Thursday, February 25, 2010

PERUTUSAN MAULIDUR RASUL 1431 H / 2010 M

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah,Setinggi-tinggi Puja dan Puji dirafa’kan kepada Tuhan Pencipta alam dan seluas-luas hamparan kesyukuran atas segala nikmat yang tidak mampu di hitung.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang membawa sinaran cahaya menerangi alam ini.Juga salam kepada ahlul bait,para sahabat,tabein dan seluruh manusia yang bersama-sama mengikuti jejak rantaian perjuangan murni menegakkan kalimah Allah di tempat yang selayaknya.Membawa ummah kearah keredhaan Allah.


12 Rabiul awwal merupakan salah satu tarikh penting dalam Kalendar umat islam,lahirnya seorang insan yang terpilih bagi menerangi alam buana ini dengan cahaya iman dan islam.Tanggal keramat ini di namakan sebagai hari Maulidur Rasul yang bermaksud hari keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.Sambutan maulidur rasul ini merupakan salah satu cara bagi mengamit serta menyegarkan kembali ingatan kita pada Baginda Rasul S.A.W.


Perihal sambutan Maulidur Rasul ini sebenarnya telah ada sejak dahulu lagi dan sejarah ini tercatat dalam kitab-kitab yang di karang oleh ulama’-ulama terdahulu,Antaranya,Dalam Kitab Rihal, karangan Ibnu Jubayr (540-614), di dalam bab Perjalanan (ms.114-115) merupakan sumber yang terawal yang menceritakan mengenai sambutan Maulidurrasul secara beramai-ramai didalam suatu kelompok masyarakat.


"Tempat yang diberkati ini (rumah kelahiran Nabi ) dibuka dan setiap lelaki dibenarkan untuk memasukinya untuk mendapat barakah daripadanya (mutabarrikin bihi) pada setiap hari Isnin didalam bulan Rabi'al al-Awwal kerana pada hari dan bulan terssebut, Nabi telah dilahirkan."


Ibnu Battuta merupakan ahli sejarah abad ke - 8 yang masyhur dan beliau telah menulis didalam kitabnya, Rihla (Jilid 1,ms.309 dan 347) bahawa pada setiap hari Jumaat, selepas solat dan pada hari kelahiran Nabi, pintu Ka'bah akan dibuka oleh ketua Banu Shayba, pemegang kunci pintu Ka'bah. Pada hari Maulidurrasul juga, Qadi yang bermazhab Shafi'i (Ketua Hakim, Makkah), Najmuddin Muhammad Ibnu al-Imam Muhyiddin al-Tabari, membahagi-bahagikan makanan kepada shurafa' (keturunan Nabi ) dan juga kepada kesemua penduduk Makkah.


Jelas di sini sambutan Maulidur Rasul di adakan adalah untuk membangkitkan rasa kerinduan,kecintaan menyedarkan umat manusia tentang jasa dan pengorbanan insan mulia ini.


Mengingati Rasulullah s.a.w. adalah suatu yang dituntut oleh syarak. Cara tuntutan itu adalah umum, apa sahaja yang boleh dilakukan dengan tujuan untuk mengingati Rasulullah, bukan semata-mata kerana jasmaninya tetapi kerana risalah atau mesej yang dibawa untuk memberi kebahagiaan kepada manusia di dunia hingga ke akhirat.





Pada zaman mutakhir ini umat Islam umumnya, tidak lagi menghayati petunjuk-petunjuk Rasulullah s.a.w., malah mereka juga terasing dan jauh daripada menghayati episod perjuangan baginda, menyebabkan Islam terpinggir dan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.tidak lagi menjadi idola.


Perayaan-perayaan yang dilakukan selama ini seperti perarakan atau ceramah-ceramah agama sudah menjadi sesuatu yang ritual. Kadang-kadang ia tidak memberi makna yang sepatutnya bagi ditimba oleh umat Islam. Hanya sekadar menjadi agenda tahunan dengan peruntukan yang ribuan ringgit malah ada yang mencecah ratusan ribu.Bukanlah menjadi satu kesalahan mengadakan sambutan-sambutan sedemikian rupa,tetapi apa yang lebih penting ialah menghayati sirah kehidupan Rasulullah dan menjadikan ia sebagai panduan kepada kita dalam segenap aspek. Ayuh kita perhatikan kembali,apakah setiap jalan kehidupan yang kita harungi hari ini mengikut sunnah yang di tunjukkan atau sebaliknya.


Kepada para pelajar tidak kiralah di peringkat mana sekalipun,saya menyarankan agar golongan ini membuat kajian serta menyorot hikmah-hikmah di sebalik lembaran sirah insan agung ini.Bukan sekadar membaca dan mengagumi sosok peribadi baginda tetapi lihatlah episod-episod kehidupan Rasulullah ini sebagai satu tadbir yang telah di susun oleh Allah Taala untuk di jadikan panduan atau praktikal modul untuk dilaksanakan, sesuai dengan firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya bagi kamu ada sejarah Rasulullah itu contoh teladan yang amat baik untuk dilaksanakan."


Sesungguhnya setiap detik hidup baginda adalah satu jalan hidup muslim yang sarankan oleh Allah dan baginda adalah model yang memperagakan penampilan dan cara berfikir sebagai individu muslim.Tiada yang dilakukan atau yang dipertuturkan oleh Rasulullah melainkan ada tersingkap ibrah dan panduan.


Bagi yang berjuang dan bersama-sama rantaian perjuangan Rasulullah dan para sahabat dalam menjalankan misi dakwah yang mana golongan yang di gelar daie’ ini,amatlah penting sekali menyingkap rahsia perjalanan insan pejuang ini.Kita berbicara berkaitan perjuangan yang di bawa oleh Rasulullah,maka kita lah yang terlebih dahulu bergerak mengikuti tinggalan sejarah yang penuh hikmah ini,kerana ia adalah landasan yang telah di cipta oleh Rasulullah.Jika kita malas dan tidak mahu berfikir pengajaran dalam lipatan sejarah ini,kita mungkin akan tergelincir dari landasan yang telah sedia ada,dan mungkin ia melemahkan misi yang murni ini iaitu menyeru ke arah kebaikan.


Marilah sama-sama kita tanamkan keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. hingga ke akhir hayat kita.Sebagai seorang indivu muslim,bertekadlah melaksanakan sunnah baginda di setiap lapangan kehidupan. Sebagai seorang bakal pendidik generasi hadapan, marilah kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah s.a.w serta menjadikan baginda Model Murabbi terbaik. Sebagai barisan pimpinan letakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya.


Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431 Kepada semua warga IPG Kampus Pendidikan Islam


HAFIZUL HUSNI BIN ALIAS

Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011


Thursday, February 18, 2010

Covering Aurah.....Why??




Aurah is some parts of the body that could elicit sexual desirability.So,we need to cover the aurah to prevent from any sexual corruption.Aurah of men and women are nearly different from each other.Women have to cover all parts of their body except the face and the hands.However men only have to cover parts of body that are between the navel and the knee.But, in some circumstances, it depends on the person that likes to be met or seen and parts of aurah that could be exposed to.But, for muhrim relatives there are some parts of aurah that are permissible to be exposed except what is between the navel and the knee.However, to observe a good practice of adab and to prevent from any bad intention and deeds, it is recommended to cover more than the particular aurah so that it would not elicit sexual desireability.




Almighty Allah said :


"And tell the believing women to lower their gaze and the modest, and to display of their adornment only that which is apparent, and to draw their veils over their bosoms, and not to reveal their adornment save to their own husbands or fathers or husbands' fathers, or their sons or their husbands' sons, or their brothers or their brothers' sons or sisters' sons or their women or their slaves or male attendants who lack vigour, or children who know naught of women's nakedness.And let them not stamp the feet so as to reveal what they hide of their adornment.And turn unto Allah together, O believers, in order what ye may succeed."
(AN-NUR : 31)
Saat di Tunggu-tunggu.........
Serlahkan Prestasi Anda,
Buktikan kau Boleh,
Berjuang Habis-habisan,

Kejohanan Olahraga Tahunan IPG-KPI 2010 telah berlangsung pada 24 Februari 2010 bertempat di Stadium Utama Khalid Ibni Al-Walid.Sejarah terukir dengan pelbagai kejayaan yang ditempa oleh para atlet tersohor IPG-KPI.Kejohanan kali ini telah diserikan dengan maskot RUSA dan RUSI yang berjaya menarik perhatian para pelajar.Kontinjen Rumah Saidina Ali (Biru) telah menjadi johan dalam acara perbarisan manakala Rumah Saidina Hamzah (Oren) merupakan johan ketegori rumah berhias.Secara umumnya, rumah Oren telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan sekaligus ia merupakan kejayaan dua tahun berturut-turut.bersambung...................










Tahniah!!!





Assalamualaikum,,
بسم الله الرحمن الرحيم

Dataran Gerko telah menjadi saksi kepada 3 majlis yang telah diadakan pada 1 Februari 2010.Tiga majlis tersebut masing-masing ialah Watikah Pelantikan Jawatan kuasa Pelajar (JPP) Sesi 2010/2011,Majlis Persaraan Tuan Haji Faizal Bin Abdullah dan Perasmian Minggu Matematik.Tahniah kepada yang telah sama-sama menjayakan ketiga-tiga majlis tersebut.Semoga lebih maju pada masa akan datang.InsyaAllah.