Saturday, June 05, 2010

Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru

Pada hari Rabu, 2 Jun 2010 bersamaan 19 Jamadilakhir 1431, telah berlangsung Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru 2010 Peringkat IPG-KPI.Sambutan hari guru yang disambut saban tahun merupakan acara tahunan dan sambutan pada kali ini amat istimewa kerana buat julung kalinya diadakan di Dataran Gerko.Pelancaran telah disempurnakan oleh Pengarah IPG-KPI, Tuan Haji Amin Bin Mohd Rashid.Menurut beliau, sempena sambutan hari guru pada kali ini, pelbagai acara dan program menarik menanti warga IPG-KPI.Tiada kata yang mampu diungkapkan selain sekalung penghargaan ucapan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan acara tersebut.



Tuan Haji Amin Mohd Rashid menyampaikan perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia.


Barisan pendidik dalam kalangan pensyarah.


En Md Zin B. Tambi menyampaikan perutusan daripada Rektor Institut Pendidikan Guru


Suasana indah dan penghargaan buat pendidik.


Dataran Gerko mempersaksikan acara yang penuh bermakna ini.


Ikrar Guru yang diketuai oleh En Ali Ahmad.


Deklamasi sajak oleh Saudara Mohd Fikri


Irama Gurindam oleh Saudara Iliyas B Mat Yunos disertai gabungan mantap
kompang yang diketuai oleh Saudara Dzuan Aizat



En. Isa Bin Ramlan mempamerkan bakat terpendam dengan bermain muzik 'keyboard'.



Puan Eran dengan penuh semangat berseloka.


Tidak lupa juga pengisian rohani oleh Prof. Dato Dr Sidek Baba,UIAM
di Masjid Imam As-Syafie.






0 comments: