Thursday, April 21, 2011

Hari Bersama Pelanggan JPP 2011

Pada hari jumaat, 08 April 2011 yang lalu, telah diadakan Hari Bersama Pelanggan JPP 2011. Terdapat banyak booth yang dilawati dan semua JPP terlibat pada waktu tersebut sama ada dari barisan majlis tertinggi JPP mahupun barisan exco JPP. HBP tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah IPG KPI iaitu Tuan Haji Anwar Bin Ahmad. Suasana sungguh meriah pada waktu itu. Hal ini demikian kerana terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan di setiap booth JPP. Sambutan daripada para pelajar sangat menggalakkan. "Semoga aktiviti seumpama ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang." Itulah antara harapan pelajar-pelajar IPG KPI selepas HBP berakhir. Sebenarnya, objektif HBP diadakan adalah untuk mendekatkan JPP dengan para pelajar dimana mereka boleh mendapatkan maklumat terkini tentang biro JPP tersebut, bertanya soalan, beramah mesra dan mengeratkan silaturrahim dengan semua warga IPG KPI. Insya Allah...Wallahu'alam :)





Pelancaran Laman Web JPP, Identiti JPP & Majalah An-Nur

Sewaktu perhimpunan bulanan diadakan pada 11 April 2011 yang lalu bertempat di dalam Dewan Besar Nik Muhyiddin Musa, telah dilaksanakan majlis pelancaran laman web JPP, identiti JPP dan Majalah An-Nur. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah IPG KPI iaitu Tuan Haji Osman Bin Hussain. Gimik yang dipersembahkan juga memukau pandangan para pensyarah dan pelajar IPG KPI. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Untuk mengenali barisan pimpinan JPP dengan lebih lanjut, bolehlah melayari laman web JPP IPG KPI di http://jpp.ipislam.edu.my/ Harap maklum. Wallahu'alam...:)




Friday, April 15, 2011

Ahlan Wasahlan...

Selamat datang diucapkan kepada Pengarah baharu IPG Kampus Pendidikan Islam iaitu Tuan Haji Osman Bin Hussain. Majlis menyambut kedatangan beliau telah diadakan pada 28 Mac 2011 yang lalu bersamaan 23 Rabiul Akhir 1432H. Semoga dengan kedatangan Tuan Pengarah kita yang menjadi pelengkap kepada organisasi IPG Kampus Pendidikan Islam ini, akan memberikan semangat kepada semua warga IPG KPI supaya lebih berkeyakinan dalam apa jua tugas yang diberikan. Kata-kata yang disampaikan beliau juga mampu menjadi perangsang kepada kita semua untuk lebih bersungguh-sungguh dalam mencapai visi dan misi IPG KPI. Insya Allah...Wallahu'alam :)

Thursday, April 07, 2011

BULAN MEMPERINGATI SIRAH & SUNNAH RASULULLAH S.A.W SEMPENA MAULIDUR RASUL PERINGKAT IPG KPI ANJURAN BIRO KESENIAN DAN KEBUDAYAAN JPP SESI 2011/2012

Pada 14 Februari 2011 bersamaan hari Isnin, Biro Kesenian dan Kebudayaan JPP sesi 2011/2012 telah menganjurkan Bulan Memperingati Sirah & Sunnah Rasulullah S.A.W Sempena Maulidur Rasul Peringkat IPG KPI dengan kerjasama Biro Dakwah dan Kerohanian, MTEN dan seluruh jawatankuasa JPP sesi 2011/2012. Terdapat banyak aktiviti menarik yang telah dijalankan sempena Bulan Sirah dan Sunnah Nabi ini dan alhamdulillah sambutan daripada kalangan pelajar adalah sangat menggalakkan.

Program Jelajah de Crescendo IPG KTAA & IPG KPI

Pada 1 April 2011, Kumpulan Perkusi Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan telah bersama-sama dengan pasukan Pekomperi IPG Kampus Pendidikan Islam menjayakan Program Jelajah De Crescendo anjuran IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan dengan kerjasama Exco Kesenian & Kebudayaan IPG Kampus Pendidikan Islam serta pasukan Pekomperi bertempat di bilik muzik IPG Kampus Pendidikan Islam. Tujuan program ini diadakan adalah untuk saling kenal mengenali di antara kumpulan Perkusi dan Pekomperi serta dapat memperkenalkan orkestra masing-masing. Kedua belah pihak ini juga dapat berkongsi idea dan juga bertukar-tukar pengalaman berkenaan dengan bidang muzik dan orchestra mereka. Kumpulan Perkusi juga ingin belajar cara bermain angklung di IPG Kampus Pendidikan Islam. Menurut Encik Shamsuri, pensyarah IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, beliau berpuas hati dengan sambutan dan layanan yang diberikan. Beliau juga menyatakan bahawa, secara keseluruhan, beliau berasa bahawa program ini telah berjaya dengan jayanya dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.



LAWATAN KE KOMPLEKS KRAF JALAN CONLAY KUALA LUMPUR SEMPENA HARI KRAF KEBANGSAAN 2011

Biro Kesenian Dan Kebudayaan JPP Sesi 2011/2012 telah menganjurkan satu lawatan ke Kompleks Kraf Kebangsaan pada 3 Mac 2011 untuk mengalami sendiri Hari Kraf Kebangsaan ini. Pihak Biro Kesenian Dan Kebudayaan JPP Sesi 2011/2012 telah menghantar seramai 35 orang peserta termasuk empat orang pensyarah pengiring. Hari Kraf Kebangsaan tersebut diadakan khusus untuk usahawan kraf sebagai satu pengiktirafan kepada penglibatan dan sumbangan golongan ini dalam pembangunan industri kraf negara. Festival kraf tersebut berkonsepkan himpunan produk kraf Malaysia daripada pelbagai kaum dan budaya dari seluruh Malaysia dipamerkan dan dijual kepada umum dan sekaligus membuka peluang kepada usahawan kraf berurus niaga secara terus bersama pelanggan.