Wednesday, January 07, 2009

terkini dan sebarkan

Petang tadi setelah selesai mesyuarat minggu pengurusan pelajar baru dengan pihak pentadbiran. JPP telah dimaklumkan berkenaan dengan satu surat yang baru difaks dari BPG yang memberitahu tentang pertukaran sebahagian pelajar IPIS. Maklumatnya adalah seperti berikut :
1 kelas KS ke IPBA
1 kelas KS ke IPRM
dan 1 kelas KS kekal di IPIS.

1 Kelas PJ secara keseluruhannya akan berpindah ke IPIK.

Catatan :
- Pelajar yang kekal akan ditentukan oleh pihak pentadbiran dengan mengambilkira beberapa aspek yang akan dibahaskan secara bersama bukan mengikut kelas seperti sem 3.
- Blog ini tidak menyebarkan khabar angin ataupun berita secara membabibuta. Telah dimaklumkan tentang pergerakan dan situasi berkenaan dengan berita pertukaran ini dengan jelas di dalam blog ini. Adalah amat dikesali sekiranya dikatakan di dalam blog ini mudah didapati khabar angin. Telah dinasihatkan kepada semua pelajar semester tiga agar hanya perlu mendapatkan maklumat dari pihak JPP atau HEP sahaja. Sebarang khabar angin yang anda dengar dari pelbagai pihak yang anda semua rasakan seolah2 benar ialah hanya hasil perbincangan mesyuarat yang konon2nya telah diputuskan. malangnya perubahan tetap akan berlaku dari pihak BPG amhupun di saat2 akhir. (Rujuk berita berkenaan sem 3 sebelum ini)...YDP..

3 comments:

BFH 6261 said...

ooooooooo
cam tu ke.
Ade baiknya juga.
Maktb kita ni pun dah nak penuh.

dark_eky said...

hurm..
yg kuar jer ker..
yg msk nnt korg Xnk tanye ker..
hehehe

dzulhakim baharom said...

kurang bersetuju kalau mereka dipindahkan kerana kurang disiplin dan komitmen. sepatutnya maktab sahut cabaran utk terus jalankan tanggungjawab 'membentuk' mereka ini menjadi seorang bakal guru dan guru yang terbaik. seolah maktab mahu lepas tgn dan hanya mahu menjaga nama baik maktab dgn kekalkan pelajar2 yg baik2 saja.

bab penghapusan etnik ni pula,
kenapa dari awal2 foundation lg maktab tak kurangkan pengambilan student? mmg jelas seperti maktab mahu mengurang student sbb proses pindah maktab ni berlaku hanya satu hala. cuma eksport, tiada import.

pandangan peribadi saja. no offense. semoga maktab ada sebab2 tertentu yg rasional dlm kes ni.