Saturday, March 26, 2011

Konvokesyen PISMP Ambilan Januari 2007





Tahniah dan syabas kepada semua pelajar PISMP Ambilan Januari 2007...
Wallahu'alam :)

Thursday, March 24, 2011

Bicarawara: Forum Awas! Jerat Valentine's Day

Bicarawara ini telah diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) iaitu pada bulan Februari yang lalu. Pelajar IPG KPI yang telah pergi ke PICC terdiri daripada pelajar PISMP Semester 1 dan juga sebahagian daripada JPP 2011/2012 untuk turut sama mendengar majlis ilmu itu.



Wallahu'alam.....:)

Wednesday, March 23, 2011

Pertandingan Bola Jaring Anjuran Blok Siti Khadijah (blok C)

Pertandingan telah diadakan pada hujung bulan Januari 2011. Guru penasihat yang turut serta dalam menjayakan pertandingan ini ialah Cik Nor Zihan, warden Blok C. Terdapat juga pelajar dari Blok Siti Aisyah (blok D) yang menginap di blok C semasa proses pendawaian (wiring) dijalankan di blok D turut terlibat sama dalam pertandingan ini.



Wallahu'alam....:)

Tuesday, March 22, 2011

Majlis Persaraan Tuan Haji Abdullah B Hamid

Pada hari Isnin, 21 Februari 2011 bertempat di Dewan Besar Nik Muhyiddin Musa IPG KPI, telah diadakan majlis perhimpunan rasmi bagi meraikan persaraan Tuan Haji Abdullah B Hamid, Pensyarah Kanan, Jabatan Teknologi Pendidikan IPG KPI. Majlis tersebut bermula pada jam 7.45 pagi dan berakhir pada jam 9.30 pagi. Majlis diserikan dengan tayangan multimedia yang memaparkan nostalgia kehidupan Tuan Haji Abdullah B Hamid sepanjang perkhidmatannya sebagai pendidik selama 36 tahun 2 bulan. Semoga Tuan Haji Abdullah sihat dan sejahtera selalu. Terima kasih atas segala jasa dan ilmu yang telah dicurahkan kepada seluruh warga IPG KPI. Wallahu'alam....:)

Monday, March 21, 2011

Selamat Menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan Praktikum

Semoga dipermudahkan segala urusan kepada pelajar-pelajar yang terlibat dengan PBS@SBE dan juga kepada pelajar-pelajar yang berpraktikum....insya Allah...amin..:)




Carilah pengalaman sebanyak mungkin sebelum menjejakkan kaki sebagai pendidik sebenar apabila berada di sekolah nanti...:) Wallahu'alam

Sunday, March 20, 2011

Kejohanan Olahraga Tahunan 2011 IPG KPI

Pada 03 Mac 2011 bersamaan 28 Rabiul Awal 1432 Hijrah, KOT telah dijalankan di Stadium Khalid Al-Walid, IPG KPI bermula seawal jam 7.15 pagi. Ini adalah anjuran Unit Kokurikulum, PISMP Sem 5 Ambilan Januari 2009, KPLI Sem 1 Ambilan Januari 2011 dan Biro Sukan & Rekreasi JPP 2011/2012. Tema kejohanan yang telah dipilih pada kali ini ialah "Sukan Menjana Satu Malaysia.











@ Tahniah dan syabas kepada semua pelajar kerana telah memeriahkan Kejohanan Olahraga Tahunan 2011 IPG KPI....:)

Saturday, March 19, 2011

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat IPG KPI 2011

Majlis sambutan Maulidur Rasul 1432H Peringkat IPG Kampus Pendidikan Islam anjuran Pusat Islam dengan kerjasama JPP 2011/2012 telah diadakan pada hari Jumaat 25 Februari 2011 bermula jam 7.30 pagi. Perarakan bermula dari Astaka menuju ke Masjid As-Syafie dengan membawa sepanduk serta berselawat dan marhaban menyanjung puji-pujian keatas Nabi Muhammad S.A.W.

Perarakan dan sepanduk yang dibawa oleh semua pasukan telah dinilai oleh para hakim yang dilantik dan hadiah-hadiah akan disampaikan pada majlis penutupan bulan memperingati sirah Nabi yang akan diadakan pada 28 Mac 2011.

Atur cara majlis diteruskan di Masjid As-Syafie dengan solat dhuha perdana secara berjemaah diikuti dengan ucapan perasmian oleh Tuan Timbalan Pengarah Haji Anwar bin Ahmad dan diikuti dengan bacaan selawat dan akhir sekali marhaban.

Wallahu'alam.....:)

Thursday, March 10, 2011

ESQ 165???

Nama ESQ lahir daripada perkataan Emotional dan Spiritual Quotient. ESQ dianggap sebagai inovasi terkini yang menekankan aspek kepentingan kecerdasan spiritual bagi setiap manusia. Adalah diyakini bahawa kecerdasan spiritual merupakan pusat dan landasan bagi kesemua kecerdasan yang ada iaitu intellectual quotient (kecerdasan intelektual) dan emotional quotient (kecerdasan emotional). ESQ 165??? Angka 165 merupakan simbol bagi 1 hati yang ihsan pada God Spot yang dikatakan menjadi sumber munculnya 99 sifat Allah, 6 prinsip moral berdasarkan Rukun Iman dan 5 langkah kejayaan berdasarkan Rukun Islam.

Perkara-perkara yang meragukan dalam ESQ:
1. Mendakwa para nabi mencapai kebenaran (kesedaran rohani) menerusi pengalaman dan pencarian (tanpa menyatakan peranan wahyu)
2. Menafikan eksklusivisme aqidah Islam
3. Suara hati ialah punca kesedaran rohani (Spiritual Quotient)/kebenaran/tingkatan ihsan termasuk mendakwa Nabi Muhammad, pemimpin yang kuat berpegang kepada logika dan suara hati
4. Salah tafsir terhadap al-Asma' ul-Husna dan mendakwa roh ciptaan-Ku yang dimaksudkan dalam al-Quran ialah 99 nama dan sifat Allah
5. Kekuatan luar biasa seperti mukjizat dan karamah boleh berlaku melalui rumus Zero Mind Process (ZMP)
6. Mengambil pedoman daripada golongan yang tertolak








Monday, March 07, 2011

Perjumpaan Khas JPP bersama Sayap-sayap JPP 2011

Sejarah Sayap-sayap JPP:
Ditubuhkan pada tahun 2008
Oleh:Saudara Firdaus bin Saad (YDP JPP 2008/2009)
Diteruskan oleh JPP seterusnya:

- JPP 2009/2010

- JPP 2010/2011

- JPP 2011/2012

Matlamat penubuhan:

Menjadi tulang belakang JPP dalam membantu menggerakkan aktiviti pelajar.
Membantu dalam melancarkan pengurusan dan pentadbiran JPP
Sistem organisasi menjadi lebih sistematik dan selaras dengan takwim JPP
Untuk melahirkan guru pelatih yang aktif dari segi intelektual dan kepimpinan.
Untuk menyediakan pengalaman kepada guru pelatih dalam menguruskan sesuatu organisasi persatuan/kelab.
Menggalakkan para pelajar berfikiran kreatif dan kretis.
Untuk memastikan gerak kerja sayap-sayap JPP mendapat pemantauan dari JPP
Sayap-sayap JPP
PPISMP SEM 2 PISMP SEM 1 PISMP SEM 3 PISMP SEM 5 PISMP SEM 7 MKK MTEN PERKOMPERI PERSIS KDS KELAB FOTOGRAFI EMO PER. SAINS SOSIAL SKUAD DIDIK
PERSATUAN ANAK NEGERI PERBAYU PENDIDIK REDAKSI AN-NUR NADI LUGHAH SILAT TAEKWANDO PER. PEN. JASMANI