Sunday, September 11, 2011

Salam Kemerdekaan...

Pada tahun ini, kita menyambut hari kemerdekaan yang ke-54 dengan tema yang baru iaitu "1 Malaysia : Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera". Kepada seluruh warga IPG KPI, terdapat pelbagai aktiviti yang akan dilaksanakan bersempena Hari Kemerdekaan tersebut. Aktiviti yang bakal dilaksanakan bermula pada esok hari iaitu 12 hingga 15 September 2011. Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan bowling, tayangan video seperti Leftenan Adnan dan banyak lagi. Kita sepatutnya bersyukur kerana berada di bumi Malaysia yang bertuah ini. Kita dapat mengetahui banyak sejarah perjuangan tokoh-tokoh terdahulu dan kini alhamdulillah, kita bebas daripada belenggu penjajah seperti Jepun. Semoga kita memahami erti sebenar kemerdekaan itu terutamanya golongan muda yang kini seperti mengendahkan hal seperti ini...Wallahu'alam...^_^ Salam kemerdekaan ke-54 daripada kami-saf kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012

0 comments: