Sunday, September 11, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Pada 1 Syawal yang lalu, seluruh umat Islam meraih kemenangan setelah berjuang melawan nafsu daripada melakukan perkara yang dilarang di dalam bulan Ramadhan yang mulia. Semoga kita memperoleh ijazah ketakwaan kerana tanpa niat yang betul, maka sia-sia amalan yang telah dilakukan sepanjang bulan Ramadhan yang lalu. Kita sepatutnya berjuang sehabis baik kerana belum tentu kita dapat bertemu dengan Ramadhan yang akan datang...Wallahu'alam...Dengan itu, kami dari saf kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012 juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin...^_^ Maafkan kami atas segala khilaf dan kelemahan sepanjang menjadi pemimpin anda di IPG Kampus Pendidikan Islam...semoga kelalaian kita diampunkan Allah...Insya Allah...amin...^_^

0 comments: