Saturday, September 17, 2011

Karnival Raudhah & Keusahawanan JPP IPG KPI...

Assalamualaikum wrbt...kami dari barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Pendidikan Islam ingin menjemput semua pengunjung blog sama ada warga kampus ataupun orang awam untuk datang berkunjung ke Karnival Raudhah & Keusahawanan 2011 yang kami anjurkan. Segala butiran adalah seperti berikut:

Tempat: IPG Kampus Pendidikan Islam
Tarikh: 26-01 Oktober 2011

Antara aktiviti yang disediakan ialah:
Pertandingan mewarna
Pertandingan melukis poster
Pertandingan kuiz
Pertandingan nasyid
Pertandingan pidato
Ceramah dan seminar
Bookfair
Konsert Nasyid : Kumpulan Devotees
Gerai Jualan
Street soccer
Bola tampar
Bola jaring
Permainan tradisional

# Istimewa : Upin & Ipin, rock climbing dan banyak lagi...Wallahu'alam..^_^ Jemputlah datang ye...

Wednesday, September 14, 2011

Permainan Tradisional...

Assalamualaikum wrbt...perhatian kepada semua guru pelatih, anda diwajibkan hadir ke padang mengikut butiran di bawah:
Temapt: Astaka IPG KPI
Tarikh: 15/09/2011
Masa: 8-10 pagi

Terdapat pelbagai permainan menarik, antaranya:
1. Sepak raga bulatan
2. Galah panjang
3. Dam haji
4. Tuju selipar
5. Congkak
6. Batu seremban

Wallahu'alam...^_^

Sunday, September 11, 2011

Salam Kemerdekaan...

Pada tahun ini, kita menyambut hari kemerdekaan yang ke-54 dengan tema yang baru iaitu "1 Malaysia : Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera". Kepada seluruh warga IPG KPI, terdapat pelbagai aktiviti yang akan dilaksanakan bersempena Hari Kemerdekaan tersebut. Aktiviti yang bakal dilaksanakan bermula pada esok hari iaitu 12 hingga 15 September 2011. Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan bowling, tayangan video seperti Leftenan Adnan dan banyak lagi. Kita sepatutnya bersyukur kerana berada di bumi Malaysia yang bertuah ini. Kita dapat mengetahui banyak sejarah perjuangan tokoh-tokoh terdahulu dan kini alhamdulillah, kita bebas daripada belenggu penjajah seperti Jepun. Semoga kita memahami erti sebenar kemerdekaan itu terutamanya golongan muda yang kini seperti mengendahkan hal seperti ini...Wallahu'alam...^_^ Salam kemerdekaan ke-54 daripada kami-saf kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Pada 1 Syawal yang lalu, seluruh umat Islam meraih kemenangan setelah berjuang melawan nafsu daripada melakukan perkara yang dilarang di dalam bulan Ramadhan yang mulia. Semoga kita memperoleh ijazah ketakwaan kerana tanpa niat yang betul, maka sia-sia amalan yang telah dilakukan sepanjang bulan Ramadhan yang lalu. Kita sepatutnya berjuang sehabis baik kerana belum tentu kita dapat bertemu dengan Ramadhan yang akan datang...Wallahu'alam...Dengan itu, kami dari saf kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012 juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin...^_^ Maafkan kami atas segala khilaf dan kelemahan sepanjang menjadi pemimpin anda di IPG Kampus Pendidikan Islam...semoga kelalaian kita diampunkan Allah...Insya Allah...amin...^_^