Asmara guru pelatih
Oleh Azlan Hafeedzam@hmetro.com.my
Gadis yang ditangkap khalwat dengan pasangannya, semalam." |
SOAL...Ahmad Syukri (kanan) mengambil keterangan daripada gadis yang ditangkap khalwat dengan pasangannya, semalam. |
PASIR PUTEH: Gara-gara terlalu merindui teman wanitanya, seorang lelaki datang ke negeri ini dengan menaiki bas ekspres sejauh kira-kira 600 kilometer (km) sebelum mereka berdua bersepakat untuk bermalam selama dua hari di sebuah chalet di Tok Bali, dekat sini.
Namun, perbuatan pasangan kekasih itu terbongkar apabila mereka dicekup oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Pasir Puteh, kira-kira jam 3.45 pagi semalam ketika mereka tidur dalam sebuah daripada dua bilik yang disewa di chalet terbabit.
Lebih memalukan pasangan kekasih terbabit yang juga guru pelatih dari sebuah maktab perguruan sama di Johor, tetapi berlainan kursus itu ditangkap ketika umat Islam beribadat sempena kedatangan Awal Muharam.
Berikutan itu, ibu bapa kepada gadis berusia 18 tahun itu menangis di hadapan kakitangan penguat kuasa agama akibat terlalu malu, selain kecewa kerana ditipu ‘hidup-hidup’ anak mereka sendiri kononnya hendak bermalam di rumah kawan sekolah lama.
|
Difahamkan, sebelum dicekup, lelaki berusia 19 tahun serta berasal dari Pahang itu dikatakan menaiki bas dari Johor, semata-mata ingin berjumpa dengan kekasihnya yang tinggal di Machang.
|
Malah, gadis terbabit turut menjemput teman lelakinya di bandar Tanah Merah, kira-kira 20km dari rumahnya di Machang, jam 6.30 pagi dengan motosikal sebelum mereka berdua berpakat untuk menginap di Tok Bali.
Penolong Pegawai Penguat Kuasa JHEAIK Pasir Puteh, Ahmad Syukri Abdul Ghani, berkata hasil maklumat orang ramai, beliau bersama empat kakitangan termasuk seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) bergegas ke chalet itu.
Katanya, hasil pemeriksaan, pihaknya mendapati lelaki terbabit menempah dua bilik berasingan bagi mengelakkan kegiatannya itu dihidu pihak berkuasa.
“Hasil tinjauan mendapati satu daripada bilik yang ditempah mereka dalam keadaan cerah manakala satu lagi, hanya lampu di bahagian bilik air dinyalakan.
“Tanpa membuang masa, saya dan beberapa kakitangan melakukan pemeriksaan terhadap bilik itu sebelum seorang gadis berpakaian lengkap membuka pintu sebaik pintu diketuk dan memperkenalkan diri,” katanya.
Menurutnya, gadis berkenaan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak JHEAIK dan hasil pemeriksaan selanjutnya mendapati seorang lelaki dipercayai teman lelakinya sedang tidur tanpa menyedari kehadiran pihak berkuasa agama.
“Sebaik dia dikejutkan sebelum pihak kami memperkenalkan diri, lelaki terbabit terus menggigil ketakutan sebelum dia memberi pelbagai alasan bagi mengelakkan dirinya dicekup,” katanya...
Disiarkan kembali oleh...YDP..
3 comments:
X kira sape die, guru, doktor, enjinier dan sesape pun. kalau die tu manusia dia tetap ada nafsu. Bagi umat ISLAM, kita ada iman.Iman la kawal sume tu. Takut gak aku dgr benda2 camni. Mari kita berdoa agar dijauhkan dari perkara ini terutamanya di IPIS
Moga kes ini dapat dijadikan pengajaran buat semua ..khususnya bakal guru. Jika moral anda boleh dipersoalkan, maka sahsiah guru perlu dimantapkankan lagi.
tula...nak wat jahat kat KELANTAN. Kan dah kene tangkap.haha.KELANTAN negeri yg mulia dooo...jgn carik pasai la
Post a Comment