Monday, January 26, 2009

GERHANA MATAHARI




SABDA RASULULLAH SAW;

إن الشمس والقمر ايتان من ايات الله لا ينكسفان لموت أحد ولا لحيات فإذا رأيتم ذلك فصلوا وادعوا حتى ينكسف ما بكم

Maksudnya : " Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda kebesaran ALLAH taala, kedua-duanya tidak gerhana disebabkan kematian seseorang dan kerana hidupnya seseorang. Oleh itu apabila kamu melihat gerhana berlaku, maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga hilang apa yang berlaku (menimpa) kamu iaitu bala kegelapan."

-Riwayat Muslim(914)

Dalam pada itu, tanggal 26 Januari 2009 bersamaan 29 Muharram (Isnin), 1430H kita sekali lagi telah diberi kesempatan dan peluang untuk bermunajat dan memohon rahmat ALLAH SWT daripada peristiwa Gerhana Matahari yang akan berlaku selepas asar pada esok hari.

Justeru itu sama-samalah kita sebagai ummat Nabi Muhammad SAW menyahut seruan Baginda supaya menunaikan solat Gerhana Matahari (Solat Al-Kusuf) sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di atas.

Untuk itu, sama-samalah kita mengambil peluang yang baik ini, apatah lagi kita warga Institut Perguruan Islam yang majoritinya bakal bergelar "Ustaz" dan "Ustazah" yang akan berada di dalam mayarakat kelak untuk menunaikan solat sunat gerhana matahari pada esok hari di masjid Imam As-Syafei secara berjemaah.

Sama-sama kita sebarkan...

untuk rujukan berkenaan solat sunat gerhana matahari, boleh merujuk kepada laman web berikut;

http://www.lingkudau.net/Siaran/sunat-gerhana.htm
http://ustazazhar.com/v1/lain-lain/solat-sunat-gerhana.html

diubahsuai drpd http://www.darussyifaipis.blogspot.com/

1 comments:

dark_eky said...

mcm pernah ku baca tp di mana ya..