Monday, March 07, 2011

Perjumpaan Khas JPP bersama Sayap-sayap JPP 2011

Sejarah Sayap-sayap JPP:
Ditubuhkan pada tahun 2008
Oleh:Saudara Firdaus bin Saad (YDP JPP 2008/2009)
Diteruskan oleh JPP seterusnya:

- JPP 2009/2010

- JPP 2010/2011

- JPP 2011/2012

Matlamat penubuhan:

Menjadi tulang belakang JPP dalam membantu menggerakkan aktiviti pelajar.
Membantu dalam melancarkan pengurusan dan pentadbiran JPP
Sistem organisasi menjadi lebih sistematik dan selaras dengan takwim JPP
Untuk melahirkan guru pelatih yang aktif dari segi intelektual dan kepimpinan.
Untuk menyediakan pengalaman kepada guru pelatih dalam menguruskan sesuatu organisasi persatuan/kelab.
Menggalakkan para pelajar berfikiran kreatif dan kretis.
Untuk memastikan gerak kerja sayap-sayap JPP mendapat pemantauan dari JPP
Sayap-sayap JPP
PPISMP SEM 2 PISMP SEM 1 PISMP SEM 3 PISMP SEM 5 PISMP SEM 7 MKK MTEN PERKOMPERI PERSIS KDS KELAB FOTOGRAFI EMO PER. SAINS SOSIAL SKUAD DIDIK
PERSATUAN ANAK NEGERI PERBAYU PENDIDIK REDAKSI AN-NUR NADI LUGHAH SILAT TAEKWANDO PER. PEN. JASMANI

Saturday, February 26, 2011

Salam Maulidur Rasul...

Kisah perjalanan hidup Nabi Muhammad S.A.W. waktu lahir hinggalah dibesarkan oleh Abu Talib bapa saudaranya yang tersayang menggambarkan kepada kita betapa hidup baginda penuh dengan liku-liku. Menjadi anak yatim pada usia mentah memang suatu dugaan besar baginya. Ini membentuk jiwa yang kental dan tabah.
Mukjizat-mukjizat yang berlaku terhadap nabi di saat kelahiran dan sepanjang zaman kanak-kanak baginda membuktikan kepada kita umat Islam dan umat Manusia seluruhnya bahawa inilah penyelamat dunia yang ALLAH utuskan. ALLAH menghendaki Nabi Muhammad S.A.W. dikenali oleh semua umat manusia atas muka bumi sejak kecil lagi agar hujah orientalis barat dan orang-orang yang berniat jahat terhadap Muhammad dapat dipatahkan dengan mudah.
Ulang tahun kelahiran nabi Muhammad S.A.W. itu memang digalakkan untuk kita umat Islam mengingatinya tapi hendaklah kena dengan caranya. Kita boleh menyambutnya dengan memperbanyakkan selawat dan ibadah khusus yang dibuat oleh Nabi Muhammad S.A.W. sebagai tanda kecintaan kita kepada baginda sebagaimana firman ALLAH yg bermaksud;
"Katakanlah (wahai Muhammad) sekiranya kamu cintakan ALLAH,maka ikutlah aku, nescaya ALLAH akan mencintai kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu, Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun dan Maha Penyayang."
Pernah suatu ketika apabila nabi melihat Yahudi berpuasa Asyura sempena mengingati kisah terselamatnya Nabi Musa daripada Fir'aun dan bala tenteranya ketika melintasi laut merah, Nabi sendiri bersabda, "Kami adalah lebih berhak daripada kamu tentang Musa(amalan berpuasa)." Maknanya nabi sendiri mengiktiraf peringatan peristiwa agama. Maka sudah tentulah kita umat Islam lebih-lebih lagi perlu mengingati kelahiran nabi.
Seharusnya kita menanamkan azam untuk mengikuti sunnahnya sebagaimana firman ALLAH;
"Dan apa-apa yang datang daripada Rasul , maka ambillah. Dan apa-apa yang ditegahnya kamu daripadanya, maka hindarkanlah."
Kita juga sepatutnya menghayati sifat-sifat yang ada pada diri Rasulullah sebagaimana yang disebutkan oleh A'isyah apabila ditanya sahabat bagaimanakah akhlak nabi. Maka dijawabnya bahawa Akhlak nabi ialah al Qur'an. Antara sifat-sifat yang perlu dicontohi ialah berani, amanah, bercakap benar, menyampaikan dakwah, dan cerdik/bijaksana.
Terakhirnya, kita harus menyusuri kisah perjuangan nabi sepanjang bergelar Rasulullah dan cuba merealisasikan dalam kehidupan kita sendiri.

Wallahu 'alam...:)

Saturday, February 19, 2011

Watikah Perlantikan JPP 2011/2012

Bersempena dengan perhimpunan bulanan Februari 2011 yang diadakan pada 14 Februari 2011, satu majlis penyampaian Watikah Perlantikan JPP 2011/2012 telah disempurnakan oleh Tuan Timbalan Pengarah IPG KPI , Tuan Haji Anwar bin Haji Ahmad bertempat di Dewan Besar Nik Mohyiden Musa. YDP JPP yang baru telah menandatangari watikah perlantikan dan mengetuai ikrar taat setia kepada seluruh warga IPG KPI untuk memberi kerjasama dan kepimpinan yang diperlukan untuk kelestarian kemajuan dan pencapaian cemerlang kampus ini.

JPP sesi 2011/2012 terdiri daripada pelajar-pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah. Semua ahli JPP adalah dilantik berdasarkan keputusan pilihanraya peringkat institut yang telah dijalankan pada 13 Januari 2011. Seramai 30 orang pelajar telah diberi kepercayaan untuk menerajui pentadbiran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.

Organisasi JPP diketuai oleh Presiden JPP dan dibantu oleh barisan eksekutif yang terdiri daripada Ketua Biro dan Naib Ketua Biro yang mengendalikan 12 buah Biro yang ditubuhkan dibawah naungan JPP yang diketuai oleh Ustaz Ismail Che Ku iaitu seorang pensyarah Jabatan Pengajian Islam dan Moral IPG KPI.


Wednesday, February 16, 2011

Perjumpaan Muhibbah JPP bersama Mantan JPP

Tempat: Bilik Persidangan IPG KPI
Masa : 9.15-11.15 malam
Tarikh : 08 Februari 2011


















Tuesday, February 15, 2011

Perjumpaan Mahabbah JPP bersama Timbalan Pengarah dan Penasihat 2011

Perjumpaan tersebut telah diadakan pada 07/02/2011 iaitu bermula pada pukul 2.30 petang bertempat di Bilik Persidangan IPG KPI. Perjumpaan tersebut dihadiri oleh semua ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012, Timbalan Pengarah IPG KPI Tuan Haji Anuar Ahmad merangkap Ketua Penasihat JPP IPG KPI, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dr Mohammad Hussin Mohd Yusof merangkap Timbalan Ketua Penasihat JPP IPG KPI, Penasihat Umum JPP IPG KPI Ustaz Ismail Che Ku dan juga guru penasihat bagi setiap exco. Agenda utama yang telah dibincangkan dalam perjumpaan tersebut bermula dengan pengenalan ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012 iaitu barisan presiden dan barisan eksekutif. Semua ahli dalam JPP IPG KPI ialah seramai 32 iaitu termasuk pelajar dari Perwakilan KPLI. Selain itu, Timbalan Pengarahah IPG KPI juga banyak memberikan kata-kata semangat kepada semua guru penasihat dan JPP sesi 2011/2012 ini. Antara harapan yang diberikan oleh beliau ialah berharap agar semua JPP beserta guru penasihat masing-masing boleh bergerak lebih aktif pada tahun ini dan beliau juga ada memberi pendapat supaya setiap exco banyak mempromosikan aktiviti-aktiviti menarik untuk dilasanakan dari semasa ke semasa.





Tuesday, January 11, 2011

Perisytiharan Pembubaran JPP Sesi 2010/2011

10 Januari 2011 bersamaan 5 Safar 1432H merupakan tarikh keramat buat Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011 kerana pada pagi Isnin itu telah dibubarkan secara rasminya JPP Sesi 2010/2011 setelah setahun memegang tampuk kepimpinan.Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah IPG-KPI, Tuan Haji Anwar Bin Ahmad dan dihadiri oleh semua guru pelatih, pegawai-pegawai Hal Ehwal Pelajar, pensyarah dan kakitangan.Bagi mantan JPP Sesi 2010/2011,majlis ini amat bermakna jua kerana pertama kali diadakan di dalam Dewan Besar Nik Muhyiden Musa sepanjang memegang tempoh jawatan .Ini kerana dewan tersebut baru sahaja selesai proses penambahbaikan seperti pemasangan penghawa dingin, lampu limpah baru, sistem audio dan sebagainya.Dalam majlis tersebut, telah berlangsung penyerahan Manual Pilihan Raya Kampus 2011 oleh Tuan Timbalan kepada Pengerusi SPR IPG-KPI.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah sama-sama mendukung dan menyokong JPP Sesi 2010/2011.Syabas!!!!











Saturday, January 01, 2011

Tingkatkan Ilmu Melangkaui Usia


Masa 24 jam yang Allah kurniakan terasa begitu pantas berlalu. Masih banyak perkara yang tidak mampu untuk kita sempurnakan. Masih belum puas mengecapi keseronokan hidup.

Menurut Ibnul Jauzi, di alam dunia ini manusia dibahagikan kepada lima peringkat umur iaitu kanak-kanak (bayi sehingga 15 tahun),muda (15-35 tahun), dewasa (35-50 tahun), tua (50-70) tahun dan tua bangka (70 tahun ke atas). Pandangan yang diberikan oleh Imam Al-Ghazali pula ada menyebutkan bahawa rata-rata umur manusia adalah 60 tahun.

Sebanyak 8 jam sehari diperuntukkan untuk tidur dan ini menyamai 20 tahun daripada keseluruhan umur kita. Lantas, adakah kuantiti dan dan kualiti amal soleh kita mampu untuk menampung dosa dan maksiat yang kita lakukan selama ini. Adakah prestasi ibadah seimbang dengan pertambahan usia kita kerana baki masa terlalu singkat untuk kita.
Usia berlari seiiring dengan peredaran waktu. Kanak-kanak mengejar usia remajanya.

Remaja memburu masa tua dan orang tua kian menuju ke titik akhir hayatnya. Tidak kira di mana kita berada sama ada di peringkat kanak-kanak, remaja mahupun tua kematian pasti akan menjemput kita. Tiada jaminan kita terlepas dari panggilan maut walau siapa pun dan di mana pun kita berada.
Sesetengah dari kita cukup resah dengan pertambahan umur. Bimbang memikirkan kecantikan fizikal yang makin pudar dan luntur dimamah usia walhal kita akan kembali ke tanah jua akhirnya.

Kita juga bimbang kerana wang simpanan dan harta yang dimiliki masih belum mencukupi sedangkan semua harta yang ditimbunkan di dunia tidak berupaya menjaga kita di alam barzakh kelak. Mengapa tidak kita alihkan kerisauan itu terhadap sesuatu yang lebih utama?
Bukankah lebih wajar untuk kita memikirkan, apakah dengan umur yang telah berlalu menjadikan kita semakin hampir dengan Allah atau sebaliknya? Adakah kesempatan masa dan usia yang Allah anugerahkan telah kita manfaatkan sepenuhnya dalam merebut cintaNya ? Adakah bekal amalan dan ibadah kita sudah memadai untuk menjamin kita ke syurga?

Cuba kita bermuhasabah seketika. Merenug kembali bagaimana nilai ibadah yang telah kita laksanakan selama ini. Semoga lebih tinggi dan berkualiti nilaiannya. Tidak sekadar melengkapkan bilangan solat lima waktu sehari semalam, namun kita perlu lebih memperhalusinya dengan membuta persediaan lebih awal, mengambil berat tentang pakaian yang digunakan untuk solat sama ada bersih atau tidak. Jika sebelumnya kita sekadar membaca tanpa memahami makna dalam bacan solat, mengapa tidak kita tanamkan azam mulai hari ini untuk belajar memahami dan menghayati bacaan dan perbuatan dalam solat. Hanya solat yang benar-benar berkualiti sahaja yang mampu meninggalkan impak positif terhadap pelakunya. Ini bertepatan sekali dengan firman Allah bahawa sesungguhnya solat itu mampu mencegah dari seseorang daripada melakukan perkara keji dan mungkar.

Bagaimana pula dengan kualiti dan penghayatan hukum menutup aurat kita? Adakah seiiring dengan piawaian syarak ataupun sekadar mengikut arus perkembangan fesyen walhal aurat belum lagi ditutup dengan sempurna? Tidak salah berfesyen, tapi biarlah mengikut syariat. Bertudung, tetapi berbaju dan berseluar sendat. Atau, bertudung tetapi dalam masa yang sama kainnya terbelah di sana-sini..itu tidak mencapai standard piawaian menutup aurat yang digariskan Islam.

Moga kita lebih memahami, menutup aurat bukan sekadar menutup rambut semata-mata, tetapi keseluruhan anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.

Harus difahami, pensyariatan menutup aurat adalah untuk memelihara dan mengangkat martabat wanita Islam, bukan untuk mengongkong mereka. Selain itu, Islam menetapkan garis panduan menutup aurat bertujuan untuk membezakan antara wanita Islam dan wanita bukan Islam kerana masyarakat Arab Jahiliyyah dulu juga berselendang, begitu juga dengan rahib. Tetapi tudung mereka berbeza dengan tudung wanita Islam.

Aspek Al-Quran pula, bagaimana ? Adakah sekadar membaca Al-Quran di bulan Ramadhan sahaja sedangkan di bulan lainnya ia tersimpan rapi di dalam almari? Tahniah diucapkan kepada yang berjaya membaca Al-Quran secara konsisten setiap hari. Ini kerana, Insya Allah, kita tidak digolongkan dalam kategori lalai jika kita berusaha membaca sekurang-kurangnya 10 ayat sehari.

Jika tidak ada kesempatan langsung untuk membaca Al-Quran, cuba bermuhasabah diri. Apakah dosa atau maksiat yang telah kita lakukan pada hari itu sehingga tidak berpeluang langsung untuk mengalunkan ayat-ayat Allah itu. Hati orang yang sentiasa membaca Al-Quran akan hidup dan menjadi lembut.

Ulama’ menyatakan , sekiranya kita ingin berbicara dengan Allah, tunaikanlah solat. Jika kita mahu Allah berbicara dengan kita, bacalah Al-Quran dan jika kita ingin mengetahui rahsia Allah, lawatilah kawasan perkuburan, mudah-mudahan kita mendapat iktibar darinya.

Berbalik kepada persoalan membaca Al-Quran, jika kita sudah berjaya menjadikannya ia sebagai amalan rutin harian, mengapa tidak pula kita cuba meningkatkan kualiti pembacaan. Maksudnya, berusaha memperbaiki mutu tajwid dan cuba mempelajari maksud dan hukum yang terkandung di dalamnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.

Kita cuba beramal dengan apa yang dianjurkan Al-Quran dan menjauhi apa yang ditegah di dalamnya. Sebagaimana yang diriwayatkan Saidatina Aisyah r.a tatkala ditanya mengenai akhlak Nabi SAW, baginda menjawab : ”Sesungguhnya akhlak baginda adalah Al-Quran”…Mengapa tidak kita jadikan hadith ini sebagai satu motivasi untuk membentuk akhlak diri yang mahmudah sebagaimana yang dianjurkan Islam?

Tiada manusia yang sempurna. Namun, kita diberikan akal dan iman agar kita mampu memanfaatkannya untuk mencapai tujuan sebenar hidup kita di bumi, iaitu beribadah kepadaNya.

Manfaatkanlah sebaik mungkin nikmat umur yang telah Allah anugerahkan. Biarlah umur pendek, namun penuh dengan keberkatan. Tiada siapa di antara kita yang terlambat untuk berubah. Kita masih ada masa untuk berubah ke arah yang lebih baik. Biarlah perubahan itu bakal membawa kesejahteraan hidup kita di dunia dan di akhirat dan paling penting, ianya mendapat keredhaan Allah.

Monday, December 06, 2010

Tahun Baru 1432H