Thursday, March 10, 2011

ESQ 165???

Nama ESQ lahir daripada perkataan Emotional dan Spiritual Quotient. ESQ dianggap sebagai inovasi terkini yang menekankan aspek kepentingan kecerdasan spiritual bagi setiap manusia. Adalah diyakini bahawa kecerdasan spiritual merupakan pusat dan landasan bagi kesemua kecerdasan yang ada iaitu intellectual quotient (kecerdasan intelektual) dan emotional quotient (kecerdasan emotional). ESQ 165??? Angka 165 merupakan simbol bagi 1 hati yang ihsan pada God Spot yang dikatakan menjadi sumber munculnya 99 sifat Allah, 6 prinsip moral berdasarkan Rukun Iman dan 5 langkah kejayaan berdasarkan Rukun Islam.

Perkara-perkara yang meragukan dalam ESQ:
1. Mendakwa para nabi mencapai kebenaran (kesedaran rohani) menerusi pengalaman dan pencarian (tanpa menyatakan peranan wahyu)
2. Menafikan eksklusivisme aqidah Islam
3. Suara hati ialah punca kesedaran rohani (Spiritual Quotient)/kebenaran/tingkatan ihsan termasuk mendakwa Nabi Muhammad, pemimpin yang kuat berpegang kepada logika dan suara hati
4. Salah tafsir terhadap al-Asma' ul-Husna dan mendakwa roh ciptaan-Ku yang dimaksudkan dalam al-Quran ialah 99 nama dan sifat Allah
5. Kekuatan luar biasa seperti mukjizat dan karamah boleh berlaku melalui rumus Zero Mind Process (ZMP)
6. Mengambil pedoman daripada golongan yang tertolak








0 comments: