Pada hari Rabu, 2 Jun 2010 bersamaan 19 Jamadilakhir 1431, telah berlangsung Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru 2010 Peringkat IPG-KPI.Sambutan hari guru yang disambut saban tahun merupakan acara tahunan dan sambutan pada kali ini amat istimewa kerana buat julung kalinya diadakan di Dataran Gerko.Pelancaran telah disempurnakan oleh Pengarah IPG-KPI, Tuan Haji Amin Bin Mohd Rashid.Menurut beliau, sempena sambutan hari guru pada kali ini, pelbagai acara dan program menarik menanti warga IPG-KPI.Tiada kata yang mampu diungkapkan selain sekalung penghargaan ucapan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan acara tersebut.

kompang yang diketuai oleh Saudara Dzuan Aizat
0 comments:
Post a Comment