Saturday, June 25, 2011

Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB)

Alhamdulillah...selesai sudah MPPB yang telah dijalankan bermula pada 20 Jun hingga 24 Jun 2011. Pelajar yang mendaftar pada hari Isnin yang lalu adalah seramai 207 orang; 118 orang adalah pelajar perempuan dan 89 orang adalah pelajar lelaki. MPPB telah berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit masalah teknikal dan juga dari pengurusannya. Segala kekurangan amat dikesali dan akan diambil sebagai iktibar untuk lebih maju pada masa akan datang. Ahlan Wa Sahlan kepada adik-adik...Tuntutlah ilmu sepanjang berada di bumi IPIS ini. Wallahu'alam ^.^






0 comments: