Saturday, May 28, 2011

Selamat Bercuti

Selamat bercuti kepada semua warga IPG Kampus Pendidikan Islam. Semoga perjalanan pulang dan kembali ke institut selamat. Berhati-hati di jalan raya walau di mana anda berada. Jaga diri, jaga iman.

Setelah satu semester kita berbakti dan mengharungi suka duka kehidupan di institut, tibalah masanya untuk kita kembali berbakti kepada keluarga tercinta. Bagi mereka yang berada di Borneo terutamanya, bukan mudah untuk mereka pulang bercuti bersama-sama keluarga tanpa diberikan cuti yang panjang. Sekiranya di sini kalian sibuk berbakti, aplikasikannya apabila berada di rumah juga. Ringankanlah tulang membantu ibu bapa di rumah. Mereka pasti berasa gembira apabila melihat kalian sedemikian.


Guna kesempatan bersama keluarga ini untuk merapatkan lagi hubungan antara ahli keluarga di samping memberikan peringatan-peringatan yang bermakna kepada mereka. Sampaikanlah walaupun sepotong ayat.

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Penjaganya adalah malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperntahkan-Nya kepada mereka, dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan".
-Al-Tahrim : 6

Gunakanlah masa cuti ini sebaiknya dengan aktiviti berfaedah. Jangan biarkan masa itu berlalu begitu sahaja tanpa memberi manfaat kepada orang lain mahupun diri sendiri. Cuba kita gunakan masa cuti ini juga untuk mendekatkan diri kepada Allah. Bacalah buku-buku ilmiah mahupun buku berfaedah bagi menambahkan lagi ilmu pengetahuan. Menjadi seorang guru itu memerlukan ilmu. Ilmu yang cukup luas. Umpama kata-kata Saidina Ali bin Abi Talib, "ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum dan harta terhukum. Harta berkurang apabila dibelanjakan tapi ilmu akan bertambah apabila digunakan".

Jangan terlalu lalai dan berseronok dengan aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam musim cuti. Berhibur tiada salahnya tetapi kita perlu pandai memilihnya mengikut syariat yang telah ditetapkan. Jangan biarkan solat dijadikan sebagai aktiviti kedua kita. Utamakannya terlebih dahulu sebelum yang lain.

Tiga minggu bukan masa yang lama. Bagi mereka yang dikehendaki datang awal bagi persediaan MPPB, semoga pengorbanan cuti anda diberkati. Untuk menyambut adik-adik kita nanti, pada 20 Jun 2011. Raikanlah kedatangan mereka. Tunjukkanlah contoh teladan yang baik.

Akhir kata daripada saya, saya ingin nyatakan sekali lagi gunakanlah waktu cuti ini sebaiknya. Jaga diri anda dan berhati-hati di jalan raya, ingatlah kepada orang yang tersayang.

YDP,
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR
IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
2011/2012

Thursday, May 26, 2011

Perasmian Minggu Bahasa Arab

Pada 09 Mei 2011 yang lalu, perasmian Minggu Bahasa Arab telah diadakan di dataran Dewan Besar Nik Muhyiddin Musa dan majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam, Tuan Haji Osman Bin Hussain. Perasmian tersebut telah disertakan dengan gimik yang sangat menarik perhatian semua pelajar dan pensyarah yang hadir ketika majlis itu. Sepanjang minggu tersebut, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dilaksanakan dan semuanya berteraskan Bahasa Arab.







Bahasa Arab Bahasa Al-Quran...Wallahu'alam....^.^

Dramatization of William Shakespeare's Macbeth

Venue: The Taranum Room
Date: 11th May 2011

The play of Macbeth is about a man's rise to power that is made possible by his wife's manipulative ways. Though Macbeth is a brave general and a powerful lord, his wife is far from subordinate to his will. Indeed, she often seems to control him, either by crafty manipulation or by direct order. And it is Lady Macbeth's deep-seated ambition, rather than her husband's, that ultimately propels the plot of the play by goading Macbeth to murder Duncan. Macbeth does not need any help coming up with the idea of murdering Duncan, but it seems unlikely that he would have committed the murder without his wife's powerful taunts and persuasions. Additionally, apart from ambition, the play also illustrates the themes of greed, supernatural, appearance and reality, trust and good versus evil. Congratulation to all the Teslians of PPISMP Semester 2 for the nice performances. And also appreciation to the coordinator of English Studies and the project, Madam Akmar Aminuddin.


Wallahu'alam....:)

Wednesday, May 25, 2011

Minggu Untukmu Palestin

Pada 03 Mei 2011 hingga 05 Mei 2011 yang lalu, Biro Dakwah, Kerohanian dan Kepimpinan telah menganjurkan Minggu Untukmu Palestin. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah seperti ceramah sejarah bumi Palestin pada hari Selasa selepas maghrib, forum Bersamamu Palestin pada hari Rabu selepas maghrib dan malam kemuncak Untukmu Palestin yang telah diadakan pada hari Khamis selepas isyak. Program yang dianjurkan telah berjalan lancar dengan adanya komitmen yang diberikan oleh semua pihak terutamanya dalam kalangan para pelajar sendiri...Jazakumullah





Wallahu'alam....:)

Saturday, May 14, 2011

Jelajah Kepimpinan JPP IPG KKB sesi 2010/2011

Pada hari Jumaat, 29 April 2011 yang lalu, telah diadakan sesi diskusi JPP IPG KKB bersama JPP IPG KPI. Diskusi ini telah diadakan di Bilik Persidangan IPG KPI dan pada masa yang sama, pihak HEP juga turut hadir bersama untuk berbincang mengenai perkara-perkara berkaitan IPG masing-masing. JPP IPG KKB dan JPP IPG KPI banyak berkongsi maklumat untuk diaplikasikan di kampus masing-masing. Sebenarnya, jelajah kepimpinan JPP IPG KKB sesi 2010/2011 ini merupakan lawatan sambil belajar yang diadakan untuk mendedahkan kepada barisan JPP tentang aspek pengurusan dan pentadbiran JPP dan MPP dari pelbagai IPT yang lain. Selain sesi diskusi bersama JPP IPG KPI, pihak JPP IPG KKB juga telah mengadakan sesi diskusi bersama MPP UKM, MPP UNITEN, MPP UM, MPP MMU, JPP IPG KPIK, JPP IPG KBM dan JPP IPG KBA.


Wallahu'alam.....^_^

Wednesday, May 11, 2011

Majlis Perhimpunan Rasmi Persaraan Puan Aspiah Bt Juri & Puan Hazina Bt Zakaria

Pada hari Jumaat, 29 April 2011, bertempat di Dewan Besar Nik Muhyiddin Musa IPG KPI, telah diadakan satu majlis perhimpunan rasmi sempena persaraan Puan Aspiah Binti Juri iaitu staf pengurusan IPG KPI dan juga Puan Hazina Binti Zakaria iaitu pensyarah dari Jabatan Pengajian Melayu (JPM) IPG KPI. Majlis telah bermula seawal jam 8.00 pagi. Kemudian majlis tersebut diserikan lagi dengan tayangan multimedia nostalgia kehidupan Puan Aspiah dan Puan Hazina. Semoga dipanjangkan usia Puan Aspiah dan Puan Hazina agar kita semua boleh bertemu lagi pada suatu masa nanti walaupun mereka sudah bersara. Terima kasih di atas segala jasa, pengorbanan dan tunjur ajar yang diberikan kepada seluruh warga IPG KPI. Wallahu'alam.....^_^



Monday, May 02, 2011

Perspektif Ulul Azmi

Para rasul ulul azmi mengharungi pelbagai tentangan dalam menghadapi umat masing-masing pada zamannya. Dalam surah al-Ahzab, ayat 7, Allah berfirman, "Ingatlah sewaktu Kami mengambil perjanjian daripada nabi-nabi dan engkau sendiri, Muhammad, daripada Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa putera Maryam."

Nabi Nuh sebagai lambang keperibadian seorang bayi ataupun kanak-kanak tercermin daripada sikapnya dalam menghadapi umatnya. Nabi Nuh sering mengadu kepada Allah seperti kanak-kanak yang suka mengadu semua masalah kepada ibunya. Nabi Nuh berdakwah selama lebih daripada 950 tahun kepada kaumnya, namun apa yang diterima hanyalah cercaan, hinaan dan cacian. Oleh itu, Nabi Nuh memohon Allah mengazab kaumnya dengan banjir besar. Hanya Nabi Nuh dan para pengikutnya yang setia terselamat daripada banjir besar itu kerana mereka berada di atas bahtera.

Nabi Ibrahim pula ibarat seorang remaja yang sedang mencari jati diri. Nabi Ibrahim memikirkan perihal dirinya dan perihal Tuhan sewaktu bersendirian di tengah hutan belantara. Nabi Ibrahim berusaha mencari Tuhannya kerana berasa tidak puas dengan amalan kaumnya yang menyembah berhala. Nabi Ibrahim memerhatikan bintang, bulan dan matahari silih berganti. Apabila melihat bintang pada tengah malam yang gelap, Nabi Ibrahim mengira bintang itulah Tuhan. Begitu juga apabila melihat bulan purnama, Nabi Ibrahim menyangka itu adalah Tuhan. Namun Nabi Ibrahim tidak yakin kerana bintang dan bulan tenggelam pada waktu siang. Matahari yang bersinar pada waktu siang, tenggelam pula pada waktu malam. Jadi, tidak mungkin matahari itu Tuhan. Nabi Ibrahim merenungkan hal itu beberapa lama dan dengan pertolongan Allah serta kecenderungan fitrah manusia, Nabi Ibrahim akhirnya berjaya menemukan Tuhannya iaitu Allah Yang Maha Menciptakan alam semesta.

Seterusnya, Nabi Musa melambangkan pemuda perkasa kerana keberaniannya menentang Firaun dan bala tenteranya. Perjuangan Nabi Musa sebagai anak angkat Firaun, bersama saudaranya Harun, melambangkan perjuangan golongan bawahan menentang golongan atasan. Allah membantu perjuangan Nabi Musa dengan menenggelamkan Firaun bersama tenteranya ke dalam Laut Merah.

Nabi Isa melambangkan orang tua yang lembut dengan sikapnya yang sopan santun, menyebarkan kedamaian dan kasih sayang kepada kaumnya. Meskipun pada waktu itu, Nabi Isa berumur kira-kira 33 tahun dan tidak berkahwin, kedewasaan dan kelembutannya mengagumkan. Allah memberikan beberapa mukjizat kepada Nabi Isa. Dengan mukjizat itu, Nabi Isa mampu menyembuhkan orang sakit dan menghidupkan orang yang sudah mati. Sewaktu Nabi Isa masih bayi, beliau dapat berkata-kata sewaktu mempertahankan kesucian ibunya. Apa yang lebih utama adalah kurniaan kitab Injil kepadanya.

Akhirnya, Nabi Muhammad menjadi penyempurna dan pelengkap semua peribadi para rasul Allah. Baginda berperanan menyampaikan kepada umatnya bagaimana mereka perlu membina sikap yang baik mengikut sikap para rasul seperti di atas.

Wallahu'alam...sekadar perkongsian kita bersama...:)

Kuala Lumpur International Bookfair 2011

Sepanjang minggu yang lalu iaitu bermula pada hari Isnin sehingga hari Sabtu, 25-30/04/2011, telah berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa 2011 yang bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC). Sehubungan itu, Exco Akademik bersama Exco Kebajikan dan Exco Disiplin JPP 2011/2012 telah menganjurkan satu aktiviti di mana terdapat beberapa kuliah yang terpilih akan turut mengikuti lawatan ke Pesta Buku tersebut bersama Exco yang menganjurkan aktiviti ini. Perjalanan lawatan sepanjang berada di pesta buku tersebut ialah dari jam 2.00 petang sehingga jam 7.45 malam. Antara jadual yang telah disediakan untuk kuliah yang terpilih ialah:

1. Isnin-PPISMP Semester 2
2. Selasa- JPP 2011/2012
3. Rabu- PISMP Semester 1
4. Khamis- PISMP Semester 3
5. Sabtu- terhad kepada sesiapa masih belum berkesempatan






Wallahu'alam....:)