Friday, July 23, 2010

SUATU PERMULAAN YANG BAIK

Pada 18 hingga 19 Julai yang lalu, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Pendidikan Islam telah mengadakan satu lawatan muhibbah ke IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur dan lawatan ini dianjurkan oleh Biro Disiplin dan Keselamatan.Peserta yang terlibat terdiri daripada JPP sendiri dan beberapa unit di bawah Biro Unit Disiplin dan Keselamatan.Pensyarah pengiring yang terlibat secara langsung ialah Ustaz Ismail Che'ku, Puan Kamsiah Binti Ab. Rashid dan En. Mohd Zin B. Tambi.Ini adalah merupakan titik tolak mengeratkan lagi hubungan dua hala antara sesama IPG di samping berkongsi pengalaman dari sudut gerak kerja, pengurusan dan sebagainya.Semoga jalinan ini akan berterusan sampai bila-bila demi memartabatkan profesion keguruan.

























Saturday, July 03, 2010

Bingkisan Daripada MPPB Jun 2010



Diam tak diam, masa berlalu dengan pantas bagaikan kerdipan mata.Begitu juga dengan Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) Ambilan Jun 2010 yang telah melabuhkan tirainya pada 2 Julai yang lalu.Selama lima hari bermula pada 28 Jun yang lalu,pelbagai suka duka, karenah dan ragam telah dilalui oleh para peserta dan jawatankuasa pelaksana untuk memastikan kelancaran program sepanjang minggu tersebut walaupun menghadapi berbagai-bagai kekurangan serta kesulitan yang tidak disangka-sangka.Bagaimanapun benarlah kata pepatah bahawa 'yang berat sama dipikul,yang ringan dijinjing sama' dalam erti kata lain bahawa semua yang terlibat telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk mengatur aktiviti guru-guru pelatih baru yang terdiri daripada KPLSPM iaitu 12 kelas dan KPLI 4 kelas.


KPLSPM-(L) =92 , (P) =112

PPISMP 1.01-1.05 (PEND. ISLAM PEND RENDAH)
1.06-1.08 (B.ARAB PEND.RENDAH)
1.09-1.10 (TESL)
1.11 (MATEMATIK)
1.12 (PRASEKOLAH)

KPLI- (L)= 44, (P) = 31

KPLI 1.01 (PEND. ISLAM)
1.02 (B.INGGERIS)
1.03 (PRASEKOLAH)
1.04 (PEND. KHAS MSLH P'BELAJARAN)


Untuk makluman, sesi ambilan guru pelatih KPLSPM pada kali ini khabarnya ramai dari Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak.Ini boleh dijadikan sebagai 'advantage' untuk kita sama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman kerana faktor geografi dan jurang lautan bukan lagi penghalang.Kementerian Pelajaran Malaysia sudah tentu mempunyai strategi tersendiri bagi memperkasakan profesion keguruan selaras kehendak semasa.

Harapan kami agar guru-guru pelatih baru dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di samping mampu menyumbang sesuatu yang berguna kepada IPG,masyarakat dan negara.Selamat menjadi warga IPG-KPI.

Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada semua.