Friday, October 31, 2008

Maklumat dan Peristiwa

Tahniah di atas kejayaan

Tahniah di atas kejayaan anda dari kami JPP 08/09 buat anda semua peserta-peserta MTTHQ yang menyertai pertandingan di IPTAA pada bulan Oktober yang lalu. Kejayaan anda tidak ternilai harganya. Tahniah buat Hakim ( no 3 Tilawah al-Quran ), Hafizul ( Johan Tafsir) dan Kak Zah ( Johan Hafazan Perempuan ) di atas kejayaan anda yang cemerlang. Untuk makluman semua, walaupun tidak semua peserta mendapat tempat, namun peserta kita berjaya menduduki tempat sepuluh teratas dari peserta IPG2 yang lain. Tahniah dari kami JPP IPIS 08/09. YDP ..

Semoga Berjaya

PERBAYU IPIS sekali menaburkan baktinya pada IPIS dengan menghantar peserta dari unit pantun PERBAYU bagi mewakili IPIS ke pertandingan pantun antara IPG yang berlansung di IPG2 sekitar kawasan Kuala Lumpur. Saya dimaklumkan, pertandingan diadakan di merata tempat, antaranya di IPIK dan di pusat2 pengajian di kawasan berhampiran. Setakat ini dimaklumkan pertandingan peringkat akhir akan berlansung di IPBMM. Peserta yang mewakili IPIS pada kali ini ialah Saudara Ikmal ( PISMP IPGM 2.06 ),Saudari Aishah (PPISMP 3. 07), Saudari Atikah (PPISMP 3. 07) dan Saudari Nurul Aini (PPISMP 3. 07). Pertandingan tersebut berlansung pada 28 / 10 / 08 – 2 / 11 / 08. Kepada sesiapa yang mempunyai masa yang terluang bolehlah pergi memberi sokongan. Kalau tidak dapat sekalipun, mesej2lah mereka untuk bertanyakan khabar, sekurang-kurangnya mesej kita itu dapat menyuntik semangat dalam diri mereka untuk menghadapi lawan. Tahniah dan syabas dari kami JPP 08/09 kepada PERBAYU umumnya dan kepada peserta khasnya di atas semangat anda di dalam mengharumkan nama IPIS di peringkat nasional..YDP..

Keselamatan anda dijaga

Pada 18 / 10 / 08 yang lalu, Saudara Hadi, Zaihan dan Yazid telah membuat laporan di sebuah Balai BOMBA berkenaan dengan sebuah sarang tebuan yang semakin hari semakin membesar pada sebatang pokok berdekatan dengan gelanggang permainan blok B. Hasil dari laporan tersebut, pihak BOMBA telah membuat tindakan serta merta dengan mengarah satu unit pasukannya ke IPIS pada malam itu juga. Maka pada malam tamatlah riwayat sebuah empayar tebuan di IPIS. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat. Tanpa kerjasama dan keprihatinan semua, mungkin hingga ke hari ini tebuan tersebut masih lagi giat membina empayarnya. Tahniah dan syabas pada anda semua..YDP ...

Berita Gembira dari Pentadbiran

Alhamdulillah, pada minggu yang lalu dengan kesempatan yang ada, wakil pihak JPP telah mengadakan pertemuan ringkas dengan pengarah IPIS berkenaan dengan beberapa isu, antaranya ialah kafe. Pengarah IPIS telah memberikan perkhabaran gembira tentang kafe, mahupun demikian segalanya masih belum dapat ditetapkan secara pasti setakat ini. InsyaAllah tindakan susulan akan sentiasa dilakukan oleh pihak JPP dengan setakat yang termampu. InsyaAllah, sama-sama kita doakan.

Selamat Menghadapi Peperiksaan

Selamat menghadapi peperiksaan buat semua warga IPIS kami ucapkan. Semoga kejayaan cemerlang menanti anda. Buat adik-adik PPISMP sem 3, bersedialah untuk menghadapi peperiksaan tersebut dengan sebaik-baik persediaan. Satu cabaran buat anda, seluruh IPGM di Malaysia pernah digemparkan dengan keputusan cemerlang pelajar PPISMP semester 3 generasi pertama pada suatu ketika dulu berbanding dengan IPG2 lain seluruh Malaysia. Pastikan kejayaan anda lebih cemerlang berbanding tahun-tahun sebelumnya. Buat kursus2 yang lain, cabaran yang sama juga ditujukan kepada anda..Semoga anda dapat melalui minggu-minggu peperiksaan dengan hati yang tenang...YDP..

0 comments: