Thursday, August 05, 2010

Bumi Bertuah.....Mudah-mudahan Barakah




Sepanjang minggu ini memang tidak dinafikan akan kesibukan semua warga KPI tidak kira sama ada kakitangan akademik, bukan akademik mahupun para guru pelatih sendiri yang bertungkus lumus menghadapi penilaian yang dibuat oleh Agensi Kelayakan Malaysia atau dikenali sebagai MQA.Kunjungan mereka tidak lain tidak bukan adalah mengakreditasi sistem pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di semua IPG bagi program ijazah.Ini amatlah penting kepada kerjaya guru-guru pelatih pada masa akan datang supaya memperoleh pengiktirafan atau pentauliahan secara sah dengan berbekalkan segulung Ijazah Sarjana Muda Perguruan.Pada masa yang sama, harapan pihak MQA dan IPG sendiri agar semua guru memiliki pengetahuan yang tinggi tidak terhad hanya dalam lingkungan alam persekolahan sahaja bahkan perlu juga merangkumi sumber rujukan idea yang bernas serta kemahiran teknikal yang berkualiti.

.....................................................................................................................

Khamis -5 Ogos , rombongan dari seberang Laut China Selatan pula menjelma dari jauh telah merisik khabar orang di Bangi.Kali ini, JPP IPG Kampus Batu Lintang, Kuching Sarawak Bumi Kenyalang telah terbang dan hinggap di pepohon lembah ilmu IPG-KPI.

Kata sang Kenyalang ,

Kacang bukan sebarang kacang,
Kacang melilit di pohon langsat,
Datang bukan sebarang datang,

Kami datang membawa hajat.


Kehadiran mereka adalah sebagai penanda aras gerak kerja sepanjang memegang tampuk kepimpinan.Walaupun pertemuan begitu singkat , namun terdapat banyak perkara berguna yang difikirkan sangat berguna untuk jangka masa panjang.











.....................................................................................................................

31 Julai - JPP IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan telah mengadakan kunjungan muhibbah ke sini dan program tersebut merupakan timbal balas lawatan yang pernah kita adakan sebelum ini ke kampus mereka.Sekali lagi pihak JPP KPI memohon beribu kemaafan serta jutaan terima kasih kerana sudi berkampung di bumi bertuah ini.
























Friday, July 23, 2010

SUATU PERMULAAN YANG BAIK

Pada 18 hingga 19 Julai yang lalu, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Pendidikan Islam telah mengadakan satu lawatan muhibbah ke IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur dan lawatan ini dianjurkan oleh Biro Disiplin dan Keselamatan.Peserta yang terlibat terdiri daripada JPP sendiri dan beberapa unit di bawah Biro Unit Disiplin dan Keselamatan.Pensyarah pengiring yang terlibat secara langsung ialah Ustaz Ismail Che'ku, Puan Kamsiah Binti Ab. Rashid dan En. Mohd Zin B. Tambi.Ini adalah merupakan titik tolak mengeratkan lagi hubungan dua hala antara sesama IPG di samping berkongsi pengalaman dari sudut gerak kerja, pengurusan dan sebagainya.Semoga jalinan ini akan berterusan sampai bila-bila demi memartabatkan profesion keguruan.

























Saturday, July 03, 2010

Bingkisan Daripada MPPB Jun 2010



Diam tak diam, masa berlalu dengan pantas bagaikan kerdipan mata.Begitu juga dengan Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) Ambilan Jun 2010 yang telah melabuhkan tirainya pada 2 Julai yang lalu.Selama lima hari bermula pada 28 Jun yang lalu,pelbagai suka duka, karenah dan ragam telah dilalui oleh para peserta dan jawatankuasa pelaksana untuk memastikan kelancaran program sepanjang minggu tersebut walaupun menghadapi berbagai-bagai kekurangan serta kesulitan yang tidak disangka-sangka.Bagaimanapun benarlah kata pepatah bahawa 'yang berat sama dipikul,yang ringan dijinjing sama' dalam erti kata lain bahawa semua yang terlibat telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk mengatur aktiviti guru-guru pelatih baru yang terdiri daripada KPLSPM iaitu 12 kelas dan KPLI 4 kelas.


KPLSPM-(L) =92 , (P) =112

PPISMP 1.01-1.05 (PEND. ISLAM PEND RENDAH)
1.06-1.08 (B.ARAB PEND.RENDAH)
1.09-1.10 (TESL)
1.11 (MATEMATIK)
1.12 (PRASEKOLAH)

KPLI- (L)= 44, (P) = 31

KPLI 1.01 (PEND. ISLAM)
1.02 (B.INGGERIS)
1.03 (PRASEKOLAH)
1.04 (PEND. KHAS MSLH P'BELAJARAN)


Untuk makluman, sesi ambilan guru pelatih KPLSPM pada kali ini khabarnya ramai dari Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak.Ini boleh dijadikan sebagai 'advantage' untuk kita sama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman kerana faktor geografi dan jurang lautan bukan lagi penghalang.Kementerian Pelajaran Malaysia sudah tentu mempunyai strategi tersendiri bagi memperkasakan profesion keguruan selaras kehendak semasa.

Harapan kami agar guru-guru pelatih baru dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di samping mampu menyumbang sesuatu yang berguna kepada IPG,masyarakat dan negara.Selamat menjadi warga IPG-KPI.

Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada semua.




























Friday, June 11, 2010

SELAMAT BERCUTI =)

KEPADA SEMUA WARGA IPG KPI, BARISAN JPP 2010/2011 MENGUCAPKAN SELAMAT BERCUTI KEPADA ANDA SEMUA. MANFAATKAN MASA CUTI INI DENGAN PERKARA-PERKARA YANG BERFAEDAH. PENUHKAN ILMU DI DADA DENGAN MEMBACA BAHAN-BAHAN ILMIAH. BANTULAH IBU BAPA TANPA BANTAHAN WALAU SEDIKIT PUN. ERATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM SESAMA AHLI KELUARGA SEMASA CUTI INI. BAGI KENALAN YANG SUDAH TIDAK LAMA BERJUMPA, SUBURKANLAH KEMBALI IKATAN PERSAHABATAN ITU. BAGI PELAJAR-PELAJAR SEMESTER 6 YANG BAKAL MENJALANI PRAKTIKUM SEBAIK SAHAJA TAMATNYA CUTI SEKOLAH INI, BERUSAHALAH SEDAYA UPAYA UNTUK MENCIPTA BBM YANG MENARIK AGAR TIDAK SUKAR DAN KELAM KABUT SEMASA PRAKTIKUM NANTI

.