Saturday, February 19, 2011

Watikah Perlantikan JPP 2011/2012

Bersempena dengan perhimpunan bulanan Februari 2011 yang diadakan pada 14 Februari 2011, satu majlis penyampaian Watikah Perlantikan JPP 2011/2012 telah disempurnakan oleh Tuan Timbalan Pengarah IPG KPI , Tuan Haji Anwar bin Haji Ahmad bertempat di Dewan Besar Nik Mohyiden Musa. YDP JPP yang baru telah menandatangari watikah perlantikan dan mengetuai ikrar taat setia kepada seluruh warga IPG KPI untuk memberi kerjasama dan kepimpinan yang diperlukan untuk kelestarian kemajuan dan pencapaian cemerlang kampus ini.

JPP sesi 2011/2012 terdiri daripada pelajar-pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah. Semua ahli JPP adalah dilantik berdasarkan keputusan pilihanraya peringkat institut yang telah dijalankan pada 13 Januari 2011. Seramai 30 orang pelajar telah diberi kepercayaan untuk menerajui pentadbiran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.

Organisasi JPP diketuai oleh Presiden JPP dan dibantu oleh barisan eksekutif yang terdiri daripada Ketua Biro dan Naib Ketua Biro yang mengendalikan 12 buah Biro yang ditubuhkan dibawah naungan JPP yang diketuai oleh Ustaz Ismail Che Ku iaitu seorang pensyarah Jabatan Pengajian Islam dan Moral IPG KPI.


0 comments: