Friday, June 11, 2010

SELAMAT BERCUTI =)

KEPADA SEMUA WARGA IPG KPI, BARISAN JPP 2010/2011 MENGUCAPKAN SELAMAT BERCUTI KEPADA ANDA SEMUA. MANFAATKAN MASA CUTI INI DENGAN PERKARA-PERKARA YANG BERFAEDAH. PENUHKAN ILMU DI DADA DENGAN MEMBACA BAHAN-BAHAN ILMIAH. BANTULAH IBU BAPA TANPA BANTAHAN WALAU SEDIKIT PUN. ERATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM SESAMA AHLI KELUARGA SEMASA CUTI INI. BAGI KENALAN YANG SUDAH TIDAK LAMA BERJUMPA, SUBURKANLAH KEMBALI IKATAN PERSAHABATAN ITU. BAGI PELAJAR-PELAJAR SEMESTER 6 YANG BAKAL MENJALANI PRAKTIKUM SEBAIK SAHAJA TAMATNYA CUTI SEKOLAH INI, BERUSAHALAH SEDAYA UPAYA UNTUK MENCIPTA BBM YANG MENARIK AGAR TIDAK SUKAR DAN KELAM KABUT SEMASA PRAKTIKUM NANTI

.

Tuesday, June 08, 2010

"Tak sabar rasanya nak rasmi gelanggang baru....."

Gelanggang sepak takraw, bola tampar, bola keranjang dan futsal berhampiran dengan Kolej Kediaman Ibnu Khaldun telah siap sepenuhnya setelah tidak kurang sebulan mengalami proses transformasi penambahbaikan untuk kegunaan para pelajar.Beberapa infrastruktur lain juga turut mengalami perkara yang sama seperti Gimnasium dan Dewan Besar Nik Muhyiden Musa.Dengan kemudahan sukan yang serba baik ini diharapkan para pengguna mampu memanfaatkannya demi kepentingan bersama : )

SEBELUM








SELEPAS





Konvokesyen IPG-KPI


Konvokesyen IPG-KPI yang telah berlalu melibatkan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (SR) Ambilan Jun 2008 & Ambilan Januari 2009, Kursus Diploma Perguruan Malaysia Mode PLPS JAJ Ambilan Mei 2006 dan Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) Ambilan Januari 2009.Perasmian telah disempurnakan oleh Datuk Dr. Haili Bin Dolhan, Rektor Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia.Syabas dan tahniah kepada graduan yang berjaya!!



























Saturday, June 05, 2010

Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru

Pada hari Rabu, 2 Jun 2010 bersamaan 19 Jamadilakhir 1431, telah berlangsung Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru 2010 Peringkat IPG-KPI.Sambutan hari guru yang disambut saban tahun merupakan acara tahunan dan sambutan pada kali ini amat istimewa kerana buat julung kalinya diadakan di Dataran Gerko.Pelancaran telah disempurnakan oleh Pengarah IPG-KPI, Tuan Haji Amin Bin Mohd Rashid.Menurut beliau, sempena sambutan hari guru pada kali ini, pelbagai acara dan program menarik menanti warga IPG-KPI.Tiada kata yang mampu diungkapkan selain sekalung penghargaan ucapan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan acara tersebut.



Tuan Haji Amin Mohd Rashid menyampaikan perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia.


Barisan pendidik dalam kalangan pensyarah.


En Md Zin B. Tambi menyampaikan perutusan daripada Rektor Institut Pendidikan Guru


Suasana indah dan penghargaan buat pendidik.


Dataran Gerko mempersaksikan acara yang penuh bermakna ini.


Ikrar Guru yang diketuai oleh En Ali Ahmad.


Deklamasi sajak oleh Saudara Mohd Fikri


Irama Gurindam oleh Saudara Iliyas B Mat Yunos disertai gabungan mantap
kompang yang diketuai oleh Saudara Dzuan Aizat



En. Isa Bin Ramlan mempamerkan bakat terpendam dengan bermain muzik 'keyboard'.



Puan Eran dengan penuh semangat berseloka.


Tidak lupa juga pengisian rohani oleh Prof. Dato Dr Sidek Baba,UIAM
di Masjid Imam As-Syafie.