Assalamualaikum..lama sungguh saya X meninggalkan apa2 nukilan kt laman blog nie..sejak mula praktikum sememangnya sentiasa dihimpit dengan faktor kekangan masa, persediaan mengajar dan sebagainya..dalam kelapangan yang ada ini, saya cuba untuk menyelitkan satu artikel yang saya petik daripada sebuah forum yang saya masuki..mudah-mudahan memberi manfaat kepada semua yang membaca, Insyaallah..
RAMADAN ialah bulan kecintaan seorang hamba kepada penciptanya, Allah s.w.t.. Genap sebulan menahan lapar dan dahaga, melipat gandakan ibadat dan amal kebajikan, pada penghujungnya kita akan lihat umat Islam bersedih. Bersedih kerana selepas Ramadan, tiada lagi kerahmatan, keampunan, bebas daripada api neraka yang Allah janjikan kepada setiap umat Islam yang beribadat pada bulan itu.
Namun, jika berpuasa boleh mendatangkan mudarat terutama terhadap kesihatan dan tubuh badan, Islam tidak menggalakkan seseorang itu berpuasa meskipun pada bulan Ramadan.
"Maka sesiapa antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain. (al-Baqarah: 184)" Dalil naqli ini tidak sahaja memberi kebenaran tetapi telah membawa kepada bidang ilmu yang lebih luas melibatkan peraturan dan panduan berpuasa bagi mereka yang sakit. Sehinggakan ada sesetengah ulama menimbulkan persoalan jika ada seseorang itu sakit disebabkan luka pada hujung jari, adakah dia dibenarkan untuk tidak berpuasa atau dibenarkan untuk berbuka.
Pensyarah di Jabatan Bahasa al-Quran Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Petaling Jaya, Hamidah Mat berkata, ibadat atau tanggungjawab yang ditetapkan oleh syariat Islam bukan untuk menyusahkan umat manusia.
“Ibadat atau tanggungjawab itu dilakukan mengikut kadar kemampuan seseorang. Bagi orang yang tidak berupaya menunaikan kewajipan yang telah ditetapkan, Islam menyediakan kelonggaran-kelonggaran kepada mereka,” katanya.
Menurutnya, terdapat empat kategori mengenai sakit dalam ibadat puasa, iaitu:
1. Mereka yang langsung atau tidak mampu untuk berpuasa. Terutama kalangan yang usia lanjut dan uzur dan mereka berasa sangat lapar dan dahaga.
Dalilnya: Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya)
membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. (al-Baqarah: 184)
2. Golongan yang apabila berpuasa akan menyebabkan kesusahan kepadanya (masyaqqah). Ini termasuk mengalami demam atau batuk, misalnya, iaitu jika dengan puasa itu akan menyebabkan penyakitnya bertambah teruk.
3. Sakit tetapi dengan berpuasa itu boleh merawat penyakitnya. Ini termasuklah penyakit kencing manis dan obesiti. Jadi golongan ini digalakkan berpuasa bagi meningkatkan lagi kesihatan dan kualiti kehidupan mereka.
4. Ibu yang hamil dan menyusukan anak dengan susu badan. Mereka ini dikehendaki mengqada
puasa pada masa lain. Namun ada mazhab lain berpendapat golongan ini tidak perlu qada
melainkan membayar fidyah terutama bagi ibu yang hampir setiap tahun melahirkan dan
menyusukan anak dalam jarak yang agak rapat.
Tidak semua keadaan sakit itu membolehkan seseorang berbuka atau tidak berpuasa.“Islam memberikan peraturan yang jelas kepada mereka yang sakit dan sedang menjalani rawatan itu untuk menjalani ibadat puasa. Iaitu selagi pesakit masih berada dalam keadaan yang mukalaf iaitu sedar, waras dan dapat membezakan antara yang baik dan buruk, mereka tetap dikehendaki berpuasa,” katanya.
Menurutnya, Muktamar Fiqhi Islami pada 1997 di Jeddah, Arab Saudi mendapati perkara-perkara yang berikut tidak membatalkan puasa:
1. Menggunakan ubat titik terutama pada mata dan telinga.
2. Ubat yang diletakkan di bawah lidah untuk sakit jantung.
3. Melakukan ujian pap smear.
4. Rawatan pada saluran kencing sehingga menyebabkan pesakit terpaksa menggunakan tiub
salur kencing. Begitu juga pesakit yang memakai beg tampung najis.
5. Rawatan gigi, tampal, cabut, rawatan akar dengan syarat tidak tertelan air liur dengan
sengaja.
6. Suntikan ubat dengan jarum atau picagari.
7. Mereka yang menderma darah, menerima bekalan darah atau mengambil sampel darah
untuk membuat ujian darah.
8. Menerima bekalan oksigen melalui mulut atau hidung.
9. Menjalani proses dialisis tidak membatalkan puasa
Selain daripada golongan tersebut, teruskanlah puasa anda..mudah-mudahan puasa itu akan dapat "membakar" dosa-dosa yang telah kita lakukan sama ada ketika sedar mahupun tidak..Wallahualam ^^
0 comments:
Post a Comment