Tunggakan andatelah pun diuruskan semenjak dari awal bulan 10 yang lalu. Akan tetapi menurut makluman yang saya perolehi dari pegawai bahagian kewangan IPIS menyatakan kelambatan berlaku disebabkan oleh pengurusan di bahagian kewangan kementerian pendidikan yang menggantung urusan tuntutan tunggakan pada kali ini dan menolaknya pada saat akhir. Alasannya ialah ketiadaan peruntukan yang mencukupi. Lantaran daripada itu, pegawai elaun IPIS dengan serta merta telahpun menghantar semula tuntutan tunggakan tersebut dan menurut maklumat yang saya dapati semalam ( khamis - 30, 10, 08 ) setakat ini tiada masalah yang berlaku dan sekiranya tiada apa2 halangan Insyaallah ianya akan menjadi milik anda dalam jangka masa yang terdekat. Berkenaan dengan bulan 10,11,12. InsyaAllah telahpun diuruskan dan menurut pegawai tersebut lagi, jenguk2lah mesin ATM Bandar Baru Bangi pada petang Rabu depan ataupun selewat-lewatnya hari khamis. Andaikata pada hari tersebut masih lagi tidak masuk, Insyaallah kami JPP akan melakukan tindakan susulan sertamerta walaupun sedang melalui minggu2 peperiksaan.
Berkenaan elaun PBS dan Praktikum 2008, masih belum diuruskan dan Insyaallah akan dapat bulan 11 ini juga menurut seperti yang dijanjikan..
Komen saya terhadap elaun tunggakan kali ini..saya ada mendengar ura-ura bahawasanya elaun tersebut masih lagi menjadi tandantanya di sesetengah IPG dan ada yang mengatakan tunggakan tersebut tidak seharusnya dapat dan harus dikembalikan semula..Mungkin itulah juga antara sebabnya kita mungkin mendapat tempias dari kes tersebut yang menyebabkan tunggakan kali ini lambat dari selalu. Saya pernah katakan dulu, kalau tunggakan masih lagi boleh berlembut, kalau bulanan InsyaAllah, kami tidak akan berdiam diri..bergerak dengan sokongan anda..YDP..
Elaun sem 3
Untuk makluman, elaun sem 3 akan dibayar seperti biasa dan sehingga 14. 11. 08 sahaja. Jangan bimbang dan cepat melatah, saya tidak sempat untuk coretkan kisahnya disini..Buat masa ini, sila dapatkan maklumat dari ketua batch anda. Maklumat dari saya akan terus sampai padanya..saya akan ceritakan disini pada lain masa, harap faham..YDP
Tahniah di atas kejayaan andadari kami JPP 08/09 buat anda semua peserta-peserta MTTHQ yang menyertai pertandingan di IPTAA pada bulan Oktoberyang lalu. Kejayaan anda tidak ternilai harganya. Tahniah buat Hakim ( no 3 Tilawah al-Quran ), Hafizul ( Johan Tafsir) dan Kak Zah ( Johan Hafazan Perempuan ) di atas kejayaan anda yang cemerlang. Untuk makluman semua, walaupun tidak semua peserta mendapat tempat, namun peserta kita berjaya menduduki tempat sepuluh teratas dari peserta IPG2 yang lain. Tahniah dari kami JPP IPIS 08/09. YDP ..
Semoga Berjaya
PERBAYU IPIS sekali menaburkan baktinya pada IPIS dengan menghantar peserta dari unit pantun PERBAYU bagi mewakili IPIS ke pertandingan pantun antara IPG yang berlansung di IPG2 sekitar kawasan Kuala Lumpur. Saya dimaklumkan, pertandingan diadakan di merata tempat, antaranya di IPIK dan di pusat2 pengajian di kawasan berhampiran. Setakat ini dimaklumkan pertandingan peringkat akhir akan berlansung di IPBMM. Peserta yang mewakili IPIS pada kali ini ialah Saudara Ikmal ( PISMP IPGM 2.06 ),Saudari Aishah (PPISMP 3. 07), Saudari Atikah (PPISMP 3. 07) dan Saudari Nurul Aini (PPISMP 3. 07). Pertandingan tersebut berlansung pada 28 / 10 / 08 – 2 / 11 / 08. Kepada sesiapa yang mempunyai masa yang terluang bolehlah pergi memberi sokongan. Kalau tidak dapat sekalipun, mesej2lah mereka untuk bertanyakan khabar, sekurang-kurangnya mesej kita itu dapat menyuntik semangat dalam diri mereka untuk menghadapi lawan. Tahniah dan syabas dari kami JPP 08/09 kepada PERBAYU umumnya dan kepada peserta khasnya di atas semangat anda di dalam mengharumkan nama IPIS di peringkat nasional..YDP..
Keselamatan anda dijaga
Pada 18 / 10 / 08 yang lalu, Saudara Hadi, Zaihan dan Yazid telah membuat laporan di sebuah Balai BOMBA berkenaan dengan sebuah sarang tebuan yang semakin hari semakin membesar pada sebatang pokok berdekatan dengan gelanggang permainan blok B. Hasil dari laporan tersebut, pihak BOMBA telah membuat tindakan serta merta dengan mengarah satu unit pasukannya ke IPIS pada malam itu juga. Maka pada malam tamatlah riwayat sebuah empayar tebuan di IPIS. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat. Tanpa kerjasama dan keprihatinan semua, mungkin hingga ke hari ini tebuan tersebut masih lagi giat membina empayarnya. Tahniah dan syabas pada anda semua..YDP ...
Berita Gembira dari Pentadbiran
Alhamdulillah, pada minggu yang lalu dengan kesempatan yang ada, wakilpihak JPP telah mengadakan pertemuan ringkas dengan pengarah IPIS berkenaan dengan beberapa isu, antaranya ialah kafe. Pengarah IPIS telah memberikan perkhabaran gembira tentang kafe, mahupun demikian segalanya masih belum dapat ditetapkan secara pasti setakat ini. InsyaAllah tindakan susulan akan sentiasa dilakukan oleh pihak JPP dengan setakat yang termampu. InsyaAllah, sama-sama kita doakan.
Selamat Menghadapi Peperiksaan
Selamat menghadapi peperiksaan buat semua warga IPIS kami ucapkan. Semoga kejayaan cemerlang menanti anda. Buat adik-adik PPISMP sem 3, bersedialah untuk menghadapi peperiksaan tersebut dengan sebaik-baik persediaan. Satu cabaran buat anda, seluruh IPGM di Malaysia pernah digemparkan dengan keputusan cemerlang pelajar PPISMP semester 3 generasi pertama pada suatu ketika dulu berbanding dengan IPG2 lain seluruh Malaysia. Pastikan kejayaan anda lebih cemerlang berbanding tahun-tahun sebelumnya. Buat kursus2 yang lain, cabaran yang sama juga ditujukan kepada anda..Semoga anda dapat melalui minggu-minggu peperiksaan dengan hati yang tenang...YDP..
Kempen derma darah datang lagi....Macam kebiasaannya, IPIS selalu mengadakan Kempen Derma Darah dengan kerjasama drpd Pusat Darah Negara....Kali ni di bawah Biro Kebajikan, kempen ni diadakan sekali lagi...Apa lagi,,jom la ramai2 kita menderma darah... Poster2 pun dah banyak tertampal di dinding2+notice board kt kolej kediaman, masjid, blok pentadbiran..Kt kafe pon ada gak...So pada ssape yg dah baca jangan la buat2 xtau @ xnampak je.. Hehehe.... Sbnarnya banyak kebaikan yg kita boleh dapat dgn menderma darah ni...Yang paling utama kita boleh dpt pahala... Mesti semua nk pahala kn?? Hehehe....So, menderma la ye...Selain dpt pahala, bila menderma kita darah menyelamatkan nyawa orang lain..Menderma darah ni merupakan satu amalan sukarela yang terpuji dan tidak ternilai sumbangannya...Tapi, nak menderma ni kena la ada keinginan & keikhlasan dlm diri tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak. Ok, mesti ada orang tertanya2... Kenapa lak aku kena derma darah ni?? Xnak la... Saya takut jarum... Saya dah derma la dulu..... Emmmm.... Sebenarnya,,setiap satu unit darah yang kita dermakan dapat menyelamatkan nyawa orang2 berikut : 1. Mangsa Demam Denggi 2. Mangsa kemalangan yang banyak kehilangan darah 3. Ibu-ibu yang mengalami tumpahan darah selepas bersalin 4. Bayi yang memerlukan pertukaran darah 5. Pesakit Talasemia 6. Pesakit Anemia 7. Mangsa kebakaran 8. Pesakit leukemia 9. Pesakit Haemifilia Haaaa... Kesian kan kt dorang ni..... So kalau nk tolong dorang,,kena la menderma darah Selasa nanti...
Untuk maklumat lanjut,,sila lawati homepage Pusat Darah Negara http://www.pdn.gov.my
Kebaikan dan keburukannya dalam Pembangunan Pelajar Universiti
Kamarul Azmi Jasmi
Pensyarah
Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial
Universiti Teknologi Malaysia
qamar@utm.my
Budaya perkahwinan semasa belajar di IPT di Amerika mengikut satu kajian telah mencapaiangka 34,6% bagi perempuan ketika usia 20-24dan 21,4% bagi laki-laki dalam usia tersebut. Bahkan ada sesetengah pelajar telah berkahwinseawal usia 18 tahun, namun mereka masihmeneruskan pengajian mereka di IPT (Hoffmanet.al., 1994). Namun, perkahwinan semasa beradadalam umur belajar ini masih belum diterimadengan baik kepada sebahagian besar masyarakatdi Malaysia. Terdapat kajian membuktikanbahawa ada kalangan ibu bapa yang masih belumboleh menerima mahasiswa/i yang inginberkahwin semasa mereka di IPT (Nor RashidahAbdul Jamal 2006). Kebaikan dan keburukanberkahwin semasa belajar pada hakikatnya perludiperincikan situasinya terlebih dahulu sebelumibu bapa menolak atau menerima kehendak anak- anak mereka yang ingin berkahwin walaupunmasih menuntut.
