semasa belajar pada hakikatnya perlu diperincikan situasinya terlebih dahulu sebelum ibu bapa menolak atau menerima kehendak anak- anak mereka yang ingin berkahwin walaupun masih menuntut.
Kebaikan dan Keburukan Berkahwin Semasa Belajar dari Perspektif Islam
Bebanan berkahwin ketika masih lagi belajar sememangnya wujud. Kepada suami kerana perlu menanggung isteri (al-Tahrim 65:7). kepada isteri pula kerana perlu melayan suami (al-Tarmidhi, 1994: 386/2). Kepada kedua-duanya pula apabila si isteri mengandung, melahirkan dan menjaga anak. Dalam masa yang sama, mereka pula terpaksa membahagikan masa untuk belajar yang menyebabkan ada sebahagian mahasiswa/i terlibat terkandas di universiti (Cari Forum, 2007). Hal ini merupakan perkara pokok yang menjadikan sesetengah mahasiswa/i tidak ingin berkahwin dan ibu bapa pula keberatan untuk mengizinkan mereka berkahwin. Perlu dingat bahawa apabila menyebut perkataan kahwin semasa belajar, ibu bapa dan mahasiswa/i perlulah berbalik kepada situasi hukum perkahwinan. Terdapat beberapa hukum dan perkara yang perlu ibu bapa perincikan, iaitu hukum berkahwin bagi mahasiswa/i yang mempunyai keinginan untuk itu, definisi mampu mengawal nafsu dan mampu dalam nafkah. Seorang mahasiswa/i yang ada keinginan untuk berkahwin, maka hukumnya ada tiga. Sunat hukumnya jika mempunyai kemampuan dan mampu mengawal nafsunya. Wajib hukumnya jika mempunyai kemampuan dan tidak mampu mengawal nafsunya. Akhir sekali, makruh hukumnya jika tidak mempunyai kemampuan tetapi tidak boleh mengawal nafsunya (Ramayulis, 2001: 19).
Perkara kedua yang perlu diperhatikan ialah pengertian mampu nafkah untuk berkahwin yang menjadi persoalan utama ibu bapa menghalang anak mereka berkahwin. Nafkah wajib seorang suami terhadap isteri ialah sekurang-kurangnya 530 gram beras dengan lauknya. Nafkah pakaian pula ialah suami menyediakan untuk isterinya pakaian mengikut kebiasaan pakaian wanita dalam sesebuah masyarakat. Tempat tinggal pula, selagi seorang isteri sudah mempunyai tempat tinggal sama ada disewa atau dibelikan, sama ada duduk sekali atau berasingan dengan bertemu sesekali, maka itu sudah memadai dianggap sudah mampu menyediakan tempat tinggal (al-Husaini, 1941: 89/2). Apabila dilihat kepada mahasiswa yang mempunyai pinjaman pelajaran atau pun biasiswa, hal kemampuan ini sudah termaklum mencukupi jika pengurusan kewangan diselia dngan baik. Justeru, hukum mahasiswa/i yang berkeinginan untuk berkahwin sudah menjadi hanya sunat atau wajib. Kalau mereka mampu menahan nafsu sehingga tidak terjerumus ke lembah maksiat jadi sunat dan sebaliknya pula menjadi wajib. Perkara ketiga ialah kemampuan untuk mengawal nafsu daripada terjerumus ke lembah zina dan maksiat. Syariat mengukur kemampuan mengawal nafsu sehingga tidak terjerumus ke lembah zina ini ialah apabila mahasiswa/i tidak saling memandang antara satu sama lain dengan shahwat secara sengaja. Bahkan hukum melihat yang disunatkan seorang lelaki terhadap wanita sebelum berkahwin hanya sekali bagi orang yang sudah ada keazaman untuk meminang seseorang wanita. Itu pun dalam keadaan tidak diketahui oleh wanita bagi menjawa maruah diri dan keluarganya jika tidak jadi berkahwin. Selain itu, pandangan tersebut juga hanya tertakluk kepada kawasan muka dan tapak tangan (al-Zuhayly, 1989: 23/7). Bagaimana pula hukum mahasisw/i berbual dan berSMS dalam keadaan penuh berahi dan bernafsu. Dan jauh sekali hukumnya pula kalau sampai berpegang tangan, berpeluk-pelukan ketika menunggang motorsikal serta berdua-duaan tanpa mahram yang sudah jelas hukumnya sebagai haram (al-Bukhari, 1994: 2784; Muslim, 2001: 2391; al-Tarmidhi, 1994: 1091; Ahmad, 1994: 1833; al-Darimi, t.thn: 303). Jika mahasiswa/i sudah sampai terlibat dengan semua perkara ini, tidak syak lagi mereka sudah tidak mampu untuk mengawal hawa nafsu mereka yang boleh menjerumuskan mereka ke lembah zina. Pada ketika ini, hukum wajib untuk berkahwin sudah tidak boleh dipertikaikan lagi. Terjerumusnya mahasiswa/i kepada kerosakan sosial dan lembah zina yang berpunca daripada perkara tersebut sudah banyak dilaporkan dalam kajian dan akbar (Mazrita 2003; MelakaFM 2008). Sekalipun mereka tidak terlibat dengan gejala yang dinyatakan, kesunatan berkahwin semasa belajar bagi yang berkeinginan untuk berkahwin itu sendiri sudah mempunyai faedah yang sangat besar jika diteliti sama ada dari segi akli dan naqli. Dari segi naqli antaranya, ialah perkahwinan merupakan satu ibadat sama ada dari hal persetubuhan antara keduanya ,curahan kasih sayang antara keduanya gurau senda antara kedua-duanya ), nafkah suami kepada isteri dan sedekah isteri kepada suaminya layanan dan komunikasi yang baik antara keduanya yang sebahagian besarnya adalah menjadi haram sebelum perkahwinan dan sebahagian kecilnya pula berdosa jika tidak menjaga batas-batasnya. Begitu juga adalah ditegaskan oleh Allah S.W.T. dan Rasullahnya bahawa perkahwinan menjaga mata daripada maksiat dan memelihara diri dari-pada zina Dari segi aklinya pula penulis suka mengambil pandangan daripada seorang mahasiswi sendiri yang menyebut:
“Perkahwinan semasa belajar boleh menjadi motivasi lagi yang malas belajar, ada yang lebih cemerlang selepas berkahwin. Mungkin hidup bahagia atau tahu tanggungjawab besar yang perlu dipikul. Mampu menghalang diri daripada maksiat, jiwa orang kahwin pastinya lebih tenang daripada gelojak nafsu orang bujang. Fikiran lebih matang untuk memahami erti kehidupan, matlamat, tujuan dan gerak kerja akan datang. Jiwa lebih realistik berbanding dahulunya banyak yang idealistik. Anak sebagai penenang jiwa. Kehadiran yang pasti ditunggu oleh setiap pasangan. Ramai yang belum berkahwin memandang perkahwian adalah seks, namun seks selepas kahwin sememangnya penting tetapi ianya mungkin jatuh ke tangga kedua, ketiga dan… Pasangan pasti resah sekiranya lambat mendapat anak. Betul ke? Kahwin dulu baru tahu, tak sama fantasi anda dengan dunia realiti. Kehidupan lebih teratur, masa lebih terancang.” (Datul Kisya, 2008)
Cadangan bagi Meningkatkan Pembangunan Pelajar yang Belum Berkeinginan atau Sudah atau dan Telah Berkahwin Semasa Belajar
Cadangan buat mahasiswa/i:
(1) Membuang mentaliti bahawa perkahwinan merupakan satu halangan dalam pelajaran tetapi perlu menganggap sebagai satu proses kematangan terhadap tanggungjawab.
(2) Memilih hidup berkahwin yang berpahala daripada berpasangan tanpa perkahwinan di IPT yang banyak dilingkari dengan dosa.
(3) Terbukti dalam kajian bahawa perkahwinan semasa belajar merupakan satu keseronokan yang fitrah terhadap naluri kemanusiaan. Oleh itu, mahasiswa/i perlu menimbang untuk menjadikan perkahwinan satu budaya yang baik untuk diamalkan.
(4) Mengubah pandangan bahawa kegagalan pelajaran sebenarnya lebih besar kerana kerosakan sosial berbanding perkahwinan.
(5) Keengganan mahasiswa untuk berkahwin sekalipun telah mempunyai calon dan dalam masa yang sama terus ingin hidup bercouple dengan tidak menjaga batas-batas syariat, menunjukkan bahawa dia merupakan lelaki yang takut memikul tanggungjawab dan tidak matang untuk memilih jalan kehidupan yang baik sebagaimana anjuran Islam.
Cadangan buat ibu bapa mahasiswa/i:
(1) Membuang mentaliti khususnya anak perempuan bahawa perkahwinan menghalang mereka daripada mendapat hak pendidikan.
(2) Memahami dan menerima dengan hati terbuka hikmah perkahwinan terhadap anak yang masih belajar di IPT.
(3) Melihat keperluan anak yang ingin berkahwin ketika masih belajar. Jika anak sudah ada keinginan itu, ibu bapa perlu menggalak dan mengizinkan mereka. Jika mereka ada calon, tetapi belum ada keinginan ke arah itu. Ibu bapa perlu melihat situasi anaknya sama ada boleh menjaga batasan syariat atau tidak. Jika ibu bapa mendapati bahawa anak mereka tidak dapat menjaga batasan itu, mereka perlu menggalakkan perkahwinan supaya dapat menghindarkan mereka daripada kerosakan moral dan kancah penzinaan.
(4) Membudayakan perkahwinan dan pelajaran terhadap diri sendiri dan anak-anak bagi memelihara tingkah laku dan moral.
(5) Tidak membebankan anak yang berkahwin sewaktu belajar dengan perbelanjaan perkahwinan yang tinggi. Perbelanjaan yang sederhana dalam perkahwinan itu sendiri lebih menepati syariat Islam.
(6) Cuba memahami dan membantu anak yang berkeluarga ketika belajar dengan cara mencukupkan keperluan mereka tanpa diminta. Ini memandangkan hidup mereka memiliki tanggungjawab keluarga dan pelajaran dalam keadaan sumber kewangan yang terhad.
Cadangan buat Institusi Pendidikan Tinggi:
(1) Menyediakan pusat temu jodoh kepada mahasiswa/i yang ada keinginan berkahwin tetapi sukar mendapat jodoh atau mempertemukan kumpulan yang berkerjaya di luar atau dalam universiti untuk berkahwin dengan mahasiswi di universiti. Dengan ini, pendidikan mahasiswi dapat diwujudkan dengan lebih jayanya sekalipun berkahwin.
(2) Memberi bantuan perbelanjaan perkahwinan kepada mahasiswa/i yang ingin mendirikan rumahtangga.
(3) Menyediakan lebih banyak kemudahan penginapan kepada pelajar yang berkahwin dengan sewa yang sangat berpatutan.
(4) Menggalak dan membudayakan institusi perkahwinan kepada mahasiswa/i berbanding budaya coupling tanpa ikatan perkahwinan di universiti.
(5) Menyediakan bantuan kewangan tambahan atau potongan yuran kepada mahasiswa/i yang berkahwin. Kumpulan ini layak mendapat zakat dan sedekah (fi sabillah) bagi meringankan beban kewangan.
(6) Menyediakan kemudahan kursus dan bengkel kepada mahasiswa/i yang akan dan telah berkahwin untuk memantapkan lagi pengurusan masa dan kewangan mereka ketika belajar. Selain itu, kursus perancangan keluarga juga perlu diwujudkan supaya mahasiswa/i mempunyai ilmu dan boleh merancangan untuk mendapat anak dalam tempoh dan masa yang sesuai. Ilmu ini penting agar kelahiran anak mereka tidak sehingga mereka terpaksa menangguhkan pengajian mereka satu atau dua semester.
(7) Menyediakan pusat jagaan anak kepada mahasiswa/i yang telah menimang cahaya mata memandangkan anak tetap menjadi subjek penting bagi mereka walaupun masih belajar di IPT.
Cadangan buat kerajaan
(1) Menghapuskan terus halangan pinjaman atau biasiswa yang mensyaratkan larangan berkahwin semasa di IPT dan khususnya di IPG.
(2) Membentuk dasar yang menggalakkan institusi perkahwinan di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta serta pelajar yang dihantar ke luar negara bagi membendung gejala sosial. Untuk itu, kerajaan boleh memberikan bantuan kewangan berupa tambahan pinjaman atau biasiswa kepada pasangan yang sudah mendirikan rumahtangga bagi meringankan beban mereka.
(3) Memberi bantuan kepada IPT untuk mendirikan rumah-rumah kelamin dan pusat- pusat jagaan anak bagi meringankan beban pasangan mahasiswa/i yang berkahwin. Dengan ini, mereka boleh menumpukan perhatian kepada pelajaran dan keluarga dengan lebih terurus dan mantap.
Haa…menarik kan?..jadi fikir2kanlah wahai sahabat2ku sekalian. Hasil ini bukan bualan kedai kopi, tapi hasil kajian ilmiah seorang ustaz yang di dalam pengajian Doktor Falasafah ( Phd) di universiti Teknologi Malaysia skudai. Jadi..kertas kerja ini mungkin berguna buat kalian semua. Untuk kertas kerja yang sempurna boleh dapatkan sofcopy daripada saya, pinjam tak leh…Hehe.. Saya pun dalam perancangan nak Photostat banyak2 dan bagi kat akak saya yang sulong kat kampong tu..hehe..Yang lengkap punya siap dengan dapatan2 yang mungkin dapat membantu anda mengubah persepsi keluarga anda terhadap kehendak anda yang mungkin membuak2 di dada anda semua.
Yang penting adalah usaha, doa dan tawakkal..sekurang2nya anda berusaha tidak kira dengan apa jua cara. Tercapai atau tidak semuanya perancanagan Allah Ta’ala…..YDP : )
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan ( Persidangan NASDEC 08 )
Tarikh 22-23 / 10 / 08
Tempat : Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor.
Info seminar : 120 Pembentangan Kertas kerja, 6 Tempat Pembentangan, 312 Peserta.
Latar belakang Peserta : Guru, Pensyarah, Dr Falsafah, Mahasiswa, Prof, Prof Madya dan Pegawai2 dari Pelbagai Institusi Kerajaan dan agensi2 swasta.
21 / 10 / 08
1.30 tghr : Bertolak dengan pensyarah pengiring, Cikgu Roslan. Turut sama sebagai peserta : YDP, dan
mantan NYDp dan mantan exco kebajikan diatas sebab2 yang telah dipertimbangkan dan persetujuan MT JPP 08/09.
8.00 mlm : sampai di Skudai dan menginap di rumah salah seorang kenalan Cikgu Roslan.
22 / 10 / 08
8.00 pg : pndftaran
5.00 ptg : tamat sesi untuk hari ini.
Perjalanan seminar.
45 pembentangan dijalankan serentak pada waktu pagi sehingga waktu zohor. Tajuk2 telah ditetapkan waktunya, tempatnya dan peserta bebas bergerak mengkut jadual dan tajuk yang disukai dan diminati.
Pada sebelah petangnya disambung dengan 20 pembentangan lagi ditempat yang sama pada pagi tadi.
Secara keseluruhan pada hari ini, banyak tajuk hasil kajian yang menarik dibentangkan. Namun yang betul2 mnearik perhatian kami semua adalah dua pembentangan. 1 diawal pagi dan 1 di awal petang. Aspek2 yang kami ambil kira ialah cara pembentangan, isi2 dan gaya..Cukup menarik dan pfofesional. Pada sebelah paginya : Kepemimpinan Dari Perspektif Islam : Satu Aplikasi Terhadap Pembangunan Pelajar Ke Arah Modal Insan Terbilang , Dr. Hj. Syd Abdul Rahman Bin Hj. Syd Zin , Kolej Sastera Dan Sains , Universiti Utara Malaysia. Manakala sebelah petagnya, tajuk inilah yang paling mendapat sambutan sehingga peserta bersesak2 untuk mengikutinya. : )
Lelaki Lembut: Faktor dan Kesannya Kepada Pembentukan Sahsiah Mahasiswa , Farahwahida Mohd Yusof (Ph.D), Sharifah Munirah binti Timmiati, Pusat Pengajian Islam & Pembangunan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia.
sambungan di lain masa.......YDP..: )
Tuesday, October 21, 2008
maklumat dan peristiwa
Majlis Khatam Al-Quran
Di masjid Imam AsyShafie
25/9/08
Majlis Hari Raya Peringkat IPIS 08
Tarikh : 10/10/08
Masa : 2.30 petang.
Tempat : Dataran Dewan Besar IPIS
Jemputan : Seluruh warga IPIS
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dari kami JPP IPIS 08/09 . YDP : )
Penggambaran Biro
Alhamdulillah, Khamis 16/10/08 bermula jam 8.30 pagi bertempat di foyer blok pentadbiran semua warga JPP telah menjalani sesi penggambaran bersama dengan pensyarah penasihat masing2. Jutaan terima kasih kepada photographer yang hensem2 dan smart2 2...terima kasih sangat2 diatas komitmen anda semua...YDP : )
Lawatan Muhibbah JPP IPIS 08/09
Tarikh : 11/10/08
Destinasi : Institut Perguruan Teknik Kuala Lumpur
Ahli-ahli Lawatan : JPP IPIS 08/09, mantan2, wakil2 sayap JPP.
