Wednesday, October 14, 2009

Antara Prioriti Dan Ikutkan Hati

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Mana yang lebih diutamakan?mendengar kuliah maghrib yang dilanjutkan atau solat isyak berjemaah pada awal waktu?bukanlah untuk menghuraikan perdebatan ini dengan lebih panjang.kerana masing-masing mempunyai hujjah sendiri.pada ruangan ini saya ingin menyuntik anda semua supaya masing-masing bermuhasabah diri.

Saya merasakan bahawa kita masih lagi didalam belenggu masalah “Awlawiyyat” iaitu mana yang lebih diutamakan.Persoalan disini. Adakah kita patut mendahulukan solat berjemaah di awal waktu dalam keadaan kita masih tidak mengetahui sah batal solat ?sedangkan kuliah maghrib ketika itu sedang membicarakan masalah solat?.Saya ingin memetik satu situasi yang terjadi dalam kalangan pelajar kita yang mungkin terlepas pandang.Sebelum itu eloklah dibentangkan Sabda nabi Muhammad s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibn.Abbas r.a yang berbunyi:

أمرت أن أسجد على سبعة أعظم:على الجبهة-وأشاربيده على أنفه-واليدين والركبتين وأطراف القدمين

Bermaksud: aku diarahkan untuk sujud di atas 7 anggota sujud : di atas dahi dan Nabi s.a.w menunjukkan ke arah dahi baginda dan kedua belah tangan,dan kedua belah lutut dan kedua-dua hujung jari kaki(jari kaki dibahagian bawah).
(riwayat Bukhari dan Muslim)*
*Fathul Baari,sheikh Ibn Hajar,2/384(hadis no 812,813)

Berdasarkan Huraian Imam An Nawawi didalam Syarah Sahih Muslim no 1099,4/431 ketika menghuraikan keadaan ketika sujud kedua-dua hujung jari kaki(jari kaki di bahagian bawah) yang paling minima untuk mengikut arahan Hadis ialah satu jari kaki yang betul kedudukannya( jari kaki di bahagian bawah yang menyentuh bumi).
Jika perut jari kaki(jari kaki di bahagian bawah) tidak menyentuh bumi atau tidak berada pada kedudukan yang betul solatnya BATAL ( DISISI MAZHAB HANAFI,SYAFIE(MENURUT AN NAWAWI) DAN HANBALI)

Sesetengah Pelajar terlepas pandang hal ini. Sememangnya solat berjemaah di awal waktu itu baik dan wajar diteruskan. Tetapi di dalam situasi kuliah maghrib yang membincangkan hal berkaitan solat dilanjutkan,apa salahnya untuk kita duduk bersama majlis ilmu yang membincangkan hal berkaitan solat. Diri kita pun masih belum sempurna dalam hal berkaitan solat lagi. Tidak usah bergegas untuk balik ke bilik kononnya untuk menyiapkan assignment sedangkan ilmu fardhu ain lebih besar dari itu.

Tidak usah mengejar solat berjemaah di awal waktu sedangkan sujud kita masih lagi tidak menepati syarat sujud yang dikehendaki syara’.Utamakan mana yang perlu diutamakan. Bukannya setiap waktu kuliah Maghrib membincangkan hal ini.oleh itu jangan lepaskan peluang untk mendengar intipati yang disampaikan di dalam kuliah magrib bagi minggu Tahsinus solah ini…
“Prioriti Menjana Keseimbangan Ummah”

-NYDP JPP-

*Renung2kan dan selamat beramal..

3 comments:

Anonymous said...

setuju!! tapi elok juga masanya dipendekkan sedikit supaya tidak terlalu lama.. sebab sekarang ni isya' dah awal..

sekarang ni kita buat program jangan sampai orang boring.. kita buat tahsin solat dalam waktu maghrib , jika xsempat habis juga perbincangan tu kita sambung pada hari seterusnya..

sebabnya sekarang ni kehadiran ke masjid tengah ramai.. jadi kita ambil peluang untuk menunjukkan hadir ke masjid ini tidak memenatkan dan memboringkan.. bahkan rasa seronok kerana mendapat ilmu baru..

kalau duit masjid ada, buat la minum2 sikit.. sekadar pandangan dan cadangan..

::FaQirah alHawari:: said...

assalamualaikum wbt...

setuju sangat dengan apa yang disampaikan pada artikel kali ini..sekurang-kurangnya dapat membuka minda kita dalam hal-hal ibadah ni..sememangnya solat itu wajib, tetapi masih ada rukhsahnye..:)..

jangan pula untuk mengejar solat diawal waktu dikala kuliah maghrib belum berakhir kita pula telah melanggar adab-adab di dalam majlis ilmu..lihatlah dulu disiplin ilmu dan akhlaknya..mungkin bagi solat zohor perlulah kita awalkan kerana waktu bagi solat zohor pendek..begitulah indahnya Islam..

dan untuk tambahan ilmu juga, kawan-kawan boleh lihat hadis tentang tempoh waktu solat isya'..tempoh peruntukan waktu dari Allah SWT untuk solat isya' juga dipanjangkan.. semuanya ada hikmahnya..

Mustakim Ahmad said...

assalamualaikum..
setuju saja dgn nydp.. tapi pada hemat saya ada baiknya apabila msuk waktu isya' majlis dihentikan seketika utk dilaungkan azan.. kemudian sambung la.. sbb pada pemahaman sy mengikuti kursus imam itu, azan dilaungkan tepat pada waktunya.. mungkin ada yg menunggu azan dari masjid ipis.. jadi rasanya baik sekiranya majlis dihentikan sebentar untuk diberi laluan kepada azan..

sekian wassalam..