Kebaikan dan Keburukan Berkahwin Semasa Belajar dari Perspektif Islam
Bebanan berkahwin ketika masih lagi belajarsememangnya wujud. Kepada suami kerana perlumenanggung isteri (al-Tahrim 65:7). kepada isteripula kerana perlu melayan suami (al-Tarmidhi,1994: 386/2). Kepada kedua-duanya pula apabilasi isteri mengandung, melahirkan dan menjagaanak. Dalam masa yang sama, mereka pula terpaksa membahagikan masa untuk belajar yang menyebabkan ada sebahagian mahasiswa/i terlibatterkandas di universiti (Cari Forum, 2007). Hal inimerupakan perkara pokok yang menjadikansesetengah mahasiswa/i tidak ingin berkahwin danibu bapa pula keberatan untuk mengizinkanmereka berkahwin.Perlu dingat bahawa apabila menyebut perkataan kahwin semasa belajar, ibu bapa dan mahasiswa/i perlulah berbalik kepada situasi hukum perkahwinan. Terdapat beberapa hukumdan perkara yang perlu ibu bapa perincikan, iaituhukum berkahwin bagi mahasiswa/i yangmempunyai keinginan untuk itu, definisi mampumengawal nafsu dan mampu dalam nafkah. Seorang mahasiswa/i yang ada keinginanuntuk berkahwin, maka hukumnya ada tiga. Sunathukumnya jika mempunyai kemampuan danmampu mengawal nafsunya. Wajib hukumnya jikamempunyai kemampuan dan tidak mampumengawal nafsunya. Akhir sekali, makruhhukumnya jika tidak mempunyai kemampuantetapi tidak boleh mengawal nafsunya (Ramayulis,2001: 19).
Perkara kedua yang perlu diperhatikan ialahpengertian mampu nafkah untuk berkahwin yangmenjadi persoalan utama ibu bapa menghalanganak mereka berkahwin. Nafkah wajib seorangsuami terhadap isteri ialah sekurang-kurangnya530 gram beras dengan lauknya. Nafkah pakaianpula ialah suami menyediakan untuk isterinyapakaian mengikut kebiasaan pakaian wanita dalamsesebuah masyarakat. Tempat tinggal pula, selagiseorang isteri sudah mempunyai tempat tinggalsama ada disewa atau dibelikan, sama ada duduksekali atau berasingan dengan bertemu sesekali,maka itu sudah memadai dianggap sudah mampumenyediakan tempat tinggal (al-Husaini, 1941:89/2). Apabila dilihat kepada mahasiswa yangmempunyai pinjaman pelajaran atau pun biasiswa,hal kemampuan ini sudah termaklum mencukupijika pengurusan kewangan diselia dngan baik.Justeru, hukum mahasiswa/i yang berkeinginanuntuk berkahwin sudah menjadi hanya sunat atauwajib. Kalau mereka mampu menahan nafsusehingga tidak terjerumus ke lembah maksiat jadisunat dan sebaliknya pula menjadi wajib. Perkara ketiga ialah kemampuan untukmengawal nafsu daripada terjerumus ke lembahzina dan maksiat. Syariat mengukur kemampuanmengawal nafsu sehingga tidak terjerumus kelembah zina ini ialah apabila mahasiswa/i tidaksaling memandang antara satu sama lain denganshahwat secara sengaja. Bahkan hukum melihatyang disunatkan seorang lelaki terhadap wanitasebelum berkahwin hanya sekali bagi orang yangsudah ada keazaman untuk meminang seseorangwanita. Itu pun dalam keadaan tidak diketahuioleh wanita bagi menjawa maruah diri dankeluarganya jika tidak jadi berkahwin. Selain itu,pandangan tersebut juga hanya tertakluk kepadakawasan muka dan tapak tangan (al-Zuhayly,1989: 23/7). Bagaimana pula hukum mahasisw/iberbual dan berSMS dalam keadaan penuh berahidan bernafsu. Dan jauh sekali hukumnya pulakalau sampai berpegang tangan, berpeluk-pelukanketika menunggang motorsikal serta berdua-duaantanpa mahram yang sudah jelas hukumnya sebagaiharam (al-Bukhari, 1994: 2784; Muslim, 2001:2391; al-Tarmidhi, 1994: 1091; Ahmad, 1994:1833; al-Darimi, t.thn: 303). Jika mahasiswa/isudah sampai terlibat dengan semua perkara ini,tidak syak lagi mereka sudah tidak mampu untukmengawal hawa nafsu mereka yang bolehmenjerumuskan mereka ke lembah zina. Padaketika ini, hukum wajib untuk berkahwin sudahtidak boleh dipertikaikan lagi. Terjerumusnyamahasiswa/i kepada kerosakan sosial dan lembahzina yang berpunca daripada perkara tersebutsudah banyak dilaporkan dalam kajian dan akbar(Mazrita 2003; MelakaFM 2008). Sekalipun mereka tidak terlibat dengan gejalayang dinyatakan, kesunatan berkahwin semasabelajar bagi yang berkeinginan untuk berkahwinitu sendiri sudah mempunyai faedah yang sangatbesar jika diteliti sama ada dari segi akli dan naqli.Dari segi naqli antaranya, ialah perkahwinan merupakan satu ibadat sama ada dari halpersetubuhan antara keduanya ,curahan kasih sayang antara keduanya gurau senda antara kedua-duanya ), nafkah suamikepada isteri dan sedekah isteri kepada suaminya layanan dan komunikasi yangbaik antara keduanyayang sebahagian besarnyaadalah menjadi haram sebelum perkahwinan dansebahagian kecilnya pula berdosa jika tidakmenjaga batas-batasnya. Begitu juga adalahditegaskan oleh Allah S.W.T. dan Rasullahnyabahawa perkahwinan menjaga mata daripadamaksiat dan memelihara diri dari-pada zinaDari segiaklinya pula penulis suka mengambil pandangandaripada seorang mahasiswi sendiri yangmenyebut:
“Perkahwinan semasa belajar boleh menjadi motivasi lagi yang malas belajar, ada yang lebih cemerlang selepas berkahwin. Mungkin hidup bahagia atau tahu tanggungjawab besar yang perlu dipikul. Mampu menghalang diri daripada maksiat, jiwa orang kahwin pastinya lebih tenang daripada gelojak nafsu orang bujang. Fikiran lebih matang untuk memahami erti kehidupan, matlamat, tujuan dan gerak kerja akan datang. Jiwa lebih realistik berbanding dahulunya banyak yang idealistik. Anak sebagai penenang jiwa. Kehadiran yang pasti ditunggu oleh setiap pasangan. Ramai yang belum berkahwin memandang perkahwian adalah seks, namun seks selepas kahwin sememangnya penting tetapi ianya mungkin jatuh ke tangga kedua, ketiga dan… Pasangan pasti resah sekiranya lambat mendapat anak. Betul ke? Kahwin dulu baru tahu, tak sama fantasi anda dengan dunia realiti. Kehidupan lebih teratur, masa lebih terancang.” (Datul Kisya, 2008)
Cadangan bagi Meningkatkan Pembangunan Pelajar yang Belum Berkeinginan atau Sudahatau dan Telah Berkahwin Semasa Belajar
Cadangan buat mahasiswa/i:
(1)Membuang mentaliti bahawa perkahwinanmerupakan satu halangan dalam pelajarantetapi perlu menganggap sebagai satu proseskematangan terhadap tanggungjawab.
(2)Memilih hidup berkahwin yang berpahaladaripada berpasangan tanpa perkahwinan diIPT yang banyak dilingkari dengan dosa.
(3)Terbukti dalam kajian bahawa perkahwinansemasa belajar merupakan satu keseronokanyang fitrah terhadap naluri kemanusiaan. Olehitu, mahasiswa/i perlu menimbang untukmenjadikan perkahwinan satu budaya yangbaik untuk diamalkan.
(4)Mengubah pandangan bahawa kegagalanpelajaran sebenarnya lebih besar keranakerosakan sosial berbanding perkahwinan.
(5)Keengganan mahasiswa untuk berkahwinsekalipun telah mempunyai calon dan dalammasa yang sama terus ingin hidup bercoupledengan tidak menjaga batas-batas syariat,menunjukkan bahawa dia merupakan lelakiyang takut memikul tanggungjawab dan tidakmatang untuk memilih jalan kehidupan yangbaik sebagaimana anjuran Islam.
Cadangan buat ibu bapa mahasiswa/i:
(1)Membuang mentaliti khususnya anakperempuan bahawa perkahwinan menghalangmereka daripada mendapat hak pendidikan.
(2)Memahami dan menerima dengan hatiterbuka hikmah perkahwinan terhadap anakyang masih belajar di IPT.
(3)Melihat keperluan anak yang ingin berkahwinketika masih belajar. Jika anak sudah adakeinginan itu, ibu bapa perlu menggalak danmengizinkan mereka. Jika mereka ada calon,tetapi belum ada keinginan ke arah itu. Ibubapa perlu melihat situasi anaknya sama adaboleh menjaga batasan syariat atau tidak. Jikaibu bapa mendapati bahawa anak merekatidak dapat menjaga batasan itu, mereka perlumenggalakkan perkahwinan supaya dapatmenghindarkan mereka daripada kerosakanmoral dan kancah penzinaan.
(4)Membudayakan perkahwinan dan pelajaranterhadap diri sendiri dan anak-anak bagimemelihara tingkah laku dan moral.
(5)Tidak membebankan anak yang berkahwinsewaktu belajar dengan perbelanjaanperkahwinan yang tinggi. Perbelanjaan yangsederhana dalam perkahwinan itu sendirilebih menepati syariat Islam.
(6)Cuba memahami dan membantu anak yangberkeluarga ketika belajar dengan caramencukupkan keperluan mereka tanpadiminta. Ini memandangkan hidup merekamemiliki tanggungjawab keluarga danpelajaran dalam keadaan sumber kewanganyang terhad.
Cadangan buat Institusi Pendidikan Tinggi:
(1)Menyediakan pusat temu jodoh kepadamahasiswa/i yang ada keinginan berkahwintetapi sukar mendapat jodoh ataumempertemukan kumpulan yang berkerjayadi luar atau dalam universiti untuk berkahwindengan mahasiswi di universiti. Dengan ini,pendidikan mahasiswi dapat diwujudkandengan lebih jayanya sekalipun berkahwin.
(2)Memberi bantuan perbelanjaan perkahwinankepada mahasiswa/i yang ingin mendirikanrumahtangga.
(3)Menyediakan lebih banyak kemudahanpenginapan kepada pelajar yang berkahwindengan sewa yang sangat berpatutan.
(4)Menggalak dan membudayakan institusiperkahwinan kepada mahasiswa/i berbandingbudaya couplingtanpa ikatan perkahwinan diuniversiti.
(5)Menyediakan bantuan kewangan tambahanatau potongan yuran kepada mahasiswa/iyang berkahwin. Kumpulan ini layakmendapat zakat dan sedekah (fi sabillah) bagimeringankan beban kewangan.
(6)Menyediakan kemudahan kursus dan bengkel kepada mahasiswa/i yang akan dan telah berkahwin untuk memantapkan lagi pengurusan masa dan kewangan mereka ketika belajar. Selain itu, kursus perancangan keluarga juga perlu diwujudkan supaya mahasiswa/i mempunyai ilmu dan boleh merancangan untuk mendapat anak dalam tempoh dan masa yang sesuai. Ilmu ini penting agar kelahiran anak mereka tidak sehingga mereka terpaksa menangguhkan pengajian mereka satu atau dua semester.
(7)Menyediakan pusat jagaan anak kepada mahasiswa/i yang telah menimang cahaya mata memandangkan anak tetap menjadi subjek penting bagi mereka walaupun masih belajar di IPT.
Cadangan buat kerajaan
(1)Menghapuskan terus halangan pinjaman atau biasiswa yang mensyaratkan larangan berkahwin semasa di IPT dan khususnya di IPG.
(2)Membentuk dasar yang menggalakkan institusi perkahwinan di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta serta pelajar yang dihantar ke luar negara bagi membendung gejala sosial. Untuk itu, kerajaan boleh memberikan bantuan kewangan berupa tambahan pinjaman atau biasiswa kepada pasangan yang sudah mendirikan rumahtangga bagi meringankan beban mereka.
(3)Memberi bantuan kepada IPT untuk mendirikan rumah-rumah kelamin dan pusat- pusat jagaan anak bagi meringankan beban pasangan mahasiswa/i yang berkahwin. Dengan ini, mereka boleh menumpukan perhatian kepada pelajaran dan keluarga dengan lebih terurus dan mantap.
Haa…menarik kan?..jadi fikir2kanlah wahai sahabat2ku sekalian. Hasil ini bukan bualan kedai kopi, tapi hasil kajian ilmiah seorang ustaz yang di dalam pengajian Doktor Falasafah ( Phd) di universiti Teknologi Malaysia skudai. Jadi..kertas kerja ini mungkin berguna buat kalian semua. Untuk kertas kerja yang sempurna boleh dapatkan sofcopy daripada saya, pinjam tak leh…Hehe.. Saya pun dalam perancangan nak Photostat banyak2 dan bagi kat akak saya yang sulong kat kampong tu..hehe..Yang lengkap punya siap dengan dapatan2 yang mungkin dapat membantu anda mengubah persepsi keluarga anda terhadap kehendak anda yang mungkin membuak2 di dada anda semua.
Yang penting adalah usaha, doa dan tawakkal..sekurang2nya anda berusaha tidak kira dengan apa jua cara. Tercapai atau tidak semuanya perancanagan Allah Ta’ala…..YDP : )
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan ( Persidangan NASDEC 08 ) Tarikh 22-23 / 10 / 08 Tempat : Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor. Info seminar : 120 Pembentangan Kertas kerja, 6 Tempat Pembentangan, 312 Peserta. Latar belakang Peserta : Guru, Pensyarah, Dr Falsafah, Mahasiswa, Prof, Prof Madya dan Pegawai2 dari Pelbagai Institusi Kerajaan dan agensi2 swasta.
21 / 10 / 08 1.30 tghr : Bertolak dengan pensyarah pengiring, Cikgu Roslan. Turut sama sebagai peserta : YDP, dan mantan NYDp dan mantan exco kebajikan diatas sebab2 yang telah dipertimbangkan dan persetujuan MT JPP 08/09. 8.00 mlm : sampai di Skudai dan menginap di rumah salah seorang kenalan Cikgu Roslan.
22 / 10 / 08 8.00 pg : pndftaran 5.00 ptg : tamat sesi untuk hari ini.
Perjalanan seminar. 45 pembentangan dijalankan serentak pada waktu pagi sehingga waktu zohor. Tajuk2 telah ditetapkan waktunya, tempatnya dan peserta bebas bergerak mengkut jadual dan tajuk yang disukai dan diminati. Pada sebelah petangnya disambung dengan 20 pembentangan lagi ditempat yang sama pada pagi tadi. Secara keseluruhan pada hari ini, banyak tajuk hasil kajian yang menarik dibentangkan. Namun yang betul2 mnearik perhatian kami semua adalah dua pembentangan. 1 diawal pagi dan 1 di awal petang. Aspek2 yang kami ambil kira ialah cara pembentangan, isi2 dan gaya..Cukup menarik dan pfofesional. Pada sebelah paginya : Kepemimpinan Dari Perspektif Islam : Satu Aplikasi Terhadap Pembangunan Pelajar Ke Arah Modal Insan Terbilang , Dr. Hj. Syd Abdul Rahman Bin Hj. Syd Zin , Kolej Sastera Dan Sains , Universiti Utara Malaysia. Manakala sebelah petagnya, tajuk inilah yang paling mendapat sambutan sehingga peserta bersesak2 untuk mengikutinya. : )
Lelaki Lembut: Faktor dan Kesannya Kepada Pembentukan Sahsiah Mahasiswa , Farahwahida Mohd Yusof (Ph.D), Sharifah Munirah binti Timmiati, Pusat Pengajian Islam & Pembangunan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dari kami JPP IPIS 08/09 . YDP : )
Penggambaran Biro
Alhamdulillah, Khamis 16/10/08bermula jam 8.30 pagi bertempat di foyer blok pentadbiran semua warga JPP telah menjalani sesi penggambaran bersama dengan pensyarah penasihat masing2. Jutaan terima kasih kepada photographer yang hensem2 dan smart2 2...terima kasih sangat2 diatas komitmen anda semua...YDP : )
Lawatan Muhibbah JPP IPIS 08/09
Tarikh : 11/10/08
Destinasi : Institut Perguruan Teknik Kuala Lumpur
Ahli-ahli Lawatan : JPP IPIS 08/09, mantan2, wakil2 sayap JPP.
Pensyarah Pengiring : Encik Saipo bin Ayub.
Tarikh : 17/10/08
Destinasi : Institut Perguruan Raja Melewar Negeri Sembilan, Institut Perguruan Perempuan Melayu
Melaka.
Ahli-ahli Lawatan : JPP IPIS 08/09, mantan2, wakil2 sayap JPP.
Pensyarah Pengiring : Ustaz Ismail bin Che Ku.
Terima kasih di atas kesudian IPG2 tersebut diatas kesudian menerima kehadiran kami semua. Meskipun dalam keadaan sibuk, tersepit diantara keperluan peribadi, keperluan pengajian dan sebagainya, anda semua ( JPP IPTKL, IPRM, IPPM )masih lagi mampu melayan kami sebagai tetamu yang kami kira dengan sebaik-baik layanan. Jamuan yang anda semua sediakan sememangnya membuka slera kami semua dan amat sukar sekali untuk kami menutupnya. Hehe..layanan yang mesra dari anda amat kami hargai walaupun jelas tanda-tanda keletihan dimata anda lantaran kesibukan anda menjalani kehidupan seharian. Jemputlah datang ke IPIS nanti yea....YDP: )
Lawatan Kebajikan ke Hospital Besar Kuantan
Tarikh : 19/10/08
Jam : 8.00 pagi-11.00 malam
Pengangkutan : Bas pendek Institut
Peserta : MT, EXCO dan NAIB EXCO JPP
: Organisasi Batch PPISMP Sem 3
Pensyarah Pengiring : Tn Hj Sasman bin Hj Yasir
Objektif : Menziarahi Saudara Hafiz bin Othman yang sedang dirawat di Hospital Besar Kuantan
Keadaan Pesakit : Masih tidak sedarkan diri setelah pembedahan kali kedua. Keadaan kritikal tapi stabil . Otak kiri tidak dapat berfungsi dengan baik.. Jantung ok..
Sumbangan Kepada pesakit : Masjid as-Shahfie, biro kebajikan, biro dakwah, biro ekonomi, sumbangan ahli-ahli JPP.
Tindakan seterusnya : Sentiasa mengikuti perkembangan pesakit dan mengadakan kutipan dari pihak pensyarah.
Sama-sama kita doakan kesejahteraan saudara Hafiz dan keluarga...YDP..
Wireless IPIS
Internet IPIS sudah sekian lama terbengkalai?..Apa sebabnya..?
Menurut Che Lah ( pegawai teknologi yang menguruskan wireless IPIS )yang saya temui petang tadi ( 2 petang, 20/10/08 ), macam biasa lah, server kena sambar kilat. Jadi rosaklah ia...
Menurut Che Lah lagi, untuk makluman semua, di IPIS yang kita cintai ini terdapat dua jenis perkhidmatan wireless yang disediakan pada asalnya iaitu MPI/IPIS wifi dan WLAN.
Pertamanya ialah perkhidmatan MPI/IPIS wifi, perkhidmatan ini sememang laju dan amat disukai pelajar temasuklah saya sendiri. Ianya adalah perkhidmatan yang menggunakan peruntukan dari maktab dengan langganan dari syarikat CELCOM. Masalahnya hari ini, IPIS mengalami masalah pembayaran dengan syarikat CELCOM tersebut dan menunggu peruntukan dari pihak BPG untuk melangsaikan hutang tersebut.
Keduanya ialah perkhidmatan WLAN. Perkhidmatan ini merupakan kerjasama KPM dengan JKR untuk diperuntukkan di Ipg2 yang ada di Malaysia ini. Institut kita merupakan salah satu IPG yang bertuah kerana mendapat perkhidmatan ini. Masalahnya ialah, perkhidmatan ini sememangnya slow dan banyak sangat blok(halangan) sehinggakan maklumat susah untuk diperolehi dan servernya selalu kena sambar dek kilat yang kuat sambar menyambar di kawasan IPIS ini. Menurut Che Lah, server itu telah dijanjikan untuk diperbaiki sebelum hari raya baru-baru ini, namun hakikatnya ianya diperbaiki pada hari jumaat yang lalu ( 17/10/08) sehingga jam 6.30 petang yang turut ditunggu bersama oleh Che Lah. InsyaAllah akan dipulihkan secepat mungkin. Sama2 kita doakan. Apa-apa maklumat selepas ini insyaAllah saya akan sampaikan dengan kadar yang segera sesuai dengan kemampuan saya...YDP : )
Kursus Kahwin
Dahulunya semasa saya masih lagi menjadi pelajar persediaan ijazah dulu, saya pernah sempat menyaksikan perlaksanaan kursus kahwin peringkat Institut yang dianjurkan oleh kursusKDPM pada ketika itu. Itulah kali terakhir seingat saya kursus seumpama itu diadakan di Institut yang kita sayangi. Mungkin pelajar tertanya-tanya, mengapa sekarang tidak lagi diadakan pada masa kini sedangkan IPGM lain kedengaran sudahpun melakukan kursus seperti ini.
Untuk makluman semua, bukan mudah untuk melaksanakan program ini sekiranya tidak disokong oleh pihak yang sepatutnya. Dalam isu ini, ada pihak yang berfikiran positif dan ada juga yang sebaliknya. Alasannya ialah program seperti ini menggalakkan pelajar berkahwin sedangkan pelajar yang sedang berkursus tidak dibenarkan untuk berkahwin. Alhamdulillah, dari sudut kelulusan dan kewangan tiada masalah, Cuma sedikit halangan timbul disebalik perlaksanaanya. Kursus ini telah pun diusahakan oleh biro dakwah semenjak sekian lama lagi, namun perkara tadi itulah yang menjadi sedikit penghalang kepada program yang mulia ini. Kita semua bertuah kerana pensyarah pensihat sendiri turut turun padan bagi mengalihkan halangan yang menghalang jalan tersebut, Alhamdulillah, akhirnya halangan tersebut berjaya dialihkan juga dengan pengalih berkuasa tinggi.
Allah Maha Kuasa menentukan seglanya..petang tadi ( 5 petang, 20/10/08, Pejabat Timbalan ) semasa saya berjumpa dengan Timbalan Pengarah, beliau telah mengkhabarkan kepada saya tentang kunjungan pihak BPG ke Institut. Kunjungan ini turut terkandung bersama teguran terhadap aktiviti pelajar yang terangkum dibawah OS42..Menurut TP, kursus kahwin boleh diluluskan, akan tetapi tidak dibenarkan menggunakan peruntukan kerajaan (os42) dengan alasan tidak selaras dengan keperluan dan kehendak kurikulum dan kokurikulum. Saya mempertikaikan hal tersebut dan meminta garis panduan dan dasar yang rasmi tentang penggunaan wang os42 yang telah saya minta dari dulu lagi. Beliau berjanji akan menyerahkan garis panduan pada saya kelak. Untuk makluman ringkas, os42 ialah nama jenis peruntukan wang akan digunakan oleh pihak institut terhadap segala jenis aktiviti yang dilakukan oleh pelajar asalkan dengan tujuan memenuhi kehendak kurikulum dan kokurikulum pengajian seharian. Maklumat khas tentang os42 ini nanti saya akan nyatakan pada lain masa. ...YDP..:)
Tahniah dan Syabas wahai pejuang..
Tarikh : 13-16/10/08
Tempat : Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis Pahang
Pertandingan : Pertandingan Debat Antara IPG peringkat Kebangsaan
Peserta : Ahli-ahli unit Debat PERBAYU ( Rafee, Maula, Nazmi, Alias )
Tarikh : 17-21/10/08
Tempat : Universiti Multimedia Melaka.
Pertandingan : Pertandingan Debat Antara IPT peringkat Kebangsaan-Debat Kepenggunaan ( FOMCA )
Tahniah dan syabas diatas kejayaan anda. Kalah dan menang adat pertandingan. Yang penting perjuangan berterusan. InsyaALLAH kejayaan akan menanti anda suatu masa nanti..Moga2 suatu hari nanti akan lahir pendebat bertaraf antarabangsa keluaran PERBAYU IPIS..
IPIS dan keseluruhan warganya berbangga dengan anda. Tahniah dari kami..JPP IPIS 08/09..YDP : )
Catatan : Sekiranya ada kesilapan dalam makluman tersebut, sila maklumkan segera.
Selamat Berjuang
Tarikh : 20-23/10/08
Tempat : Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis Pahang
Pertandingan : Pertandingan MTTTHQ IPGM Peringkat Kebangsaan.
Peserta : Wakil-wakil IPIS yang memenangi Pertandingan MTTTHQPeringkat IPIS.
Kami doakan semoga kejayaan cemerlang akan mengiringi kepulangan anda nanti.
Syabas kami ucapkan dari JPP IPIS 08/09 diatas semangat, keberanian dan kesanggupan anda memikul panji2 IPIS di medan perjuangan nasional..YDP .. : )
Pameran Literasi Bahasa IPIS
Tarikh : 13/10/08
Tempat : Dewan Besar Institut Perguruan Islam Selangor..
Penganjur : Pelajar-pelajar Pismp IPGM sem 2.
Tahniah diatas pengajuran pameran seperti ini. Walaupun agak membebankan, akan tetapi banyak yang anda dapat pelajari darinya.Rebutlah peluang untuk mempelajari segalanya sesuai dengan taraf anda bakal pendidik generasi cemerlang masa hadapan. Pendidik Cemerlang untuk Generasi Cemerlang..dari JPP IPIS 08/09 ...YDP : )
Minggu Gerko
Tarikh : 13-17/10/08
Tempat : Institut Perguruan Islam Selangor..
Penganjur : Unit Gerko IPIS.
Aktiviti2 : Pertandingan Kawad, Khemah, Memasak, Malam Kebudayaan dan banyak lagi.. : )
Penyertaan : semua unit beruniform IPIS.
Majlis penutup : 20/10/08 jam 8 pagi.
Tahniah dan syabas dari kami JPP IPIS ucapkan diatas komitmen semua pihak yang terlibat terutamanya KPLI..Inilah petanda bahawasanya anda sememangnya layak menjadi guru yang penuh persediaan, sedia berkhidmat, berkualiti dan berkomitmen dengan amanah yang diberikan..Tahniah dari kami JPP IPIS 08/09.
Elaun PPISMP sem 3
Pada satu hari, saya telah saya ditanyakan dengan satu soalan.“Elaun kami dapat tak bulan 12 nanti ?”
Menurut Kak Izwah Liza Pegawai Kewangan Elaun IPIS, elaun adik2 hanya akan dapat hingga 14/11/08 sahaja atas arahan HEP. Apabila dirujuk pada HEP, maklumat yang sama saya perolehi dari pegawai yang bertugas disitu secara lisan. Permintaan saya kepada HEP ialah supaya satu pernyataan bertulis berbentuk pekeliling sekiranya ada ( memang sepatutnya ada ) untuk dijadikan bukti kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak HEP. Apabila dirujuk kepada TP petang tadi, beliau akan cuba meneliti kembali pernyataan HEP tersebut.
Sekiranya pembayaran elaun dengan cara lama masih lagi digunakan oleh adik2 PPISMP, InsyaAllah saya akan dapat menerangkan kepada anda semua dengan pengetahuan yang telah sedia saya ada. Akan tetapi, disebabkan masalah pembayaran elaun ini merupakan masalah pembayaran elaun yang pertama saya hadapi setelah kenaikan elaun mula berkuatkuasa Mac lalu, saya kurang arif mengenainya dan perlu merujuk kepada pekeliling yang dikeluarkan mengenainya. Sebarang maklumat kami akan maklumkan semula dari masa ke semasa..YDP : )
Masjid IPIS mesra OKU
Tahniah kepada pihak pengurusan masjid As-Syafie diatas keprihatinan anda semua berkenaan dengan kehidupan OKU. Baru2 ini satu pengubahsuaian telahpun dilakukan ditangga2 masjid As-Syafie dalam memastikan OKU yang datang berjemaah akan dapat berjemaah bersama dengan jemaah yang lain di ruang solat atas masjid. Keadaan yang berlaku sebelum ini, menjadi kesukaran kepada OKU untuk berjemaah bersama dengan jemaah yang lain lantaran disebabkan keadaan tangga masjid yang sukar untuk di gunakan oleh golongan ini.Sekalung tahniah dari kami pihak JPP kepada pihak pengurusan masjid yang diketuai oleh yang berbahagia pengarah dan timbalan yang amat prihatin dengan situasi tersebut...YDP : )