Saturday, November 05, 2011

Peperiksaan Akhir Semester...

Assalamu'alaikum wrbt...kami dari saf pimpinan JPP IPG KPI 2011/2012...ingin mengucapkan selamat menempuh peperiksaan akhir semester yang bermula pada minggu hadapan...selamat maju jaya kepada semua guru pelatih IPG Kampus Pendidikan Islam dan juga pengunjung-pengunjung blog kami ini...insya Allah semoga dipermudahkan oleh-Nya untuk menjawab soalan-soalan dalam peperiksaan nanti...amin...^_^ gunakanlah masa lapang yang masih berbaki ini untuk mengulang kaji pelajaran yang masih kabur atau kurang difahami di saat-saat genting ini...Allah akan membantu hamba-hambaNya yang juga berusaha untuk berjaya....ingatlah semua...jangan hanya membaca dan belajar semata-mata untuk cemerlang dalam peperiksaan sahaja tetapi belajarlah untuk ingatan kita di masa lain...kerana ilmu tidak akan pernah habis...jadi selalulah menimba ilmu kerana kita juga boleh berkongsi ilmu-ilmu tersebut kepada orang lain dan boleh mengaplikasikan ilmu yang baik itu dalam kehidupan seharian....insya Allah...semoga niat yang ikhlas dan usaha kita itu dilihat oleh Allah untuk membantu kita hamba-hambaNya ini...insya Allah amin....wallahu'alam...selamat menduduki peperiksaan semua....all the best!!! ^_^

Salam Aidil Adha...

Sabda Rasulullah s.a.w. : Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidil Adha...melainkan ibadah korban.. Sesungguhnya benteng yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya...Sesungguhnya ibadah korban ini diredai Allah sebelum darah benteng itu jatuh ke bumi...Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadah korban yang kamu lakukan...hadis riwayat at-tirmizi...selamat menyambut hari raya Aidil Adha dari kami saf pimpinan JPP IPG KPI 2011/2012...