Pensyarah Pengiring : Encik Saipo bin Ayub.
Tarikh : 17/10/08
Destinasi : Institut Perguruan Raja Melewar Negeri Sembilan, Institut Perguruan Perempuan Melayu
Melaka.
Ahli-ahli Lawatan : JPP IPIS 08/09, mantan2, wakil2 sayap JPP.
Pensyarah Pengiring : Ustaz Ismail bin Che Ku.
Terima kasih di atas kesudian IPG2 tersebut diatas kesudian menerima kehadiran kami semua. Meskipun dalam keadaan sibuk, tersepit diantara keperluan peribadi, keperluan pengajian dan sebagainya, anda semua ( JPP IPTKL, IPRM, IPPM )masih lagi mampu melayan kami sebagai tetamu yang kami kira dengan sebaik-baik layanan. Jamuan yang anda semua sediakan sememangnya membuka slera kami semua dan amat sukar sekali untuk kami menutupnya. Hehe..layanan yang mesra dari anda amat kami hargai walaupun jelas tanda-tanda keletihan dimata anda lantaran kesibukan anda menjalani kehidupan seharian. Jemputlah datang ke IPIS nanti yea....YDP : )

Lawatan Kebajikan ke Hospital Besar Kuantan
Tarikh : 19/10/08
Jam : 8.00 pagi-11.00 malam
Pengangkutan : Bas pendek Institut
Peserta : MT, EXCO dan NAIB EXCO JPP
: Organisasi Batch PPISMP Sem 3
Pensyarah Pengiring : Tn Hj Sasman bin Hj Yasir
Objektif : Menziarahi Saudara Hafiz bin Othman yang sedang dirawat di Hospital Besar Kuantan
Keadaan Pesakit : Masih tidak sedarkan diri setelah pembedahan kali kedua. Keadaan kritikal tapi stabil . Otak kiri tidak dapat berfungsi dengan baik.. Jantung ok..
Sumbangan Kepada pesakit : Masjid as-Shahfie, biro kebajikan, biro dakwah, biro ekonomi, sumbangan ahli-ahli JPP.
Tindakan seterusnya : Sentiasa mengikuti perkembangan pesakit dan mengadakan kutipan dari pihak pensyarah.
Sama-sama kita doakan kesejahteraan saudara Hafiz dan keluarga...YDP..
Wireless IPIS
Internet IPIS sudah sekian lama terbengkalai?..Apa sebabnya..?
Menurut Che Lah ( pegawai teknologi yang menguruskan wireless IPIS ) yang saya temui petang tadi ( 2 petang, 20/10/08 ), macam biasa lah, server kena sambar kilat. Jadi rosaklah ia...
Menurut Che Lah lagi, untuk makluman semua, di IPIS yang kita cintai ini terdapat dua jenis perkhidmatan wireless yang disediakan pada asalnya iaitu MPI/IPIS wifi dan WLAN.
Pertamanya ialah perkhidmatan MPI/IPIS wifi, perkhidmatan ini sememang laju dan amat disukai pelajar temasuklah saya sendiri. Ianya adalah perkhidmatan yang menggunakan peruntukan dari maktab dengan langganan dari syarikat CELCOM. Masalahnya hari ini, IPIS mengalami masalah pembayaran dengan syarikat CELCOM tersebut dan menunggu peruntukan dari pihak BPG untuk melangsaikan hutang tersebut.
Keduanya ialah perkhidmatan WLAN. Perkhidmatan ini merupakan kerjasama KPM dengan JKR untuk diperuntukkan di Ipg2 yang ada di Malaysia ini. Institut kita merupakan salah satu IPG yang bertuah kerana mendapat perkhidmatan ini. Masalahnya ialah, perkhidmatan ini sememangnya slow dan banyak sangat blok(halangan) sehinggakan maklumat susah untuk diperolehi dan servernya selalu kena sambar dek kilat yang kuat sambar menyambar di kawasan IPIS ini. Menurut Che Lah, server itu telah dijanjikan untuk diperbaiki sebelum hari raya baru-baru ini, namun hakikatnya ianya diperbaiki pada hari jumaat yang lalu ( 17/10/08) sehingga jam 6.30 petang yang turut ditunggu bersama oleh Che Lah. InsyaAllah akan dipulihkan secepat mungkin. Sama2 kita doakan. Apa-apa maklumat selepas ini insyaAllah saya akan sampaikan dengan kadar yang segera sesuai dengan kemampuan saya...YDP : )
Kursus Kahwin
Dahulunya semasa saya masih lagi menjadi pelajar persediaan ijazah dulu, saya pernah sempat menyaksikan perlaksanaan kursus kahwin peringkat Institut yang dianjurkan oleh kursus KDPM pada ketika itu. Itulah kali terakhir seingat saya kursus seumpama itu diadakan di Institut yang kita sayangi. Mungkin pelajar tertanya-tanya, mengapa sekarang tidak lagi diadakan pada masa kini sedangkan IPGM lain kedengaran sudahpun melakukan kursus seperti ini.
Untuk makluman semua, bukan mudah untuk melaksanakan program ini sekiranya tidak disokong oleh pihak yang sepatutnya. Dalam isu ini, ada pihak yang berfikiran positif dan ada juga yang sebaliknya. Alasannya ialah program seperti ini menggalakkan pelajar berkahwin sedangkan pelajar yang sedang berkursus tidak dibenarkan untuk berkahwin. Alhamdulillah, dari sudut kelulusan dan kewangan tiada masalah, Cuma sedikit halangan timbul disebalik perlaksanaanya. Kursus ini telah pun diusahakan oleh biro dakwah semenjak sekian lama lagi, namun perkara tadi itulah yang menjadi sedikit penghalang kepada program yang mulia ini. Kita semua bertuah kerana pensyarah pensihat sendiri turut turun padan bagi mengalihkan halangan yang menghalang jalan tersebut, Alhamdulillah, akhirnya halangan tersebut berjaya dialihkan juga dengan pengalih berkuasa tinggi.
Allah Maha Kuasa menentukan seglanya..petang tadi ( 5 petang, 20/10/08, Pejabat Timbalan ) semasa saya berjumpa dengan Timbalan Pengarah, beliau telah mengkhabarkan kepada saya tentang kunjungan pihak BPG ke Institut. Kunjungan ini turut terkandung bersama teguran terhadap aktiviti pelajar yang terangkum dibawah OS42..Menurut TP, kursus kahwin boleh diluluskan, akan tetapi tidak dibenarkan menggunakan peruntukan kerajaan (os42) dengan alasan tidak selaras dengan keperluan dan kehendak kurikulum dan kokurikulum. Saya mempertikaikan hal tersebut dan meminta garis panduan dan dasar yang rasmi tentang penggunaan wang os42 yang telah saya minta dari dulu lagi. Beliau berjanji akan menyerahkan garis panduan pada saya kelak. Untuk makluman ringkas, os42 ialah nama jenis peruntukan wang akan digunakan oleh pihak institut terhadap segala jenis aktiviti yang dilakukan oleh pelajar asalkan dengan tujuan memenuhi kehendak kurikulum dan kokurikulum pengajian seharian. Maklumat khas tentang os42 ini nanti saya akan nyatakan pada lain masa. ...YDP..:)
Tahniah dan Syabas wahai pejuang..
Tarikh : 13-16/10/08
Tempat : Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis Pahang
Pertandingan : Pertandingan Debat Antara IPG peringkat Kebangsaan
Peserta : Ahli-ahli unit Debat PERBAYU ( Rafee, Maula, Nazmi, Alias )
Tarikh : 17-21/10/08
Tempat : Universiti Multimedia Melaka.
Pertandingan : Pertandingan Debat Antara IPT peringkat Kebangsaan-Debat Kepenggunaan ( FOMCA )
Peserta : Ahli-ahli unit Debat PERBAYU ( Zaki, Azman, Nadia, Nurhasiswana )
Tahniah dan syabas diatas kejayaan anda. Kalah dan menang adat pertandingan. Yang penting perjuangan berterusan. InsyaALLAH kejayaan akan menanti anda suatu masa nanti..Moga2 suatu hari nanti akan lahir pendebat bertaraf antarabangsa keluaran PERBAYU IPIS..
IPIS dan keseluruhan warganya berbangga dengan anda. Tahniah dari kami..JPP IPIS 08/09..YDP : )
Catatan : Sekiranya ada kesilapan dalam makluman tersebut, sila maklumkan segera.
Selamat Berjuang
Tarikh : 20-23/10/08
Tempat : Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis Pahang
Pertandingan : Pertandingan MTTTHQ IPGM Peringkat Kebangsaan.
Peserta : Wakil-wakil IPIS yang memenangi Pertandingan MTTTHQ Peringkat IPIS.
Kami doakan semoga kejayaan cemerlang akan mengiringi kepulangan anda nanti.
Syabas kami ucapkan dari JPP IPIS 08/09 diatas semangat, keberanian dan kesanggupan anda memikul panji2 IPIS di medan perjuangan nasional..YDP .. : )
Pameran Literasi Bahasa IPIS
Tarikh : 13/10/08
Tempat : Dewan Besar Institut Perguruan Islam Selangor..
Penganjur : Pelajar-pelajar Pismp IPGM sem 2.
Tahniah diatas pengajuran pameran seperti ini. Walaupun agak membebankan, akan tetapi banyak yang anda dapat pelajari darinya.Rebutlah peluang untuk mempelajari segalanya sesuai dengan taraf anda bakal pendidik generasi cemerlang masa hadapan. Pendidik Cemerlang untuk Generasi Cemerlang..dari JPP IPIS 08/09 ...YDP : )
Minggu Gerko
Tarikh : 13-17/10/08
Tempat : Institut Perguruan Islam Selangor..
Penganjur : Unit Gerko IPIS.
Aktiviti2 : Pertandingan Kawad, Khemah, Memasak, Malam Kebudayaan dan banyak lagi.. : )
Penyertaan : semua unit beruniform IPIS.
Majlis penutup : 20/10/08 jam 8 pagi.
Tahniah dan syabas dari kami JPP IPIS ucapkan diatas komitmen semua pihak yang terlibat terutamanya KPLI..Inilah petanda bahawasanya anda sememangnya layak menjadi guru yang penuh persediaan, sedia berkhidmat, berkualiti dan berkomitmen dengan amanah yang diberikan..Tahniah dari kami JPP IPIS 08/09.
Elaun PPISMP sem 3
Pada satu hari, saya telah saya ditanyakan dengan satu soalan. “Elaun kami dapat tak bulan 12 nanti ?”
Menurut Kak Izwah Liza Pegawai Kewangan Elaun IPIS, elaun adik2 hanya akan dapat hingga 14/11/08 sahaja atas arahan HEP. Apabila dirujuk pada HEP, maklumat yang sama saya perolehi dari pegawai yang bertugas disitu secara lisan. Permintaan saya kepada HEP ialah supaya satu pernyataan bertulis berbentuk pekeliling sekiranya ada ( memang sepatutnya ada ) untuk dijadikan bukti kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak HEP. Apabila dirujuk kepada TP petang tadi, beliau akan cuba meneliti kembali pernyataan HEP tersebut.
Sekiranya pembayaran elaun dengan cara lama masih lagi digunakan oleh adik2 PPISMP, InsyaAllah saya akan dapat menerangkan kepada anda semua dengan pengetahuan yang telah sedia saya ada. Akan tetapi, disebabkan masalah pembayaran elaun ini merupakan masalah pembayaran elaun yang pertama saya hadapi setelah kenaikan elaun mula berkuatkuasa Mac lalu, saya kurang arif mengenainya dan perlu merujuk kepada pekeliling yang dikeluarkan mengenainya. Sebarang maklumat kami akan maklumkan semula dari masa ke semasa..YDP : )
Masjid IPIS mesra OKU
Tahniah kepada pihak pengurusan masjid As-Syafie diatas keprihatinan anda semua berkenaan dengan kehidupan OKU. Baru2 ini satu pengubahsuaian telahpun dilakukan ditangga2 masjid As-Syafie dalam memastikan OKU yang datang berjemaah akan dapat berjemaah bersama dengan jemaah yang lain di ruang solat atas masjid. Keadaan yang berlaku sebelum ini, menjadi kesukaran kepada OKU untuk berjemaah bersama dengan jemaah yang lain lantaran disebabkan keadaan tangga masjid yang sukar untuk di gunakan oleh golongan ini. Sekalung tahniah dari kami pihak JPP kepada pihak pengurusan masjid yang diketuai oleh yang berbahagia pengarah dan timbalan yang amat prihatin dengan situasi tersebut...YDP : )