Friday, January 09, 2009

kebajikan anda keutamaan kami..

Assalamualaikum..

Pagi tadi saya telah dimaklumkan tentang masalah pelajar semester 1 PISMP 09 yang mengadu berkenaan urusan perpindahan mereka ke IPG yang baru dan pihak JPP terus mengambil perhatian kes ini dengan serta merta.

Alhamdulillah, Allah memudahkan jalan dan urusan kita semua walaupun terdapat sedikit halangan. Pada permulaannya, kita menghadapi kesulitan kerana kesemua bas dan pemandu telah ditempah untuk pelbagai kegunaan dan pada masa yang sama pelajar-pelajar yang bakal berpindah memerlukan pengangkutan ke IPG masing2 bersama2 dengan barang2 mereka. Cuma pada hari ahad sahaja bas dan pemandu IPIS boleh digunakan. JPP memikirkan sekiranya pada hari ahad adik2 dibawa ke IPG masing2, masalah besar pasti berlaku kerana pendaftran hanya akan berlaku pada pagi isnin jam 8-10 sahaja. JPP telah berurusan dengan pihak pegawai yang bertanggungjawab supaya dapat mengusahakan bas sewa dari syarikat luar demi kebajikan pelajar IPIS walaupun mereka bakal menjadi warga IPG lain.

Keputusannya ialah bas dapat disewa dari syarikat luar dan butirannya adalah seperti berikut :

Waktu bertolak dari garaj IPIS : 6.00 pg sesudah Subuh.
Trip perjalanan : Trip Pertama - IPIK dan terus IPBA
: Trip Kedua - IPRM

Diingatkan supaya semua pelajar yang terlibat dapat bersedia lebih awal dari masa yang telah ditetapkan dan sediakan barang2 anda semua di garaj bas dengan lebih awal lagi. Ini kerana bas yang sama terpaksa berpatahbalik untuk mengambil kawan2 anda untuk ke IPRM pula dan anda semua hanya mempunyai masa yang singkat untuk proses pendaftaran di IPG masing2 iaitu dari jam 8-10 pagi sahaja. Oleh itu, bertimbangrasalah dengan rakan2 anda dan turunlah awal ke garaj.

Catatan : YDP juga telah memaklumkan kepada semua YDP IPG yang terbabit tentang perpindahan anda semua. Nanti kepada adik2 bila dah sampai sana kalau berjumpa YDP baru nanti, harap jangan lupa kepada JPP di sini dan sampaikanlah salam kepada mereka. Untuk rujukan dan kemudahan di masa2 akan datang kami lampirkan bersama nama YDP IPG masing2 dan boleh mendapatkan no telefon mereka daripada YDP IPIS...Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada organisasi batch anda..YDP : )

IPIK : Saudara Ehsan
IPRM : Saudara Ridzuan
IPBA : Saudara Wan Amali

0 comments: