Wednesday, May 05, 2010

KE ARAH MEMBENTUK GURU BERKALIBER

Sebagai seorang guru, kita bukan sahaja tertumpu pada isi pembelajaran di dalam kelas, malah lebih daripada itu. Sehubungan dengan itu, Exco Ekonomi dengan kerjasama E-MINDS telah menjayakan festival keusahawanan islam pada 28April-1Mei yang lalu. Tujuannya adalah untuk melatih bakal-bakal guru dengan alam perniagaan. Sepanjang 4 hari tersebut, pelbagai aktiviti telah dijalankan, antaranya ialah Sihat Bersama HPA,Ceramah Kesihatan Wanita, Kuliah Dhuha, Forum Cinta Remaja, Pertandingan Pentomen serta pendeklamasian sajak. Sekalung penghargaan dan tahniah kami ucapkan kepada semua warga IPG KPI yang telah memberi sokongan kepada JPP 2010/2011.


3 comments:

Biro Agama, Kerohanian dan Moral said...

tahniah diucapkan buat semua pimpinan jpp IPG kampus ISLAM krane dpt mnganjurkn aktiviti yg sgt berguna.. (^_^)

محمد حذوان بن حميدان said...

tahniah..(^_^)

JPP IPG KDRI 2013/2014 said...

tahniah!!salam kunjungan hormat daripada JPP IPG KDRI.. Semoga ukhuwah bertaut,