
Tuesday, March 22, 2011
Majlis Persaraan Tuan Haji Abdullah B Hamid
Pada hari Isnin, 21 Februari 2011 bertempat di Dewan Besar Nik Muhyiddin Musa IPG KPI, telah diadakan majlis perhimpunan rasmi bagi meraikan persaraan Tuan Haji Abdullah B Hamid, Pensyarah Kanan, Jabatan Teknologi Pendidikan IPG KPI. Majlis tersebut bermula pada jam 7.45 pagi dan berakhir pada jam 9.30 pagi. Majlis diserikan dengan tayangan multimedia yang memaparkan nostalgia kehidupan Tuan Haji Abdullah B Hamid sepanjang perkhidmatannya sebagai pendidik selama 36 tahun 2 bulan. Semoga Tuan Haji Abdullah sihat dan sejahtera selalu. Terima kasih atas segala jasa dan ilmu yang telah dicurahkan kepada seluruh warga IPG KPI. Wallahu'alam....:)

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment