Saturday, March 19, 2011

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat IPG KPI 2011

Majlis sambutan Maulidur Rasul 1432H Peringkat IPG Kampus Pendidikan Islam anjuran Pusat Islam dengan kerjasama JPP 2011/2012 telah diadakan pada hari Jumaat 25 Februari 2011 bermula jam 7.30 pagi. Perarakan bermula dari Astaka menuju ke Masjid As-Syafie dengan membawa sepanduk serta berselawat dan marhaban menyanjung puji-pujian keatas Nabi Muhammad S.A.W.

Perarakan dan sepanduk yang dibawa oleh semua pasukan telah dinilai oleh para hakim yang dilantik dan hadiah-hadiah akan disampaikan pada majlis penutupan bulan memperingati sirah Nabi yang akan diadakan pada 28 Mac 2011.

Atur cara majlis diteruskan di Masjid As-Syafie dengan solat dhuha perdana secara berjemaah diikuti dengan ucapan perasmian oleh Tuan Timbalan Pengarah Haji Anwar bin Ahmad dan diikuti dengan bacaan selawat dan akhir sekali marhaban.

Wallahu'alam.....:)

0 comments: