Thursday, April 07, 2011

Program Jelajah de Crescendo IPG KTAA & IPG KPI

Pada 1 April 2011, Kumpulan Perkusi Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan telah bersama-sama dengan pasukan Pekomperi IPG Kampus Pendidikan Islam menjayakan Program Jelajah De Crescendo anjuran IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan dengan kerjasama Exco Kesenian & Kebudayaan IPG Kampus Pendidikan Islam serta pasukan Pekomperi bertempat di bilik muzik IPG Kampus Pendidikan Islam. Tujuan program ini diadakan adalah untuk saling kenal mengenali di antara kumpulan Perkusi dan Pekomperi serta dapat memperkenalkan orkestra masing-masing. Kedua belah pihak ini juga dapat berkongsi idea dan juga bertukar-tukar pengalaman berkenaan dengan bidang muzik dan orchestra mereka. Kumpulan Perkusi juga ingin belajar cara bermain angklung di IPG Kampus Pendidikan Islam. Menurut Encik Shamsuri, pensyarah IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, beliau berpuas hati dengan sambutan dan layanan yang diberikan. Beliau juga menyatakan bahawa, secara keseluruhan, beliau berasa bahawa program ini telah berjaya dengan jayanya dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.



0 comments: