Thursday, December 04, 2008

makluman..

perhatian kepada semua warga IPIS..
Dukacita dimaklumkan kepada anda semua..pihak JPP memohon beribu kemaafan kepada anda semua diatas kelewatan elaun anda semua pada bulan ini. Pihak JPP telah pun menghubungi pihak kewangan, HEP mahupun pihak pentadbiran yang tertinggi IPIS berkenaan perkara ini. Malangnya jawapan yang kami terima adalah negatif semenjak penghujung bulan november yang lalu lagi. Jawapan yang kami perolehi dari pihak IPIS ialah masalah berlaku di pihak Bahagian Kewangan KPM bukannya dari pihak kewangan IPIS. Apapun segala maklumat berkenaan dengan elaun, kami telah dan akan sentiasa berhubung terus dengan wakil2 batch yang telah anda semua lantik.rujuk lah mereka dari masa ke semasa. sekiranya masih lagi kurang jelas atau keliru, boleh menghubungi terus saudara YDP. InsyaAllah. follow up akan dilakukan dari masa ke semasa dan siasatan dari pihak JPP akan dilakukan sedaya mungkin..
Sekali lagi, Jutaan Kemaafan dari kami pihak JPP 08/09..YDP : (

Thursday, November 20, 2008

3,854 guru j-QAF terima diploma perguruan



KUMPULAN ketiga seramai 3,854 guru Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah j-QAF ambilan Januari 2007 menerima diploma pendidikan masing-masing pada majlis konvokesyen yang berlangsung di Putrajaya bermula 18 hingga 20 November. 

Daripada jumlah itu, 89 graduan dari 26 institut pendidikan guru (IPG) seluruh negara dipilih sebagai penerima Anugerah Graduan Terbaik majlis kali ini.
 

Sidang pertama konvokesyen disempurnakan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran, Abd Rashid Ngah yang turut menyampaikan Anugerah Graduan Terbaik kepada 13 pelajar dari lima IPG.

Berucap pada majlis itu, Abd Rashid, berkata guru j-QAF perlu bersedia memikul tanggungjawab mendidik anak bangsa agar menjadi masyarakat berguna, berdaya saing dan mampu menjadi ejen perubahan sosial ke arah pembentukan masyarakat Islam terpuji. 

Katanya, kesediaan dan kemampuan guru itu mampu merealisasikan Falsafah Pendidikan Islam secara berkesan, selain meningkatkan potensi diri menerusi pemilikan ilmu pengetahuan, sahsiah baik dan berketerampilan. 

“Pendidik yang berkualiti adalah mereka yang membudaya dan memakmurkan ilmu dengan mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat.

“Malah, mereka juga perlu meningkatkan kualiti pengajaran agar pembelajaran murid menjadi lebih menarik dan menyeronokkan sehingga mereka menguasai tulisan jawi dan bahasa Arab, malah mengkaji rahsia al-Quran, selain menjadikan fardu ain sebagai pegangan hidup,” katanya. 

Sementara itu, penerima Graduan Terbaik Kokurikulum dari Institut Perguruan Keningau, Sabah, Rizaimi Razak, berkata cabaran mengajar di luar bandar menguatkan azamnya untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai pendidik.
 

“Tidak dinafikan pelajar di kalangan keluarga berpendapatan rendah sukar berubah.
 

“Saya ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kebatu, Beufort dan kebanyakan pelajarnya terdiri daripada kaum Bisayah yang boleh dikategorikan sebagai lemah pengetahuan agama Islam.

“Di sinilah kesabaran dan tanggungjawab saya diuji, namun saya berazam untuk memberi perkhidmatan terbaik bagi memperbaiki kelemahan dan meningkatkan pengetahuan anak didik agar lebih cemerlang,” katanya. 

Sementara itu, penuntut Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia, Norhaslida Khalid terpilih menerima Anugerah Terbaik Keseluruhan dan Akademik.
 

Norhaslida yang kini menantikan kelahiran anak kedua mengakui sukar untuk melakukan dua kerja pada satu masa tetapi bersyukur kerana berjaya mengharunginya.
 

