Monday, January 19, 2009

Sekitar MPPB Januari 2009



Sepertimana lazimnya tahun-tahun yang sebelumnya, pada bulan Januari pihak IPGM seluruh Malaysia akan menerima sekumpulan pelajar-pelajar baru dari kumpulan KPLI Sepenuh Masa, KPLI J-QAF dan juga PISMP Semester 1..kumpulan-kumpulan ini mendaftar di IPGM-IPGM yang telah ditetapkan bagi membuka lembaran seterusnya di dalam hidup mereka sebagai calon-calon guru pelatih yang baru..Senario yang sama turut dilihat di Institut Perguruan Islam Selangor ini yang kininya dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam..Maka pada tarikh 12hb Januari 2009 yang lalu, pihak Institut telah menerima kunjungan lebih daripada 400 orang pelajar KPLI sepenuh masa & J-QAF yang tiba bersama waris-waris mereka bermula dari jam 7.15 pagi lagi..walaupun sesi pendaftaran dijangka mula beroperasi pada jam 7.45 pagi tetapi sudah terdapat pelatih-pelatih baru yang tiba untuk mendaftar ditemani waris masing-masing..bagi pelajar PISMP Sem 1 pula, mereka tidak perlu menjalani proses minggu orientasi kerana mereka semuanya memang telah mendiami Instittut ini dalam tempah setahun setengah yang lepas bagi tujuan program persediaan..

 
(suasana di kaunter peralatan)

dalam tempoh 5 hari 4 malam bermula dari 12hb hingga 16hb Januari maka bermulalah Minggu Pengurusan Pelajar Baru bagi pelajar-pelajar program KPLI sepenuh masa dan KPLI J-QAF ini..misi utama yang ingin dicapai oleh program MPPB ini adalah memperkenalkan budaya dan tatacara di IPGM Kampus Pendidikan Islam ini kepada pelajar-pelajar yang baru tersebut..antara isi kandungan sepanjang MPPB ini adalah slot-slot taklimat berkenaan pengurusan dan perjalanan pengajian mereka di IPGM ini, sesi LDK bersama naqib dan naqibah masing-masing, aktiviti riadah dan juga aktiviti kemuncak Malam Kebudayaan..

 
(LDK bersama naqib & naqibah)

 
(mengambil udara petang yang segar)

 
(urusetia yang terlibat dalam MPPB kali ini)

Pengalaman menguruskan MPPB pada kali ini banyak memberikan pengalaman baru kepada pihak urusetia sepanjang MPPB ini berlangsung..pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dalam tempoh satu minggu ini banyak membantu ajk pelaksana dalam merangka sebuah program yang lebih baik di masa akan datang..MPPB ini juga merapatkan ukhwah di antara setiap individu yang sama-sama berganding bahu dalam menjayakan program yang serba hebat ini..tanpa kesanggupan dan kesediaan untuk berkorban masa, tenaga dan kredit telefon bimbit program ini tidak mungkin dapat berjalan dengan jayanya..Semoga program MPPB ini memberi manfaat kepada setiap individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung..

0 comments: