Saturday, July 03, 2010

Bingkisan Daripada MPPB Jun 2010



Diam tak diam, masa berlalu dengan pantas bagaikan kerdipan mata.Begitu juga dengan Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) Ambilan Jun 2010 yang telah melabuhkan tirainya pada 2 Julai yang lalu.Selama lima hari bermula pada 28 Jun yang lalu,pelbagai suka duka, karenah dan ragam telah dilalui oleh para peserta dan jawatankuasa pelaksana untuk memastikan kelancaran program sepanjang minggu tersebut walaupun menghadapi berbagai-bagai kekurangan serta kesulitan yang tidak disangka-sangka.Bagaimanapun benarlah kata pepatah bahawa 'yang berat sama dipikul,yang ringan dijinjing sama' dalam erti kata lain bahawa semua yang terlibat telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk mengatur aktiviti guru-guru pelatih baru yang terdiri daripada KPLSPM iaitu 12 kelas dan KPLI 4 kelas.


KPLSPM-(L) =92 , (P) =112

PPISMP 1.01-1.05 (PEND. ISLAM PEND RENDAH)
1.06-1.08 (B.ARAB PEND.RENDAH)
1.09-1.10 (TESL)
1.11 (MATEMATIK)
1.12 (PRASEKOLAH)

KPLI- (L)= 44, (P) = 31

KPLI 1.01 (PEND. ISLAM)
1.02 (B.INGGERIS)
1.03 (PRASEKOLAH)
1.04 (PEND. KHAS MSLH P'BELAJARAN)


Untuk makluman, sesi ambilan guru pelatih KPLSPM pada kali ini khabarnya ramai dari Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak.Ini boleh dijadikan sebagai 'advantage' untuk kita sama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman kerana faktor geografi dan jurang lautan bukan lagi penghalang.Kementerian Pelajaran Malaysia sudah tentu mempunyai strategi tersendiri bagi memperkasakan profesion keguruan selaras kehendak semasa.

Harapan kami agar guru-guru pelatih baru dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di samping mampu menyumbang sesuatu yang berguna kepada IPG,masyarakat dan negara.Selamat menjadi warga IPG-KPI.

Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada semua.




























5 comments:

im@N eiQyn said...

assalamualaikum wbt
mabruk! mabruk! mabruk! alaikum...

alhamdulillah..syukran jiddan ala kulli hal...nyiru yg ditadahkn membuatkn ana tersangat terharu akan ukhwah yg terbina atas dasar fillah ini..

teruskan usaha daie anda! dan bantulah kami dalam usaha menjadikan ipg kpi sebagai wadah perjuangan untuk menjadi pendidik..

dear fc ana mohon ampun atas apa sahaja bentuk kesalahan kami kepada antum...asyyf jiddan..

jazakallah..

محمد حذوان بن حميدان said...

selamt dtg wrga baru..
teruskn perjuangn buat smua pimpinn jpp IPG KPI..

::muslihah zaki:: said...

Alhamdulillah.seronok tengok antum semua..

...kudambahagia... said...

tahniah adik2 JPP...wlau pepun yg trjadi,yg sgt penting adlh kklkn bi'ah islamiah kat sane...penting sgt...korng sbg ketua tnjuk cth yg baik..demi ms dpn kampus PENDIDIKAN ISLAM...

wise said...

tahniah semua...jaga akhlak yeee