Sunday, January 25, 2009

Elaun anda




Assalamualaikum..
Surat di atas adalah surat arahan dari pihak BPG kepada setiap IPGM seluruh Malaysia yang mengandungi perintah supaya elaun dibayar dua kali setahun. Segala maklumat berkenaan dengan arahan ini telah dinyatakan dengan jelas di dalam surat tersebut.Masa pembayaran dua kali setahun tersebut bergantung kepada pengurusan IPGM masing2 dan pihak IPIS telah menetapkan akan membayar elaun tersebut pada Mac dan September 2009. Sebarang rayuan hendaklah melalui pihak BPG kepada menteri pelajaran secara terus. Perkara ini telah dimaklumkan kepada semua ketua kuliah yang terlibat yang hadir pada perjumpaan sulung bersama dengan cikgu mad zin rabu lepas 21 Januari yang lepas dan mereka telahpun dibekakalkan dengan satu salinan surat tersebut. Perkara ini telah dinyatakan oleh saudara YDP yang turut hadir sama dalam perjumpaan tersebut. Tindakan pihak JPP berkenaan isu ini ialah membuat rayuan pada pihak pentadbiran supaya diawalkan kepada bulan Februari dan Ogos.
Alhamdulillah, rayuan tersebut telahpun diluluskan oleh Tuan Pengarah IPIS dan tindakan selanjutnya akan diuruskan oleh Pn Safwah selaku PEK IPIS. Pihak JPP difahamkan segalanya bergantung kepada keadaan kewangan yang disalurkan oleh pihak perbendaharaan negara. Sekiranya wang turun peruntukan elaun turun, baru ianya dapat diagih2kan kepada pelajar. InsyaALLAH dengan kesihatan dan kelapangan masa yang ALLAH kurniakan kepada JPP, kami akan sentiasa berhubung dari masa kesemasa berkenaan dengan isu ini dengan pihak yang terbabit supaya hak anda dapat dipelihara dengan sebaiknya..YDP..

3 comments:

dark_eky said...

nk elaun..
hehehe..

ZAIDI NAWAWI said...

dalam surat tu kate.. Awal semseter,,,,ngeh3... Macam2 .. Maktab kita tak baca surat ni kot..dia siap bol lagi AWAL SEMESTER

dark_eky said...

btol3..
aku Xtau la kalo diorg keliru mkne perkataan awl tue..
Xkn kot..
hehehe..=)
walopon mnyk dh murah skrg..
tp jgn men simbah2 ekk..