Tuesday, November 03, 2009

HARI TERBUKA KOLEJ KEDIAMAN IBNU KHALDUN 2009

Assalamualaikum w.b.t

Dengan sukacitanya dimaklumkan dan dijemput kepada seluruh warga IPG Kampus Pendidikan Islam (muslimin dan muslimat) untuk menghadirkan diri ke Majlis Hari Terbuka Kolej Kediaman Ibnu Khaldun (Blok B).
Butiran-butiran adalah seperti yang berikut :

Tarikh : 5 November 2009
Hari : Khamis
Masa : 3.00p.m hingga 4.30 p.m
Agenda : Perasmian bilik rehat dan bilik gerakan pelajar
* Minum petang disediakan kepada semua yang hadir

Sebagai perhatian kepada muslimat yg ingin menghadirkan diri ke majlis ini, anda semua boleh menunggu di kafe perempuan bersebelahan dengan blok C kerana perkhidmatan bas disediakan untuk anda untuk pergi ke blok B. Bas akan datang mengambil anda pada jam 3.00 p.m.

Orang luar juga dijemput hadir bagi memeriahkan majlis ini.
Sekian dimaklumkan.

p/s : Utk pertanyaan, sila hubungi saudara Rafee di talian 0196141374.

Thursday, October 22, 2009

VIDEO MULTIMEDIA

ASSALAMUALAIKUM...

Perhatian kepada semua ajk seranta setiap organisasi di IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM, seperti MTEN, PEKOMPERI, SILAT, PERBAYU, NADI LUGHAH dan sebagainya, sila serahkan video multimedia berkenaan organisasi anda kepada :

HALIMATUS SAADAH BT MISNAN - PISMP 2.01
(NAIB EXCO SERANTA JPP)


Kerjasama anda semua amat dihargai...
Sekian....

Tuesday, October 20, 2009

KARNIVAL RAUDHAH JPP

TARIKH /

MASA

PROGRAM

CATATAN

7.30 – 8.30 pagi

Pendaftaran para pelajar dan para

pensyarah di padang IPGM KPI.

8.30 – 9.00 pagi

Para pelajar IPGM KPI berkumpul di padang IPGM KPI

Pertandingan Futsal dan Bola Jaring bermula

Acara senaman pagi (senamrobik)

9.00 – 9.30 pagi

Majlis Perasmian Hari Terbuka JPP Tahun 2009

9.30 – 10.00 pagi

Persembahan silat IPGM KPI

Persembahan silat IPGM KBMM

- Tindakan pelajar IPGM KPI & IPGM KBMM

10.0 – 10.30 pagi

Persembahan Kawad Kaki

- Badan Beruniform IPG KPI

10.30 pagi

Aktiviti Hari Terbuka:

· Aktiviti Hari Terbuka bermula

· VVIP Melawat ke gerai-gerai jualan,padang futsal,bola jaring dan ruangan pameran.

· Sukaneka I

· Persembahan Pelajar

· Sukaneka II

· Persembahan Pelajar

Pameran tindakan oleh:

  • 4 buah IPG sekitar Lembah Klang.
  • BOMBA
  • PROSTAR
  • RELA

12.30 tengah hari

Penutupan

  • Majlis Perasmian Penutup Hari Terbuka JPP Tahun 2009.

Penyampaian hadiah

1.00 petang

Sesi berkemas dan membersihkan tapak gerai dan ruangan pentas

  • Pastikan tapak gerai dibersihkan seperti sedia kala.

2.00 petang

Bersurai

Sunday, October 18, 2009

PERHIMPUNAN MINGGUAN

Assalamualaikum...
Perhatian kepada semua pelajar IPGM Kampus Pendidikan Islam, seperti biasa perhimpunan minggunan akan diadakan. Butiran adalah seperti berikut :

Tarikh : 19 Oktober 2009
Masa : 745 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan

Kerjasama semua amatlah kami harapkan...
SEKIAN,...HARAP MAKLUM

Wednesday, October 14, 2009

Antara Prioriti Dan Ikutkan Hati

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Mana yang lebih diutamakan?mendengar kuliah maghrib yang dilanjutkan atau solat isyak berjemaah pada awal waktu?bukanlah untuk menghuraikan perdebatan ini dengan lebih panjang.kerana masing-masing mempunyai hujjah sendiri.pada ruangan ini saya ingin menyuntik anda semua supaya masing-masing bermuhasabah diri.

Saya merasakan bahawa kita masih lagi didalam belenggu masalah “Awlawiyyat” iaitu mana yang lebih diutamakan.Persoalan disini. Adakah kita patut mendahulukan solat berjemaah di awal waktu dalam keadaan kita masih tidak mengetahui sah batal solat ?sedangkan kuliah maghrib ketika itu sedang membicarakan masalah solat?.Saya ingin memetik satu situasi yang terjadi dalam kalangan pelajar kita yang mungkin terlepas pandang.Sebelum itu eloklah dibentangkan Sabda nabi Muhammad s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibn.Abbas r.a yang berbunyi:

أمرت أن أسجد على سبعة أعظم:على الجبهة-وأشاربيده على أنفه-واليدين والركبتين وأطراف القدمين

Bermaksud: aku diarahkan untuk sujud di atas 7 anggota sujud : di atas dahi dan Nabi s.a.w menunjukkan ke arah dahi baginda dan kedua belah tangan,dan kedua belah lutut dan kedua-dua hujung jari kaki(jari kaki dibahagian bawah).
(riwayat Bukhari dan Muslim)*
*Fathul Baari,sheikh Ibn Hajar,2/384(hadis no 812,813)

Berdasarkan Huraian Imam An Nawawi didalam Syarah Sahih Muslim no 1099,4/431 ketika menghuraikan keadaan ketika sujud kedua-dua hujung jari kaki(jari kaki di bahagian bawah) yang paling minima untuk mengikut arahan Hadis ialah satu jari kaki yang betul kedudukannya( jari kaki di bahagian bawah yang menyentuh bumi).
Jika perut jari kaki(jari kaki di bahagian bawah) tidak menyentuh bumi atau tidak berada pada kedudukan yang betul solatnya BATAL ( DISISI MAZHAB HANAFI,SYAFIE(MENURUT AN NAWAWI) DAN HANBALI)

Sesetengah Pelajar terlepas pandang hal ini. Sememangnya solat berjemaah di awal waktu itu baik dan wajar diteruskan. Tetapi di dalam situasi kuliah maghrib yang membincangkan hal berkaitan solat dilanjutkan,apa salahnya untuk kita duduk bersama majlis ilmu yang membincangkan hal berkaitan solat. Diri kita pun masih belum sempurna dalam hal berkaitan solat lagi. Tidak usah bergegas untuk balik ke bilik kononnya untuk menyiapkan assignment sedangkan ilmu fardhu ain lebih besar dari itu.

Tidak usah mengejar solat berjemaah di awal waktu sedangkan sujud kita masih lagi tidak menepati syarat sujud yang dikehendaki syara’.Utamakan mana yang perlu diutamakan. Bukannya setiap waktu kuliah Maghrib membincangkan hal ini.oleh itu jangan lepaskan peluang untk mendengar intipati yang disampaikan di dalam kuliah magrib bagi minggu Tahsinus solah ini…
“Prioriti Menjana Keseimbangan Ummah”

-NYDP JPP-

*Renung2kan dan selamat beramal..

Tuesday, October 13, 2009

Bakal Guru..Dimana Matlamatnya??

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,dan Selamat sejahtera,

Terlebih dahulu segala puji bagi Allah s.w.t yang telah memberikan kita nikmat yang tidak terkira banyaknya. Selawat dan salam kepada penghulu sekalian nabi yang kita cintai moga memperolehi syafaatnya di akhirat nanti.Sebenarnya saya tidak mengharapkan agar tulisan saya ini panjang.Cukuplah untuk tulisan ini memberi refleks kepada para pembaca yang telah sedia maklum akan hal ini. Cuba kita renung sejenak apakah matlamat sebenar kita berada di institut ini?tentu ramai yang menjawab untuk menjadi guru.Permasalahan sekarang adakan kita benar-benar mahu bersedia ke arah itu?

Dunia sekarang memaksa kita terkehadapan dalam pelbagai isu yang melanda.Namun sedikit terkilan apabila kita melihat sesetengah pelajar yang leka dengan keseronokan. Apa tidaknya,kita berada di institut dengan dibayar elaun menyebabkan kita berada di zon selesa.kita lupa untuk memperbaharui maklumat-maklumat di dalam diri kita yang diperlukan sebagai persiapan untuk menjadi guru.Pemikiran masih di takuk lama. Walaupun akan keluar sebagai guru sekolah rendah kita jangan menganggap bahawa pelajar kita nanti mempunyai pemikiran seperti kita berada di sekolah rendah dahulu. Isu yang kecil jangan diutamakan melebihi isu yang lebih besar.Mahasiswa guru perlu lebih kehadapan.Bincanglah hal yang lebih besar dengan rasional dan matang.

Percayalah ,tugasan KKBI,KKP hanya memberi peratusan impak yang sedikit sahaja dalam persediaan menjadi guru, selainnya memaksa kita berusaha sendiri dan adakalanya ilmu itu diperolehi di luar waktu kuliah.terokai ilmu pengetahuan dalam berbagai bidang dan berikan tumpuan yang lebih di dalam pengkhususan masing-masing.ilmu agama jangan ditingalkan kerana islam bukanlah diturunkan kepada golongan agama sahaja.Islam diwariskan kepada semua penganutnya.

Tuntasnya ,marilah kita mengembling tenaga memacu Negara melalui sistem pendidikan yang lebih cemerlang. Guru bukanlah “lalang yang ditiup angin” hanya mengikut sebaliknya mereka perlu mencari kaedah yang lebih baik dalam mencorak arena Pendidikan Negara yang lebih baik mengikut acuan yang diingini. Ilmu dan maklumatlah kita perlukan untuk mencapai kearah itu.
“Tarbiyah dan Pelajaran Menjana Generasi Terpilih”

-NYDP JPP-

Thursday, October 08, 2009

TAHNIAH.......



PERSEMBAHAN SELINGAN IPG KPI - PERSATUAN KOMPANG KONTEMPORARI




KUMP RIJALUL FAIZIN.....


HAFIZUL HUSNI B ALIAS


NOR FARAHIN BT MOHD ZAMRI


MOHD HAKIMI B HASIM


SITI AZIZAH BT MOHAMMAD


AMIRUL SYAHIDA BR MOHD NOR


NOR HAKIM B MOHD NOR

SEKALUNG TAHNIAH BUAT WAKIL IPGM KPI YANG TELAH BERJAYA DALAM MAJLIS UJIAN TILAWAH,TAFSIR,HAFAZAN DAN PERTANDINGAN NASYID....


TILAWAH

NOR HAKIM B MOHD NOR ( TEMPAT KE-2 )
AMIRUL SYAHIDA BR MOHD NOR ( TEMPAT PERTAMA )

HAFAZAN

MOHD HAKIMI B HASIM ( TEMPAT KE-2 )
SITI AZIZAH BT MOHAMMAD ( TEMPAT KE-3 )

TAFSIR

HAFIZUL HUSNI B ALIAS ( TEMPAT KE-3 )
NOR FARAHIN BT MOHD ZAMRI
( TEMPAT KE-3 )

NASYID
KUMP RIJALUL FAIZIN.....


Saturday, September 12, 2009

PERHIMPUNAN UMUM

ASSALAMUALAIKUM..
Perhatian kepada semua pelajar IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM...
Perhimpunan umum akan diadakan seperti biasa. Butiran adalah seperti berikut :
Tempat : Dewan Nik Muhyiddin Musa
Tarikh : 14 September 2009
Hari : Isnin...
Diharapkan semua pelajar dapat hadir. Kerjasama anda amat kami hargai..
Sekian...

Wednesday, September 02, 2009

Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan dan Berbuka Puasa Bersama Dato Pengarah BPG


Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan dan Berbuka Puasa Bersama Dato Pengarah BPG akan diadakan di IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM. Butiran adalah seperti berikut.
tarikh..03 sept 2009
masa...7.00-11.15 mlm
tmpt: dewan nik muhyiddin dan masjis as-syafie

Aturaca majlis adalah seperti berikut :
6.30 ptg: ketibaan pelajar
6.45 ptg: ketibaan pelajar
7.00 ptg: ketibaan VIP dan tetamu kehormat
7.20 mlm: berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah
7.45 mlm: Jamuan makan malam
8.40 mlm: solat Isyak berjemaah dan Solat Terawih
10.00 mlm: ceramah sempena Hari Kemerdekaan
11.45 mlm: majlis bersurai

semua pelajar diwajibkan hadir ke majlis tersebut. kerjasama anda amat kami hargai..
sekian......

Wireless Oh Wireless.....

Seperti yang semua sedia maklum..perkhidmatan wireless di maktab kite smkin mnjadi x mnentu..ini adalah ekoran daripada petir dahsyat yg melanda maktab ini beberapa minggu yg lps..slps petir kilat yg dhsyat tu..satu komponen penting dalam main adapter wireless telah rosak sekaligus perkhidmatan wireless menjadi tergendala. Beberapa hari kemudian, komponen ganti telah cuba diletakkan tetapi hanya berkesan beberapa hari kerana komponen baru yg diletakkan tu xdapat nak support wireless untuk mktb ni..perkhidmatan tergendala sampai la sekarang..menurut pn Wirda dari makmal 3..komponen itu telah ditempah tetapi mengambil masa kerana menurut kontraktor yang menyelenggarakan wireless maktab ni..tempahan tu xdapat jgka dpt ble sbb kne tempah..jadi..sekarang ni wireless kdg2 dapat..kadang2 x..bergantung kt komponen baru yg xdpat support wireless 2..ade mase boleh dapat tapi kebanyakan mase mmg xdpt..jadi harap semua bersabar dan berdoa supaya tempahan yg dbuat dapat dipercepatkan dan kontraktor dapat betulkan balik wireless..

Sumber laporan : Pn Wirda (makmal 3-Rangkaian)

Hikmah Puasa Ramadhan..Jom Baca..



"Wahai orang-orang yang beriman ! Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu,supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa." (S.al-Baqarah:183)

PUASA menurut syariat ialah menahan diri dari segala sesuatu yang membatalkan puasa (seperti makan, minum, hubungan kelamin, dan sebagainya) semenjak terbit fajar sampai terbenamnya matahari,dengan disertai niat ibadah kepada Allah,kerana mengharapkan redha-Nya dan menyiapkan diri juga meningkatkan Taqwa kepada-Nya.

RAMADHAN bulan yang banyak mengandungi Hikmah didalamnya.Alangkah gembiranya hati mereka yang beriman dengan kedatangan bulan Ramadhan. Bukan sahaja telah diarahkan menunaikan Ibadah selama sebulan penuh dengan balasan pahala yang berlipat ganda,malah dibulan Ramadhan Allah telah menurunkan kitab suci al-Quranulkarim,yang menjadi petunjuk bagi seluruh manusia dan untuk membezakan yang benar dengan yang salah.

Puasa Ramadhan akan membersihkan rohani kita dengan menanamkan perasaan kesabaran, kasih sayang, pemurah, berkata benar, ikhlas, disiplin, terthindar dari sifat tamak dan rakus, percaya pada diri sendiri, dsb.

Meskipun makanan dan minuman itu halal, kita mengawal diri kita untuk tidak makan dan minum dari semenjak fajar hingga terbenamnya matahari,karena mematuhi perintah Allah.Walaupun isteri kita sendiri, kita tidak mencampurinya diketika masa berpuasa demi mematuhi perintah Allah s.w.t.

Ayat puasa itu dimulai dengan firman Allah:"Wahai orang-orang yang beriman" dan disudahi dengan:" Mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa."Jadi jelaslah bagi kita puasa Ramadhan berdasarkan keimanan dan ketaqwaan.Untuk menjadi orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah kita diberi kesempatan selama sebulan Ramadhan,melatih diri kita,menahan hawa nafsu kita dari makan dan minum,mencampuri isteri,menahan diri dari perkataan dan perbuatan yang sia-sia,seperti berkata bohong, membuat fitnah dan tipu daya, merasa dengki dan khianat, memecah belah persatuan ummat, dan berbagai perbuatan jahat lainnya.Rasullah s.a.w.bersabda:

"Bukanlah puasa itu hanya sekedar menghentikan makan dan minum tetapi puasa itu ialah menghentikan omong-omong kosong dan kata-kata kotor."
(H.R.Ibnu Khuzaimah)

Beruntunglah mereka yang dapat berpuasa selama bulan Ramadhan, kerana puasa itu bukan sahaja dapat membersihkan Rohani manusia juga akan membersihkan Jasmani manusia itu sendiri, puasa sebagai alat penyembuh yang baik. Semua alat pada tubuh kita senantiasa digunakan, boleh dikatakan alat-alat itu tidak berehat selama 24 jam. Alhamdulillah dengan berpuasa kita dapat merehatkan alat pencernaan kita lebih kurang selama 12 jam setiap harinya. Oleh karena itu dengan berpuasa, organ dalam tubuh kita dapat bekerja dengan lebih teratur dan berkesan.

Perlu diingat ibadah puasa Ramadhan akan membawa faaedah bagi kesihatan
rohani dan jasmani kita bila ditunaikan mengikut panduan yang telah ditetapkan, jika tidak maka hasilnya tidaklah seberapa malah mungkin ibadah puasa kita sia-sia sahaja.

Allah berfirman yang maksudnya:

"Makan dan minumlah kamu dan janganlah berlebih-lebihan sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." (s.al-A'raf:31)

Nabi s.a.w.juga bersabda:

"Kita ini adalah kaum yang makan bila lapar, dan makan tidak kenyang."

Tubuh kita memerlukan makanan yang berkhasiat mengikut keperluan tubuh kita. Jika kita makan berlebih-lebihan sudah tentu ia akan membawa mudarat kepada kesihatan kita. Boleh menyebabkan badan menjadi gemuk, dengan mengakibatkan kepada sakit jantung, darah tinggi, penyakit kencing manis, dan berbagai penyakit lainnya. Oleh itu makanlah secara sederhana, terutama sekali ketika berbuka, mudah-mudahan Puasa dibulan Ramadhan akan membawa kesihatan bagi rohani dan jasmani kita. Insya Allah kita akan bertemu kembali.

Allah berfirman yang maksudnya: "Pada bulan Ramadhan diturunkan al-Quran
pimpinan untuk manusia dan penjelasan keterangan dari pimpinan kebenaran
itu, dan yang memisahkan antara kebenaran dan kebathilan. Barangsiapa menyaksikan (bulan) Ramadhan, hendaklah ia mengerjakan puasa.

(s.al-Baqarah:185)

p/s : Renung-renungkan dan selamat beramal!!!

Saturday, August 22, 2009

DIET DI BULAN PUASA...





Ramdhan adalah bulan untuk beribadat dan memohon keampunan dari Allah s.w.t. Di Bulan ini semua yang beragama Islam dan layak, perlu berpuasa yakni menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkannya.

Dalam artikel ini kami ingin kongsikan beberapa perkara yang dapat memberi panduan anda berdiet ketika menjalani ibadah puasa agar anda terus cekal dan cergas sepanjang berpuasa..insyaAllah.

1) Perkara paling penting adalah BERSAHUR. Islam menganjurkan makan sahur kerana pelbagai hikmah yang terdapat padanya terutama jika dilakukan pada akhir waktu malam. Tidak digalakkan atau barangkali tidak berfaedah jika anda bersahur awal malam seperti tengah malam dengan alasan malas bangun sahur atau sebagainya.

2) Diet perlulah tidak banyak berbeza dari ketika sebelum bulan puasa. Ramai dikalangan kita yang melakukan kesilapan dengan memperbanyakkan juadah di atas meja sehingga kita makan secara berlebihan di bulan Ramdhan berbanding bulan-bulan lainnya hingga tersasar dari matlamat asal Ramadhan.

3) Cegah atau kurangkan makan makanan yang bergoreng, terlalu bergula, teh atau kopi, minuman bergas dan merokok.

4) Makan makanan berkarbohidrat tinggin sepeti roti, kurma dan sebagainya kerana memberi tenaga yang banyak dan mencukupi.

5) Buah-buahan terutama pisang kerana mengandugi unsur potassium, magnesium, dan karbohidrat yang baik untuk tubuh badan.

6) Minum air mineral/kosong yang mencukupi ketika bersahur dan berbuka. Jangan terlebih minum…nanti lemas!!. Jus buah-buahan juga sesuai untuk meningkat dan mengekalkan cecair dalam badan.

Wednesday, August 12, 2009

MALAM INSPIRASI SENI ISLAM 2009 (MISI ’09)



ARTIS JEMPUTAN :
U.N.I.C

TARIKH :
14 OGOS 2009

HARI:
JUMAAT

MASA:
9.15 MALAM

TEMPAT :
DEWAN BESAR NIK MUHYIDDIN MUSA,
IPGM- KAMPUS PEND. ISLAM .
(MAKTAB PERGURUAN ISLAM)

HARGA TIKET :
DEWASA – RM5
KANAK-KANAK – RM 3
(12thn dan ke bawah)
PELAJAR IPGM-KPI – RM 3

JOM PAKAT PI RAMAI-RAMAI !!!!!!

KETERANGAN LANJUT :

- SYAZWAN (013-2797161) -LUQMAN (013-2670809)
- AFIQAH (012-2454274)
- SALEHUDIN (013-3015210) -NURIATI (017-9820407)

Minggu Ekspresi Gemilang Akhuwat... (MEGA)









Biro HELWI telah sempurna mengadakan MEGA yang melibatkan semua pelajar muslimat IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM... Antara aktiviti yang diadakan ialah hiasan kek, busana muslimat, lumba basikal, gubahan, sukaneka, dan sebagainya.. Semua pelajar memberikan kerjasama sepenuhnya. Program ini sekaligus dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara semua pelajar muslimat... ALHAMDULILLAH...

Sunday, August 02, 2009

PERHIMPUNAN MINGGUAN




ASSLAMUALAIKUM...
perhatian kepada semua pelajar IPGM Kampus Pendidikan Islam, perhimpunan mingguan akan dijalankan seperti biasa. Butiran adalah seperti berikut :

Masa : 745 pagi
Tarikh : 3 Ogos 2009
Tempat : Dataran Perhimpunan

Semua pelajar diwajibkan memekai blazer sepanjang perhimpunan dijalankan.
Kehadiran adalah WAJIB. Pelajar yang tidak hadir akan dikenakan tindakan. Kerjasama Semua amat kami hargai..
SEKIAN...

Sunday, July 26, 2009

PERHIMPUNAN MINGGUAN

ASSALAMUALAIKUM...
Perhatian kepada semua pelajar IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM...
Perhimpunan mingguan akan dijalankan seperti biasa.
Butiran adalah seperti berikut :
Masa : 745 pagi
Tarikh : 27 Julai 2009
Tempat : Dataran perhimpunan
Kehadiran anda semua adalah WAJIB...
Kerjasama anda amat kami harapkan...
Sekian harap maklum...

Paparan iklan atau Pengumuman

Assalamualaikum...
Perhatian kepada mana-mana pelajar atau persatuan yang ingin memaparkan pengumuman atau iklan boleh menghantar maklumat anda dalam bentuk softcopy di email exco seranta :
nazmi : vmax_power90@yahoo.com
saadah : hasama88@yahoo.com
Kerjasama Anda Amat Kami Harapkan...
sekian..

Tuesday, June 30, 2009

Malam Bicara MTEN

Sunday, June 28, 2009

PERHIMPUNAN MINGGUAN

Perhimpunan mingguan dan pelancaran bulan penghayatan Islam akan diadakan di IPGM Kampus Pendidikan Islam. Butiran adalah seperti berikut :

Tarikh : 29 Jun 2009
Hari : Isnin
Masa : 730 pagi
Tempat : Dewan Nik Muhyiddin Musa

Semua pelajar IPGM Kampus Pendidikan Islam DIWAJIBKAN memakai blazer semasa perhimpunan ini dijalankan. Kehadiran anda semua adalah WAJIB. Kerjasama anda amat dihargai. Sekian..

Saturday, June 20, 2009

PERHIMPUNAN

ASSALAMUALAIKUM…

Perhatian kepada semua pelajar IPGM Kampus Pendidikan Islam, perhimpunan akan diadakan seperti biasa. Butiran perhimpunan adalah seperti berikut :

Tarikh : 22 Jun 2009
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dataran GERKO

Diharapkan semua pelajar dapat memberikan kerjasama. Kehadiran semua pelajar adalah WAJIB. Tindakan akan dikenakan ke atas mana-mana pelajar yang tidak menghadirikan diri. Sekian..

Saturday, May 23, 2009

PERHIMPUNAN AKHIR SEMESTER

PERHATIAN

PERHIMPUNAN PAGI

SATU PERHIMPUNAN PAGI AKAN DIADAKAN SEBELUM CUTI PERTENGAHAN TAHUN.

BERIKUT MAKLUMAT PERHIMPUNAN TERSEBUT :

HARI : JUMAAT
TARIKH : 29 MEI 2009
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN
MASA : 7.30 PG


KEHADIRAN SEMUA PELAJAR DIWAJIBKAN

TINDAKAN AKAN DIKENAKAN KEPADA PELAJAR YANG GAGAL MENGHADIRKAN DIRI.TERIMA KASIH.

Saturday, May 16, 2009

Bicara Nurani : Virus-virus Ukhuwwah




Segala puji bagi Allah Yang Maha Esa. Selawat dan salam sejahtera kepada baginda Nabi
terakhir, yang tiada Nabi sesudahnya.
Amma ba'du.

Mencintai sesama Mukmin dan mengikat tali ukhuwah (persaudaraan) merupakan suatu
perbuatan yang amat mulia dan sangat penting. Allah Subhanahu wa Ta'ala menyatakan
persaudaraan sebagai sifat kaum Mukmin dalam kehidupan dunia dan akhirat, seperti dalam
firman-Nya:

"Sesungguhnya orang-orang Mukmin adalah bersaudara" (al-Hujurat [49]: 10).

"Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka
merasa bersaudara, duduk ber-hadap-hadapan diatas dipan-dipan" (al-Hijr [15]: 47).

Namun dalam mengeratkan ukhuwah ada VIRUS-VIRUS yang menghancurkannya. Antaranya:

1. TAMAK AKAN KENIKMATAN DUNIA

2. LALAI MENJALANKAN IBADAH DAN MELANGGAR TUNTUNAN AGAMA

3. TIDAK SOPAN DALAM BERBICARA:

Contoh Gaya Bicara yang tidak SOPAN

a. Berbicara dengan Nada Suara yang Tinggi atau Menggunakan Kata-Kata yang Kasar

b. Tidak Mendengar Sarannya, Enggan Menatapnya ketika Berbicara atau Memberi salam, tidak Menghargai Keberadaannya

c. Bergurau Secara Berlebihan

d. Sering Mendebat dan Membantah

e. Kritikan Keras yang Melukai Perasaan

4. SIKAP ACUH

5. MENGADAKAN PEMBICARAAN RAHSIA

6. KERAS KEPALA, ENGGAN MENERIMA NASIHAT DAN SARANAN

7. SERING MEMBANTAH, BERBEZA SIKAP DAN HOBI, BERSIKAP SOMBONG DAN KASAR

8. MEMBERI TEGURAN DI DEPAN ORANG LAIN

9. SERING MENEGUR, TIDAK TOLERANSI, CENDERUNG KEPADA NEGATIVE THINKING, ENGGAN
MEMAAFKAN

10. MUDAH PERCAYA TERHADAP HASUTAN ORANG ORANG YANG MENGADU DOMBA
DAN MEMENDAM DENGKI

11. MEMBUKA RAHSIA

12. MENGIKUTI PRASANGKA

13. MENCAMPURI MASALAH PERIBADI

14. EGOIS, ARROGANT. TIDAK BERSIMPATI DENGAN PENDERITAAN SAUDARA, DAN TIDAK
MEMERHATIKAN MASALAH SERTA KEPERLUAN-KEPERLUANNYA

15. MENUTUP DIRI, BERLEBIHAN, MEMBEBANI, DAN MENG-HITUNG-HITUNG KEBAIKANNYA KEPADAMU

16. ENGGAN MENGUNGKAPKAN PERASAAN CINTA, MENUNJUKKAN INDIKASI ATAU HAL-HAL YANG DAPAT MENYUBURKANNYA, DAN ENGGAN MEMBELA SAHABAT KETIKA DISEBUT AIBNYA

17. MELUPAKANNYA KERANA SIBUK MENGURUSI ORANG LAIN DAN KURANG SETIA

18. SUKA MENONJOLKAN KELEBIHAN PRIBADI, MENCARI MUKA DI DEPAN OBJEK DAKWAH [MAD'U], DAN INGIN MENGUASAI MADU’ DENGAN CARA MENUNGGANGI SAHABAT

19. MENGINGKARI JANJI DAN KESEPAKATAN TANPA ALASAN YANG KUAT

20. SELALU MENCERITAKAN PERKARA YANG MEMBANG-KITKAN KESEDIHANNYA DAN SUKA MENYAMPAIKAN BERITA YANG MEMBUAT RESAH

21. TERLALU CINTA

Oleh : Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah

Thursday, April 30, 2009

SUKAN TAHUNAN






ALHAMDULILLAH..sukan tahunan IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM dapat berjalan dengan lancar dan jayanye..Semua pelajar dan pensyarah memberikan komitmen sepenuhnya dalam menjayakan sukan ini. Semua acara dapat dijalankan dengan sempurna. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan semua pelajar yang telah memberikan komitmen sepenuhnya. Biro Seranta dan Teknologi JPP telah mengambil beberapa gambar semasa berlangsungnya kejohanan tersebut.

Gambar boleh dilihat menerusi url :
http://saufwan.blogspot.com/2009/04/kot-ipgm-kampus-pendidikan-islam-2009.html

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyimpan gambar pilihan samada untuk membuat koleksi, boleh membuat tempahan. Tempahan boleh dibuat dalam bentuk saiz 4R dan 8R. Gambar yang menjadi pilihan anda akan diedit mengikut kehendak anda sendiri.

AJK SERANTA DAN TEKNOLOGI JPP :
Saufwan - 0133929336
Ashraf - 0125438505

Thursday, April 23, 2009

Khusus Kepada Calon Pilihanraya JPP Sesi 2009/10



Berhubung perkara diatas, dimaklumkan bhawa kepada mana-mana calon yang belum menuntut semula pembayaran deposit semasa pencalonan dibuat, anda boleh berbuat demikian dengan berjumpa dengan bendahari JPP, Mohd shahril Shafie, PISMP 5.02.

Dimaklumkan juga, sekiranya anda gagal berbuat demikian sehingga tarikh yang ditetapkan iaitu pada akhir bulan Oktober, wang anda akan didermakan ke dalam tabung masjid.

Kerjasama anda amat diharapkan. Terima kasih.

p/s: Kepada sesiapa yang dah baca mklumat diatas, tolong sebarkan ye!!

Friday, April 17, 2009

PERJUMPAAN HELWI


Perhatian kepada semua pelajar Muslimat IPGM KPI...Seperti biasa perjumpaan HELWI akan diadakan pada minggu ni...Butiran adalah seperti berikut :
Tempat : Dewan Idris Al- Marbawi
Masa : 1230 tengahari
Tema : Minggu Kecantikan & Kesihatan
Diharapkan semua pelajar Muslimat dapat hadir. Kerjasana semua amatlah diharapkan...
Sekian... Harap Maklum...

Sunday, April 05, 2009

Pakistan dikejut video sebat


IMEJ televisyen menunjukkan beberapa lelaki memegang remaja perempuan yang disebat kerana dituduh ada hubungan sulit.


Kerajaan arah siasat Taliban rotan remaja di khalayak ramai

ISLAMABAD: Pakistan digemparkan semalam dengan penyiaran video menunjukkan sekumpulan militan Taliban di Lembah Swat menyebat seorang remaja wanita berusia 17 tahun yang dituduh menjalin hubungan sulit.

Tidak jelas bila dan di mana video itu diambil tetapi ia dipercayai diambil dengan telefon bimbit di Lembah Swat. Ia disiarkan secara meluas oleh stesen Dunya TV dan stesen lain di Pakistan, kelmarin.

Video selama dua minit itu menunjukkan wanita yang wajahnya tersembam ke tanah dipegang dua lelaki bahagian tangan dan kakinya. Mangsa yang memakai burqa disingkap sehingga menampakkan seluar panjang merah jambu.



Seorang lagi lelaki memakai serban hitam dan berjanggut panjang merotan belakangnya lebih 12 kali, menyebabkannya menjerit dan berkata "Berhenti, berhenti! Ia menyakitkan!" Tidak jelas siapa yang mengarahkan sebatan itu dan bila ia berlaku.

Muslim Khan, jurucakap Taliban di Swat, berkata militan menyebat seorang wanita sembilan bulan lalu atas dakwaan dia mengadakan hubungan haram dengan bapa mentuanya, namun tidak pasti jika video terbaru itu menunjukkan insiden terbabit.

Tetapi, aktivis hak asasi manusia, Samar Minallah mengecam puak Taliban yang mahu menguatkuasakan undang-undang Syariah di wilayah berkenaan, merotan remaja itu dan menjual rakaman itu secara terbuka.

"Mereka lakukannya hanya atas syak wasangka. Tidak ada perbicaraan, bukti atau saksi memberi keterangan. Rakaman itu sengaja diedarkan bagi mengugut penduduk dan menunjukkan bahawa mereka boleh lakukan apa yang mereka suka," katanya.

Pihak berkuasa Pakistan sudah mengarahkan siasatan dibuat ke atas insiden berkenaan. Beberapa minggu lalu, Islamabad akur kepada kehendak Taliban untuk menguatkuasakan undang-undang Islam di wilayah itu. – Agensi

HIBURAN DALAM ISLAM?? BAGAIMANA??




1. TUJUAN


Garis Panduan Hiburan Dalam Islam ini disediakan untuk memberi panduan kepada pihak yang terlibat dalam industri hiburan merangkumi nyanyian, muzik, tarian dan lain-lain. Garis Panduan ini juga akan dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat awam yang menyertai persembahan rancangan hiburan.


2. PENDAHULUAN

2.1. Pada dasarnya Islam mengharuskan hiburan kerana ia menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud:



“Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya idul fitri. Rasulullah bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita.” (Riwayat Ibnu Majah)


Berdasarkan Hadis tersebut, nyatalah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Ini dinyatakan oleh al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi bahawa antara hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga adalah nyanyian. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh memberangsangkan kepada perbuatan dosa. (al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hal. 273).



2.2 Dalam membincang isu ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam persidangan kali ke-2 pada 12 – 13 Mei 1981 telah membuat keputusan seperti berikut:


a) Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat[1], tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah[2] adalah harus;

b) Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram;

c) Pancaragam yang melalaikan[3] hukumnya haram;

d) Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dengan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah; dan

e) Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus.



3. KANDUNGAN GARIS PANDUAN


3.1 Garis panduan ini mengandungi perkara-perkara berikut:


3.1.1 Takrif

3.1.2 Program Hiburan

3.1.3 Persembahan Muzik

3.1.4 Lirik Lagu

3.1.5 Persembahan Artis

3.1.6 Persembahan Tarian

3.1.7 Tanggungjawab Penganjur

3.1.8 Kesimpulan





3.2 Takrif


3.2.1 Hiburan


Maksud hiburan ialah sesuatu (perbuatan, benda dll) untuk menghiburkan (menyenangkan, mententeramkan) hati. (Kamus Dewan).


3.2.2 Nyanyian


Maksud nyanyian ialah gubahan muzik yang dilagukan dengan suara. (Kamus Dewan).



3.2.3 Muzik


Maksud muzik ialah gubahan bunyi untuk memperoleh keindahan bentuk dan pernyataan perasaan. (Kamus Dewan).


3.2.4 Tarian


Maksud tarian ialah gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik. (Kamus Dewan).





4. GARIS PANDUAN


Garis panduan yang memisahkan sama ada hiburan itu boleh atau sebaliknya menurut Islam adalah sejauh mana hiburan tersebut mencapai maksud dan prinsip Islam yang menekankan ke arah kesejahteraan umat manusia. Antara garis panduan tersebut adalah seperti berikut;


a) Program Hiburan


i. Bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan.

ii. Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan orang ramai.

iii. Mengambilkira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat dan ajaran Islam.

iv. Tidak disertai oleh perbuatan-perbuatan haram atau maksiat.

v. Tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis atau permusuhan.

vi. Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan atau penyembahan yang bertentangan dengan ajaran Islam.



b) Persembahan Muzik

i. Tidak menimbulkan gerakgeri liar.

ii. Tidak mendorong kepada perbuatan maksiat.

iii. Tidak melalaikan.


c) Lirik


i. Kalimah syahadah dalam bahasa Arab hendaklah disempurnakan.

ii. Tidak mengandungi sebutan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat, perkataan lucah, menggambarkan arak, dan memberi perangsang melakukan dosa.

iii. Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan kepada makhluk dan peribadi.

iv. Tidak mengandungi ungkapan-ungkapan yang melanggar adab kesopanan dalam Islam.

v. Tidak mengandungi ungkapan yang melanggar akidah dan syariat Islam.

vi. Tidak mengandungi unsur mengutuk nasib dan lucah.

vii. Tidak mengandungi unsur menghina, mengaib, mencaci, memfitnah dan seumpamanya.

viii. Tidak boleh menjadikan teks al-Quran sebagai lirik.




d) Persembahan Artis


i. Berinteraksi dengan penonton secara sopan dan disertai kata-kata yang boleh membina nilai-nilai kemanusiaan.

ii. Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.

iii. Tidak melakukan gerak geri dan perkataan yang boleh menimbulkan perasaan yang mendorong kepada maksiat dan menghina Islam.

iv. Tidak mengucapkan kata-kata yang menggalakkan perbuatan maksiat atau menghina agama Islam.


e) Persembahan Tarian


i. Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.

ii. Gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah.

iii. Tidak berlaku percampuran antara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah.

iv. Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan.

v. Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan.


f) Tanggungjawab Penganjur


Penganjur hendaklah mempastikan acara hiburan yang dianjurkan menepati garis panduan yang telah disediakan.


5. Kesimpulan

Garis Panduan ini diharap memberikan panduan kepada pihak yang terlibat dalam industri hiburan. Ia juga dijadikan usaha untuk mewujudkan masyarakat yang dapat mengamal dan menikmati hiburan berteraskan nilai-nilai akhlak dan syariat Islam.

Tuesday, March 31, 2009

KULIYAH DHUHA



Perhatian kepada semua warga Kampus Pendidikan Islam Kuliyah Dhuha akan diadakan seperti biasa pada minggu ini.Butiran adalah seperti berikut:

Penceramah : Ust. Rashidy Jamil Arrashid
(Presiden Tuan Sharifah Islamic Fondation)


Tajuk : Bagimu Agamamu Bagiku Agamaku (Isu nama Allah & Kristianisasi)

Tarikh : 5 April 2009 (Ahad)

Masa : 830 pagi

Tempat : Dewan Idris Marbawi

Diharapkan semua warga Kampus dapat hadir ke Majlis tersebut supaya kita sama-sama dapat menambahkan lagi ilmu dan semoga terjawab segala kemusykilan yang bermain di minda kita...
Sekian Harap Maklum...

PERJUMPAAN HELWI



Perhatian kepada semua muslimat Kampus Pendidikan Islam, perjumpaan helwi akan diadakan minggu ini. Butiran Perjumpaan adalah seperti berikut :

Tarikh : 3 April 2009 (Jumaat)

Masa : 1230 tghari

Tempat : Dewan Idris Al Marbawi

Guru Penasihat Helwi akan turut serta dalam perjumpaan ini. Diharapkan kepada semua pelajar muslimat dapat memberikan kerjasama sepenuhnya.
KEHADIRAN DIWAJIBKAN...
Harap Maklum...

Thursday, March 26, 2009

MEMEGANG ISLAM DI AKHIR ZAMAN SEPERTI MENGGENGAM BARA API

Islam suatu ketika dahulu pernah menguasai 2/3 dunia di mana 1/3 lagi adalah benua Afrika, semuanya ini adalah kesan daripada pengamalan Islam yang betul dan sempurna oleh umat Islam sehingga mereka diberikan Kejayaan yang cukup besar oleh Allah Taala. Namun apa yang terjadi kepada umat Islam pada hari ini adalah sebaliknya di mana umat Islam pada hari ini sering di pandang serong dan dianggap sebagai pengganas oleh pihak-pihak yang benci dan sentiasa menaruh harapan untuk membinasakan Islam yang terdiri dari pelbagai pihak seumpama missionary Kristian mahupun pihak Yahudi laknatullah.


Umat Islam pada hari ini hilang izzahnya kerana disebabkan sikap dan tingkah laku mereka sendiri yang sudah semakin menjauhkan diri dari Agama Islam di mana ajaran Islam tidak lagi dipedulikan ekoran terlalu sibuk berlumba-lumba untuk mengejar kesenangan dunia sehingga terabainya urusan Agama yang dengannya kita akan selamat di akhirat kelak. Dalam hadis Nabi s.a.w menggambarkan bahwa keadaan orang-orang yang berpegang dengan Agama Islam seperti menggenggam bara api. Hadis tersebut berbunyi :

Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api".

(H.R. Tirmizi)

Mengapakah umat Islam pada akhir zaman yang berpegang dengan Islam digambarkan seolah-olah menggenggam bara api? Ini kerana orang-orang yang ingin melaksanakan Islam pada masa itu dipandang serong dan mendapat tentangan yang cukup hebat dari pelbagai pihak sehingga mereka dipandang asing pelik dan ganjil oleh masyarakat pada waktu itu yang akan menyebabkan seseorang itu tidak dapat bertahan dengan situasi tersebut lalu mengabaikan ajaran Agama. Umat Islam pada waktu itu juga akan hanya melaksanakan ajaran Islam yang memberikan keuntungan kepada mereka dan yang tidak menguntungkan mereka akan ditinggalkan. Mereka akan hanya melaksanakan mana-mana yang mudah nak dilaksanakan daripada urusan agama dan akan meninggalkan mana-mana yang agak susah untuk dilaksanakan.

Keadaan Yang Digambarkan Oleh Nabi Dengan Situasi Pada Hari Ini

Jika diperhatikan keadaan masyarakat kita dengan apa yang diberitakan oleh Nabi mengenai masyarakat pada akhir zaman yang memegang Islam seperti memegang bara api kita dapat membuat kesimpulan bahawa trend masyarakat kita telah pergi ke arah itu di mana golongan yang cuba mengamalkan Islam dan melaksanakannya di lihat sebagai masyarakat yang konservatif. Bagi golongan yang anti kepada Islam ajarannya tidak lagi sesuai untuk diamalkan pada zaman sains dan teknologi ini. Kita mungkin tidak berapa kisah jika golongan yang bersikap sebegini terdiri dari Non-Muslim dan apa yang menyedihkan kita ialah umat Islam sendiri yang kadang-kadang berperangai seperti ini. Mereka beranggap bahawa Islam itu hanyalah sesuai pada zaman Nabi sahaja bukannya pada zaman sekarang.

Pegang Islam Pasti Bahagia Dunia & Akhirat

Dengan Islam-lah kita akan mendapat kebahagiaan hidup bukan setakat di dunia bahkan kebahagiaan tersebut akan berpanjangan hingga ke akhirat. Oleh itu, kita mesti berpegang teguh dengan ajaran agama dan berusaha melaksanakannya walaupun kita merasa susah kerana ia mungkin susah di mata kita akan tetapi kemaslahatannya berpanjangan. Jika untuk kesenangan dunia kita rela bersusah payah mengapa tidak untuk urusan akhirat kerana matlamat akhir yang kita dambakan ialah kebahagiaan di sana yang kekal abadi. Wallahu’alam.

Monday, March 23, 2009

Sunday, March 22, 2009

PERHIMPUNAN MINGGUAN

Perhimpunan Mingguan 23 Mac 2009

Perhatian kepada semua pelajar IPGM Kampus Pendidikan Islam, satu perhimpunan mingguan akan diadakan di Dewan Besar Nik Muhyiddin Musa pada hari Isnin ini bersamaan tarikh tersebut..Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

Tempat : Dewan Besar Nik Muhyiddin Musa
Masa : 7.25 pagi
Kedatangan : Wajib kepada semua pelajar
Pakaian : Baju kuliah

Kerjasama Semua Pihak Amatlah Diharapkan
Harap Maklum

Monday, February 02, 2009

Perhimpunan Mingguan 2hb Feb 2009

Merujuk kepada perkara di atas, satu perhimpunan mingguan akan diadakan di Dewan Besar Nik Muhyiddin Musa pada hari Isnin ini bersamaan tarikh tersebut..Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

Tempat: Dataran Dewan Besar
Masa: 7.25 pagi
Kedatangan: Wajib kepada semua pelajar
Pakaian: Baju kuliah

Harap Maklum

Thursday, January 29, 2009

Pilihanraya IPGM KAMPIS 2009



Mengikut prosedur IPGM KAMPIS, apabila sesuatu pilihanraya baru ingin diadakan,satu surat permohonan pembubaran JPP mestilah dihantar kepada Tuan Pengarah. Berikut adalah surat permohonan dari JPP dan telahpun diluluskan oleh Tuan Pengarah tadi.
Pihak JPP turut mencadangkan kepada pihak Pentadbiran tarikh2 yang bersesuaian dengan keadaan pengajian pelajar2 di IPGM KAMPIS ini. Tarikh tersebut telah diluluskan dengan sedikit pindaan dan akhirnya tarikh sebenar adalah seperti yang tercatat di dalam surat yang telah dilampirkan di atas.
Ke arah pilihanraya IPGM KAMPIS, pihak JPP akan berusaha bertungkus lumus dengan kemampuan yang ada untuk menyelesaikan perkara2 berbaki dan akan berusaha dengan sepenuh hati bagi menyediakan laluan mudah kepada JPP akan datang supaya dapat berkhidmat dengan lebih baik tanpa perlu banyak memikirkan perkara teknikal yang sepatutnya telah diselesaikan oleh pihak HEP ataupun pihak JPP yang terdahulu sepertimana yang telah berlaku di dalam JPP sejak tiga tahun kebelakangan ini.
Berikut adalah jadual gerak kerja JPP menjelang pilihanraya IPGM KAMPIS. Diharapkan kepada semua pelajar dapat memberikan kerjasama sepenuhnya degan memberi laluankepada tarikh yang telah ditetapkan ini supaya segala proses ke arah pilihanraya dapat berjalan dengan lancar.

Bil

Perkara

Tarikh

1.

Meeting JPP kali pertama Persiapan Pilihanraya

27/1/09= Selasa

2.

Meeting dengan HEP, Hj Sasman dan Pengarah

28/1/09 = Rabu

3.

Meeting KSPK dengan HEP

30/1/09 = Jumaat

4.

Meeting MKK

2/2/09 = Isnin

5.

Meeting Organisasi Sayap – Tarikh Cadangan

PISMK Tahun Akhir – Dah siap

PPRP4T Tahun 3 – 3/2/09 ( Selasa ) – Dewan Marbawi

PISMP IPGM Tahun 2 – 3/2/09 ( Selasa ) – Dewan Jalil

PISMP IPGM Tahun 1 – 4/2/09 ( Rabu ) – Dewan Marbawi

PPISMP Semester 2 – 4/2/09 ( Rabu ) – Dewan Jalil

6.

Meeting bersama semua penggerak persatuan di IPIS

- Darul Syifa’

- Pekomperi

- Perbayu

- Silat

- Taekwondo

- Sukarelawan

- Nadi Lughah

-Persatuan Khat

- Dan Lain-Lain #

* Bawa maklumat persatuan

-Kertas Kerja Penubuhan Persatuan

-Maklumat ahli

-Carta Organisasi

– 4/2/09 ( Rabu )

Bilik persidangan

5.

Meeting dengan sayap2 - JPP

5/2/09 = Khamis

Bilik Persidangan

6.

Meeting dengan sayap2 – HEP

10/2/09 = Isnin

Dewan Marbawi

7.

Meeting susulan gerak kerja JPP

1/2/09 = Ahad

3/2/09 = Selasa

4/2/09 = Rabu

5/2/09 = Khamis (akhir )





Catatan :
Semuanya adalah perancangan. Sebarang perubahan akan dimaklumkan semula.YDP :)