“Pengorbanan suami membantu menguruskan rumah tangga memberi peluang kepada saya untuk melanjutkan pelajaran dan memperoleh keputusan cemerlang,” katanya yang bertugas di SK Bangsar, Kuala Lumpur.

Dipetik dari BH 20/11/2008

Monday, November 17, 2008

SELAMAT BERCUTI



Kami dipihak JPP IPIS 08/09 mengucapkan selamat bercuti kepada seluruh warga IPGM amnya dan warga IPIS khususnya serta seluruh warga pendidik di seluruh negara bermula 15 Nov 2008 hingga 4 Jan 2009. Semoga cuti ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Sunday, November 02, 2008

Makluman Penting

Perhatian Kepada Semua Calon-calon Pilihanraya JPP IPIS 08/09 berikut:
  1. Ahmad Fikri b Zulkifli-Exco Seranta & Teknologi
  2. Abdul Hadi b Ahmad Sazili- Exco Kebajikan
  3. Ahmad Munsif b Ismail -Exco Dakwah & Kerohanian
  4. Muhammad Yasir b Zainal Abidin -NYDP
  5. Muhammad Amiruddin Husain
  6. Mohamad Yazid b Ahmad -Exco Ekonomi
  7. Ahmad Hafidz b Ahmad Hilmi
  8. Fadhlan Syahidi b Khairullah
  9. Mohd Khairul Azuan b Abdullah
  10. Muhammad b Mustafa -Exco Pengurusan Masjid
  11. Muhammad Fahmi b Mohd Isa -Bendahari Kehormat
  12. Mohd Zaki b Mohamed Som -N. Exco Pengurusan Masjid
  13. Mohd Fudail b Abdul Razak
  14. Muslihah bt Zaki -N. Bendahari Kehormat
  15. Ain Naziha bt Abdul Majid@Ahmad -N. Exco Kolej Kediaman
  16. Siti Mariam bt Mohd Yusof -N. Exco Kebajikan
  17. Eliza Dora bt Abdul Halim -N. Exco Seranta & Teknologi
  18. Razlinda bt Azlan -N. Exco Sukan & Kebudayaan
  19. Zarifah bt Zulkifli
  20. Wan Faliza Siti Rohani W Mamat
  21. Siti Mardhiyah bt Mansor
  22. Nur Syakirah bt Zakaria -N. Exco Penerbitan
  23. Norfarahin bt Mohd Zamri -Exco Penerbitan
  24. Asiah Fadhilah bt Hasnan
  25. Nurul Safiyah bt Muhammad
  26. Nurul Ain bt Mohamad Roslan
  27. Nor Hidayah bt Jusoh
  28. Nurul Hazirah bt Mustafa
  29. Nurul Izzatie bt Mohd Rashid
  30. Hanann bt Mohd Nasurdin -N. Exco Helwi
  31. Aina Farhanah bt Ghazali -N. Exco Ekonomi
  32. Nur Rihazrin bt Rahman
  33. Asitah bt Abdullah Suhaimi
  34. Nurul Sakinah Mawaddah
  35. Siti Hajar bt Musa
  36. Riza Nazira bt Mohd Sabri
  37. Nurhazwani bt Raduan
  38. Siti Aisyah bt Zakaria
  39. Nor Izura bt Mohd Salleh@Elias -Perwakilan KPLI
Sila Hubungi Muhammad Faiz Abdul Razak S/U JPP (0196413817) dengan segera untuk menuntut wang cagaran pilihanraya berjumlah RM 10.

Salam sayang pada semua rakyat IPIS

Assalamualaikum..

Maaf di atas segala kesulitan yang anda semua hadapi. Ingin difahamkan disini, kerja kami ialah melaksanakan tanggungjawab yang anda semua telah berikan kepada kami. Segala makluman yang ada di ruangan adalah sekadar makluman kepada semua. Seringkali di ingatkan di ruangan ini
( sila semak semula tulisan2 yang sebelum ini ) tentang persediaan yang perlu anda lakukan. Sepatutnya minyak hitam anda tidak dapat ditukar lantaran kelambatan tunggakan elaun tidak seharusnya berlaku kerana kita telah dibekalkan dengan wang yang sepatutnya pada tarikh yang telah ditetapkan dulu. Saya membayangkan pelajar2 IPIS adalah pelajar yang matang dan bijak dalam menguruskan wang dan sememangnya anda semua begitu.
Ruangan ini berperanan untuk menyampaikan segala pergerakan yang JPP tahu berkenaan elaun anda. Bagi yang menaruh harapan yang terlalu tinggi, kami mohon maaf yang tidak terhingga kerana harapan anda tidak menjadi kenyataan.
Bukan kami ingin menafikan hak anda di dalam tungggakan tersebut, cuma kami harap anda dapat bezakan tentang situasi dan kedudukan antara tunggakan dan elaun bulanan.

Rakyat2 IPIS yang aku sayangi sekalian..

Cuba anda bayangkan sekiranya maklumat berkenaan elaun anda tidak anda semua ketahui dan hanya mendengar melalui mulut2 kawan, mulut2 HEP dan melalui khabar2 angin sahaja. Mesti ada yang tak makan seminggu ataupun dah jadi arwah..dan yang paling penting, mesti JPP akan dianggap makan tidur sahaja..itu lah sebabnya saya sentiasa memaklumkan apa sahaja maklumat yang diketahui agar persediaan dapat dilakukan dan pergerakan demi pergerakan dalam pengurusan elaun dapat diketahui..Jutaan maaf dipinta seandainya ayat2 yang saya karangi selama ini menjadikan anda semua terlalu berharap sedangkan bagi saya itu hanya maklumat yang ingin saya sampaikan. Mungkin saya akan berhempas pulas mencipta kaedah baru supaya maklumat akan tetap dapat disampaikan dalam pada masa yang sama harapan tidak diletakkan lansung terhadap pernyataan tersebut..InsyaAllah, saya akan cuba..

Siapa yang harus dipersalahkan..? JPP, HEP, Pegawai Elaun, Pengarah, Timbalan, KPM, Menteri Pelajaran, PM @ diri sendiri ??

Jadilah guru yang bijak menguruskan wang..andai anda rasa berkelayakan dan mampu melakukan tugas dengan lebih sempurna, demi kebajikan rakyat IPIs..khidmat orang seperti anda sememangnya amat2 diperlukan di dalam kabinet JPP akan datang..Amat dialu2kan..Cuma satu pesanan..peperiksaan,kehadiran penuh sepanjang tahun dan komitmen terhadap kawan2 mungkin sedikit terpaksa dikorbankan andai tersalah percaturan..dan yang paling penting..bersedia menghadapi mehnah dan trebulasi dengan senyuman seperti yang saya sedang lakukan sekarang..: )..selamat menghadapi peperiksaan dan terima kasih di atas penghargaan anda yang mencurah-curah dalam isu elaun ini..YDP..

Friday, October 31, 2008

Elaun anda

Berkenaan dengan elaun..

Tunggakan anda telah pun diuruskan semenjak dari awal bulan 10 yang lalu. Akan tetapi menurut makluman yang saya perolehi dari pegawai bahagian kewangan IPIS menyatakan kelambatan berlaku disebabkan oleh pengurusan di bahagian kewangan kementerian pendidikan yang menggantung urusan tuntutan tunggakan pada kali ini dan menolaknya pada saat akhir. Alasannya ialah ketiadaan peruntukan yang mencukupi. Lantaran daripada itu, pegawai elaun IPIS dengan serta merta telahpun menghantar semula tuntutan tunggakan tersebut dan menurut maklumat yang saya dapati semalam ( khamis - 30, 10, 08 ) setakat ini tiada masalah yang berlaku dan sekiranya tiada apa2 halangan Insyaallah ianya akan menjadi milik anda dalam jangka masa yang terdekat. Berkenaan dengan bulan 10,11,12. InsyaAllah telahpun diuruskan dan menurut pegawai tersebut lagi, jenguk2lah mesin ATM Bandar Baru Bangi pada petang Rabu depan ataupun selewat-lewatnya hari khamis. Andaikata pada hari tersebut masih lagi tidak masuk, Insyaallah kami JPP akan melakukan tindakan susulan sertamerta walaupun sedang melalui minggu2 peperiksaan.

Berkenaan elaun PBS dan Praktikum 2008, masih belum diuruskan dan Insyaallah akan dapat bulan 11 ini juga menurut seperti yang dijanjikan..

Komen saya terhadap elaun tunggakan kali ini..saya ada mendengar ura-ura bahawasanya elaun tersebut masih lagi menjadi tandantanya di sesetengah IPG dan ada yang mengatakan tunggakan tersebut tidak seharusnya dapat dan harus dikembalikan semula..Mungkin itulah juga antara sebabnya kita mungkin mendapat tempias dari kes tersebut yang menyebabkan tunggakan kali ini lambat dari selalu. Saya pernah katakan dulu, kalau tunggakan masih lagi boleh berlembut, kalau bulanan InsyaAllah, kami tidak akan berdiam diri..bergerak dengan sokongan anda..YDP..

Elaun sem 3

Untuk makluman, elaun sem 3 akan dibayar seperti biasa dan sehingga 14. 11. 08 sahaja. Jangan bimbang dan cepat melatah, saya tidak sempat untuk coretkan kisahnya disini..Buat masa ini, sila dapatkan maklumat dari ketua batch anda. Maklumat dari saya akan terus sampai padanya..saya akan ceritakan disini pada lain masa, harap faham..YDP

Maklumat dan Peristiwa

Tahniah di atas kejayaan

Tahniah di atas kejayaan anda dari kami JPP 08/09 buat anda semua peserta-peserta MTTHQ yang menyertai pertandingan di IPTAA pada bulan Oktober yang lalu. Kejayaan anda tidak ternilai harganya. Tahniah buat Hakim ( no 3 Tilawah al-Quran ), Hafizul ( Johan Tafsir) dan Kak Zah ( Johan Hafazan Perempuan ) di atas kejayaan anda yang cemerlang. Untuk makluman semua, walaupun tidak semua peserta mendapat tempat, namun peserta kita berjaya menduduki tempat sepuluh teratas dari peserta IPG2 yang lain. Tahniah dari kami JPP IPIS 08/09. YDP ..

Semoga Berjaya

PERBAYU IPIS sekali menaburkan baktinya pada IPIS dengan menghantar peserta dari unit pantun PERBAYU bagi mewakili IPIS ke pertandingan pantun antara IPG yang berlansung di IPG2 sekitar kawasan Kuala Lumpur. Saya dimaklumkan, pertandingan diadakan di merata tempat, antaranya di IPIK dan di pusat2 pengajian di kawasan berhampiran. Setakat ini dimaklumkan pertandingan peringkat akhir akan berlansung di IPBMM. Peserta yang mewakili IPIS pada kali ini ialah Saudara Ikmal ( PISMP IPGM 2.06 ),Saudari Aishah (PPISMP 3. 07), Saudari Atikah (PPISMP 3. 07) dan Saudari Nurul Aini (PPISMP 3. 07). Pertandingan tersebut berlansung pada 28 / 10 / 08 – 2 / 11 / 08. Kepada sesiapa yang mempunyai masa yang terluang bolehlah pergi memberi sokongan. Kalau tidak dapat sekalipun, mesej2lah mereka untuk bertanyakan khabar, sekurang-kurangnya mesej kita itu dapat menyuntik semangat dalam diri mereka untuk menghadapi lawan. Tahniah dan syabas dari kami JPP 08/09 kepada PERBAYU umumnya dan kepada peserta khasnya di atas semangat anda di dalam mengharumkan nama IPIS di peringkat nasional..YDP..

Keselamatan anda dijaga

Pada 18 / 10 / 08 yang lalu, Saudara Hadi, Zaihan dan Yazid telah membuat laporan di sebuah Balai BOMBA berkenaan dengan sebuah sarang tebuan yang semakin hari semakin membesar pada sebatang pokok berdekatan dengan gelanggang permainan blok B. Hasil dari laporan tersebut, pihak BOMBA telah membuat tindakan serta merta dengan mengarah satu unit pasukannya ke IPIS pada malam itu juga. Maka pada malam tamatlah riwayat sebuah empayar tebuan di IPIS. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat. Tanpa kerjasama dan keprihatinan semua, mungkin hingga ke hari ini tebuan tersebut masih lagi giat membina empayarnya. Tahniah dan syabas pada anda semua..YDP ...

Berita Gembira dari Pentadbiran

Alhamdulillah, pada minggu yang lalu dengan kesempatan yang ada, wakil pihak JPP telah mengadakan pertemuan ringkas dengan pengarah IPIS berkenaan dengan beberapa isu, antaranya ialah kafe. Pengarah IPIS telah memberikan perkhabaran gembira tentang kafe, mahupun demikian segalanya masih belum dapat ditetapkan secara pasti setakat ini. InsyaAllah tindakan susulan akan sentiasa dilakukan oleh pihak JPP dengan setakat yang termampu. InsyaAllah, sama-sama kita doakan.

Selamat Menghadapi Peperiksaan

Selamat menghadapi peperiksaan buat semua warga IPIS kami ucapkan. Semoga kejayaan cemerlang menanti anda. Buat adik-adik PPISMP sem 3, bersedialah untuk menghadapi peperiksaan tersebut dengan sebaik-baik persediaan. Satu cabaran buat anda, seluruh IPGM di Malaysia pernah digemparkan dengan keputusan cemerlang pelajar PPISMP semester 3 generasi pertama pada suatu ketika dulu berbanding dengan IPG2 lain seluruh Malaysia. Pastikan kejayaan anda lebih cemerlang berbanding tahun-tahun sebelumnya. Buat kursus2 yang lain, cabaran yang sama juga ditujukan kepada anda..Semoga anda dapat melalui minggu-minggu peperiksaan dengan hati yang tenang...YDP..

Friday, October 24, 2008

KEMPEN DERMA DARAH 28 OKTOBER 2008 MASA : 8.30 PAGI - 3.00 PETANG TEMPAT : DEWAN NIK MUHYIDIN MUSA

Assamualaikum w.b.t & selamat sejahtera.............

Kepada semua umat+warga IPIS.......

Kempen derma darah datang lagi....Macam kebiasaannya, IPIS selalu mengadakan Kempen Derma Darah dengan kerjasama drpd Pusat Darah Negara....Kali ni di bawah Biro Kebajikan, kempen ni diadakan sekali lagi...Apa lagi,,jom la ramai2 kita menderma darah... Poster2 pun dah banyak tertampal di dinding2+notice board kt kolej kediaman, masjid, blok pentadbiran..Kt kafe pon ada gak...So pada ssape yg dah baca jangan la buat2 xtau @ xnampak je.. Hehehe.... Sbnarnya banyak kebaikan yg kita boleh dapat dgn menderma darah ni...Yang paling utama kita boleh dpt pahala... Mesti semua nk pahala kn?? Hehehe....So, menderma la ye...Selain dpt pahala, bila menderma kita darah menyelamatkan nyawa orang lain..Menderma darah ni merupakan satu amalan sukarela yang terpuji dan tidak ternilai sumbangannya...Tapi, nak menderma ni kena la ada keinginan & keikhlasan dlm diri
tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak. Ok, mesti ada orang tertanya2... Kenapa lak aku kena derma darah ni?? Xnak la... Saya takut jarum... Saya dah derma la dulu..... Emmmm.... Sebenarnya,,setiap satu unit darah yang kita dermakan dapat menyelamatkan nyawa orang2 berikut :
1. Mangsa Demam Denggi
2. Mangsa kemalangan yang banyak kehilangan darah
3. Ibu-ibu yang mengalami tumpahan darah selepas bersalin
4. Bayi yang memerlukan pertukaran darah
5. Pesakit Talasemia
6. Pesakit Anemia
7. Mangsa kebakaran
8. Pesakit leukemia
9. Pesakit Haemifilia

Haaaa... Kesian kan kt dorang ni..... So kalau nk tolong dorang,,kena la menderma darah Selasa nanti...

Untuk maklumat lanjut,,sila lawati homepage Pusat Darah Negara http://www.pdn.gov.my