Tuesday, January 12, 2010

Lawatan Ilmiah I LuV Islam ke KPI

Ahlan wa Sahlan,
Syarikat penerbitan dan percetakan ,Kumpulan Karangkraf telah mengadakan satu lawatan di IPG-KPI bagi memperhebatkan promosi majalah-majalah keluaran terbaru serta rangkaian media ulung mereka.Kunjungan tersebut di ketuai oleh Encik Raja Shahfaizal Bin Raja Khairuddin,Manager Brand Marketing Department.Satu majlis ringkas telah diadakan di Dewan Syarahan Profesor Dr.Abdul Jalil Hassan pada jam 3.30 petang dan Tuan Haji Amin Mohd Rashid,Pengarah IPG-KPI telah berbesar hati menyempurnakannya.Agenda tersebut serba serbi telah memberikan impak positif dua hala pertukaran buah fikiran antara kedua belah pihak bagi pembangunan masa hadapan.




0 comments: