Tuesday, August 31, 2010

LAILATUL QADR

satu dalam setahun......satu dalam sebulan.....lebih baik drpd 1000 malam.......begitu indah...begitu uniknya malam itu.....keberkatan Bulan Ramadhan terang lagi bersuluh......pintu syurga dibuka seluasnya....pintu neraka ditutup serapatnya.....ada pula malam lailatul qadr....rahmat buat para HambaNya yang bertaqwa...


persiapan yang jitu perlu dilakukan untuk merasai dan menikmati malam lailatul qadr tersebut. bukan mudah...bukan susah....banyakkan amal ibadat...sucikan hati dan jiwa....malam al-qadr ini berlaku pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan....rebutlah peluang keemasan ini.....jangan biarkan ia berlalu pergi dengan begitu sahaja....jangan biarkan diri kita rugi selamanya.....


<<<>>>


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


Sedar tidak sedar, kita sudah pun menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53. Tema Hari Merdeka tahun ini ialah 1 Malaysia Menjana Transformasi. Buat kali pertama, sambutan ini diadakan di stadium tertutup, Stadium Bukit Jalil. Tahun ini merupakan tahun kedua Hari Kemerdekaan negara disambut dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan kemuliaannya. Hargailah jasa pejuang-pejuang negara dalam mendapatkan kemerdekaan negara tercinta ini. Rakyat dahulu sudah mengalami jerih payahnya, susah deritanya hidup di bawah penjajajah. Jangan kita musnahkan kemerdekaan negara ini. Peliharalah keamanan dan perpaduan negara ini.


Buat warga IPG KPI yang bakal mendidik anak bangsa suatu hari nanti, tanamkan sikap cintakan tanah air dalam diri murid-murid. Sedarkan mereka tentang makna kemerdekaan yang sebenar. Semoga kemerdekaan negara terus mekar untuk selamanya. InsyaAllah.


Sunday, August 29, 2010

Aqiqah,Khatam Al-Quran & Iftar Perdana Ramadhan Al-Mubarak

Rabu, 25 Ogos 2010 bersamaan 15 Ramadhan 1431H - Majlis tahunan iaitu Aqiqah, Khatam Al-Quran & Iftar Perdana telah selamat berlangsung dengan jayanya di Masjid Imam As-Syafie.Pada kali ini, majlis telah disempurnakan sendiri oleh Rektor IPG Kementerian Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Haili Bin Dolhan yang berbesar hati turun padang bermesra dengan warga KPI dalam bulan yang penuh kemuliaan dan rahmat.Seperti biasa, kami mengucapkan jutaan terima kasih atas penat lelah tuan puan di bulan puasa ini dalam membantu segala aspek persiapan hingga ke akhirnya serta memperbaiki kekurangan sebelum-sebelum ini.




















Monday, August 23, 2010

Yang Patah Tumbuh, Hilang Berganti

Kacak bergaya, tampan orangnya, gagah perkasa......itulah seorang insan bertuah bernama Tuan Haji Anwar Bin Haji Ahmad yang menjejakkan kaki di bumi barakah kita selaku Timbalan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam yang baru bagi menggantikan Puan Hajjah Marinal Binti Hussein.Beliau juga merupakan bekas guru pelatih Maktab Perguruan Islam sekitar tahun 70-an.Beliau memiliki banyak pemikiran dalam bidang pendidikan serta luas pengalaman di serata tempat.Pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011 dan juga seluruh warga KPI amat berbesar hati mengalu-alukan kehadiran tuan dengan harapan kita akan sama-sama berganding bahu bersatu tenaga memacu kegemilangan profession keguruan di IPG yang tercinta ini.





Monday, August 09, 2010

Ramadhan Al-Mubarak

Masa demi masa, hari demi hari, bulan demi bulan.....akhirnya bulan yang penuh kemuliaan di dalamnya menjelma lagi.Marilah kita sama-sama merebut ganjaran yang terhidang dengan mengerjakan amal ibadah dan kebajikan semaksimum keikhlasan mungkin agar Ramadhan kali ini adalah yang terbaik dari sebelumnya.








Saturday, August 07, 2010

Bonda.......Jasamu Dikenang

Tepat jam 5.00 petang bertarikh 6 Ogos 2010......

Detik masa yang mendebarkan, sedih, terharu dan sangat bermakna buat insan bernama Kelsom Binti Abdullah atau dikenali sebagai bonda oleh para guru pelatih di IPG-KPI.Bonda merupakan pensyarah di Jabatan Al-Quran dan As-Sunnah.Tamatlah sudah kerjayanya di sini sebagai seorang pendidik berjiwa pelajar, dedikasi serta limpahan jasanya kepada KPI tiada tandingan gunung emas mahupun permata.Kami warga KPI sentiasa mendoakan bonda tersayang kami sentiasa bahagia di dunia dan di akhirat di bawah naungan rahmat Ilahi.Amiin..Ampun dan maaf kami pinta andai kata tersilap bicara, terkurang di mana-mana...

Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.








Thursday, August 05, 2010

Bumi Bertuah.....Mudah-mudahan Barakah




Sepanjang minggu ini memang tidak dinafikan akan kesibukan semua warga KPI tidak kira sama ada kakitangan akademik, bukan akademik mahupun para guru pelatih sendiri yang bertungkus lumus menghadapi penilaian yang dibuat oleh Agensi Kelayakan Malaysia atau dikenali sebagai MQA.Kunjungan mereka tidak lain tidak bukan adalah mengakreditasi sistem pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di semua IPG bagi program ijazah.Ini amatlah penting kepada kerjaya guru-guru pelatih pada masa akan datang supaya memperoleh pengiktirafan atau pentauliahan secara sah dengan berbekalkan segulung Ijazah Sarjana Muda Perguruan.Pada masa yang sama, harapan pihak MQA dan IPG sendiri agar semua guru memiliki pengetahuan yang tinggi tidak terhad hanya dalam lingkungan alam persekolahan sahaja bahkan perlu juga merangkumi sumber rujukan idea yang bernas serta kemahiran teknikal yang berkualiti.

.....................................................................................................................

Khamis -5 Ogos , rombongan dari seberang Laut China Selatan pula menjelma dari jauh telah merisik khabar orang di Bangi.Kali ini, JPP IPG Kampus Batu Lintang, Kuching Sarawak Bumi Kenyalang telah terbang dan hinggap di pepohon lembah ilmu IPG-KPI.

Kata sang Kenyalang ,

Kacang bukan sebarang kacang,
Kacang melilit di pohon langsat,
Datang bukan sebarang datang,

Kami datang membawa hajat.


Kehadiran mereka adalah sebagai penanda aras gerak kerja sepanjang memegang tampuk kepimpinan.Walaupun pertemuan begitu singkat , namun terdapat banyak perkara berguna yang difikirkan sangat berguna untuk jangka masa panjang.











.....................................................................................................................

31 Julai - JPP IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan telah mengadakan kunjungan muhibbah ke sini dan program tersebut merupakan timbal balas lawatan yang pernah kita adakan sebelum ini ke kampus mereka.Sekali lagi pihak JPP KPI memohon beribu kemaafan serta jutaan terima kasih kerana sudi berkampung di bumi bertuah ini.