Saturday, August 30, 2008

Satu Cerita Sempena RAMADHAN..Buat tatapan putra putri IPIS.

Mungkin semua sahabat-sahabat sudah membaca kisah ini..sempena Ramadhan yang bakal menjelang kurasakan amat perlu bagi kita semua supaya mengahayati apa yang tersirat di sebalik cita ini...JIHAD menentang nafsu !!!!!
..Wahai si pemilik kisah ini, izinkan aku tempatkan semula kisahmu diruangan ini buat tatapan semua warga IPIS...

Wahai teman-teman sekalian, Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apayang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Sayatidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkariapa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dankita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah inisaya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalubegitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkansebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-harikemudian. Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untukmenyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita.Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejakdi bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya. Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali. Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi pentingdi tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yangmembuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya,bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidakpernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehahyang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Sayatidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali diapunya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bualseperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya,itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya,tanpa perlu berkata-kata walau sepatah. Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia.Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap,saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia.Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejapitu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dandari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalamsiapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya.Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya. Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agardia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima denganbaik dan hubungan kami berjalan lancar selama empatbulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia.Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungankami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami da nbagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya. Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysiabulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami.Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercintatetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap. Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them.So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now.""Not a single phrase, nor a word." "My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah hasstated as wrong and proven false by the way Rasulullahp.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar.Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi say atak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri.Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha.Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah sayapelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini. Ummi berkata: "It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so." Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia.Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun airmatanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang. Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami. Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah.Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernahlesu. Ampunkanlah aku. Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya.Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur,sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini,saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya. "Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita,janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaiba.s beribu-ribu tahun dahulu? Mafraq, Jordan......

Buat penulis asal.. Terima kasih diatas perkongsian ceritamu ini...bukan hanya sekadar cerita...hayatilah bersama..sempena dengan keberkatan Ramadhan kali ini kita semua mampu berubah ke arah yang lebih baik..untuk mencari keredhaan Allah..Kita semua mampu mengubahnya..wahai ustaz dan ustazah.. YDP..

Friday, August 29, 2008

Sedikit Renungan Bersama Edisi Ramadhan

Assalamualaikum..lama sungguh saya X meninggalkan apa2 nukilan kt laman blog nie..sejak mula praktikum sememangnya sentiasa dihimpit dengan faktor kekangan masa, persediaan mengajar dan sebagainya..dalam kelapangan yang ada ini, saya cuba untuk menyelitkan satu artikel yang saya petik daripada sebuah forum yang saya masuki..mudah-mudahan memberi manfaat kepada semua yang membaca, Insyaallah..

RAMADAN ialah bulan kecintaan seorang hamba kepada penciptanya, Allah s.w.t.. Genap sebulan menahan lapar dan dahaga, melipat gandakan ibadat dan amal kebajikan, pada penghujungnya kita akan lihat umat Islam bersedih. Bersedih kerana selepas Ramadan, tiada lagi kerahmatan, keampunan, bebas daripada api neraka yang Allah janjikan kepada setiap umat Islam yang beribadat pada bulan itu.

Namun, jika berpuasa boleh mendatangkan mudarat terutama terhadap kesihatan dan tubuh badan, Islam tidak menggalakkan seseorang itu berpuasa meskipun pada bulan Ramadan.
"Maka sesiapa antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain. (al-Baqarah: 184)" Dalil naqli ini tidak sahaja memberi kebenaran tetapi telah membawa kepada bidang ilmu yang lebih luas melibatkan peraturan dan panduan berpuasa bagi mereka yang sakit. Sehinggakan ada sesetengah ulama menimbulkan persoalan jika ada seseorang itu sakit disebabkan luka pada hujung jari, adakah dia dibenarkan untuk tidak berpuasa atau dibenarkan untuk berbuka.

Pensyarah di Jabatan Bahasa al-Quran Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Petaling Jaya, Hamidah Mat berkata, ibadat atau tanggungjawab yang ditetapkan oleh syariat Islam bukan untuk menyusahkan umat manusia.
“Ibadat atau tanggungjawab itu dilakukan mengikut kadar kemampuan seseorang. Bagi orang yang tidak berupaya menunaikan kewajipan yang telah ditetapkan, Islam menyediakan kelonggaran-kelonggaran kepada mereka,” katanya.

Menurutnya, terdapat empat kategori mengenai sakit dalam ibadat puasa, iaitu:

1. Mereka yang langsung atau tidak mampu untuk berpuasa. Terutama kalangan yang usia lanjut dan uzur dan mereka berasa sangat lapar dan dahaga.
Dalilnya: Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya)
membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. (al-Baqarah: 184)

2. Golongan yang apabila berpuasa akan menyebabkan kesusahan kepadanya (masyaqqah). Ini termasuk mengalami demam atau batuk, misalnya, iaitu jika dengan puasa itu akan menyebabkan penyakitnya bertambah teruk.

3. Sakit tetapi dengan berpuasa itu boleh merawat penyakitnya. Ini termasuklah penyakit kencing manis dan obesiti. Jadi golongan ini digalakkan berpuasa bagi meningkatkan lagi kesihatan dan kualiti kehidupan mereka.

4. Ibu yang hamil dan menyusukan anak dengan susu badan. Mereka ini dikehendaki mengqada
puasa pada masa lain. Namun ada mazhab lain berpendapat golongan ini tidak perlu qada
melainkan membayar fidyah terutama bagi ibu yang hampir setiap tahun melahirkan dan
menyusukan anak dalam jarak yang agak rapat.

Tidak semua keadaan sakit itu membolehkan seseorang berbuka atau tidak berpuasa.“Islam memberikan peraturan yang jelas kepada mereka yang sakit dan sedang menjalani rawatan itu untuk menjalani ibadat puasa. Iaitu selagi pesakit masih berada dalam keadaan yang mukalaf iaitu sedar, waras dan dapat membezakan antara yang baik dan buruk, mereka tetap dikehendaki berpuasa,” katanya.

Menurutnya, Muktamar Fiqhi Islami pada 1997 di Jeddah, Arab Saudi mendapati perkara-perkara yang berikut tidak membatalkan puasa:

1. Menggunakan ubat titik terutama pada mata dan telinga.

2. Ubat yang diletakkan di bawah lidah untuk sakit jantung.

3. Melakukan ujian pap smear.

4. Rawatan pada saluran kencing sehingga menyebabkan pesakit terpaksa menggunakan tiub
salur kencing. Begitu juga pesakit yang memakai beg tampung najis.

5. Rawatan gigi, tampal, cabut, rawatan akar dengan syarat tidak tertelan air liur dengan
sengaja.

6. Suntikan ubat dengan jarum atau picagari.

7. Mereka yang menderma darah, menerima bekalan darah atau mengambil sampel darah
untuk membuat ujian darah.

8. Menerima bekalan oksigen melalui mulut atau hidung.

9. Menjalani proses dialisis tidak membatalkan puasa

Selain daripada golongan tersebut, teruskanlah puasa anda..mudah-mudahan puasa itu akan dapat "membakar" dosa-dosa yang telah kita lakukan sama ada ketika sedar mahupun tidak..Wallahualam ^^