Monday, October 20, 2008

Elaun...ARRRGGGHHH....

Assalamualaikum....
Kadang2...Tet..tet...
Kadang2...Bunyi kaca pecah...praaannngggg
kadang2...bunyi lagu raya pun ada...hai selamat hari raya...
hmmm...mcm2 ada...

apa tue sebenarnya...rupa2nya bunyi mesej..mesej siapa ek?...msj YDP laaa..
Bunyi isi mesej tersebut lebih kurang begini..."salam,a.pdod..mintak maaf mengganggu,elaun tunggakan bulan sepuluh bila masuk yea?ramai yang dah tanya,saya pun dah kekeringan ni..hehe"

Sedikit penjelasan...
Wahai adik2ku sekalian, ingatkah kalian tentang tulisan ku yang terakhir berkenaan sebelum cuti raya yang lalu???harap anda semua jelas dengan bait2 ayat yang telah ku karang.

HAri demi hari setelah tamatnya praktikum,aku sentiasa melawati pejabat am sedang pada masa itu kawan2 kadang2 berada dalam kelas studi final exam..
Kerjaku ialah..bertegur sapa dengan kak izwah liza berkenaan elaun anda.
Jawapan yang ku dapat ialah : "adik elaun tu insyaAllah akan dapat dalam bulan sepuluh jugak cuma kak tak atu bila.."sabar yea...

setiap hari aku mendapat mesej berkenaan elaun,aku pun bingung tentang tindakan yang seterusnya..andai duit itu ditanganku..nescaya akan kutaburkan di depan masjid untuk anda semua nikmati...supaya masjid itu sentiasa penuh dengan jemaah yang inginkan elaun mereka...:)

berbalik pada cerita asal...aku sering kali menggilirkan individu yang berbeza dalam JPP supaya bertanyakan tentang hal yang sama pada individu yang terbabit. Nmun jawapannya tetap sama sedangkan pertanyaan bertalu-talu tanpa jawapan yang menimpa diriku ini...huhu..

Jawapannya....ialah..
aku p jumpa haji sasman tadi, timbalan pengarah di pejabatnya bertanyakan hal ehwal elaun setelah menunggu sekian lama lantaran perjumpaannya dengan akauntan kemeterian pada ketika itu.
Last2...bila dapat masuk ja bilik tu...tengok2 atas meja ada penyata elaun yang perlu ditandatangani untuk melayakkan dihantar kebank..pada fikiranku..itu mungkin yang bulan depan punya...itulah selalunya yang berlaku..
janji haji sasman beliau akan follow up semula tunggakan kita memandangkan beliau dalam keadaan sibuk pada ketika itu dan esok juga beliau tiada di institut melainkan pada lusa sahaja.tapi..janji kak Izwah...dalm bulan sepuluh juga...


Sedikit nasihat...
Dalam profesionku sebagi seorang YDP. Aku tidak boleh menyerang tidak tentu pasal pihak pentadbiran dalam meningkat kebajikan pelajar,namun pada masa yang sama haram bagiku untuk membodek mereka...yang boleh ku buat ialah berhikmah dalam berkomunikasi dengan mereka kerana kebaikan yang lebih banyak terdapat disitu berbanding dengan kekerasan..

Penjelasanku..andainya peristiwa seperti ini berlaku terhadap elaun bulanan anda, sedikit ketegasan akan aku gunakan..namun sebaliknya hal ini berlaku pada elaun tunggakan anda sedang elaun bulanan anda selama ini tepat pada masanya..fikirkanlah,pada tahun depan tidak ada elaun tunggakan lagi..berjimat cermatlah..tahun2 berikutnya ialah tahun2 yang kritikal bagi anda semua..

Assalamualaikum..

2 comments:

JPP@IPIS said...

nie kes dh byk blanje time raye la kot..
haih..
len kali beringat sblom kena..
huhuhu
^_^

Mustakim Ahmad said...

tu la kan..kalo nak dihitung setiap bulan dapat tunggakan..tapi kenapa masih merungut lagi xckp duit...dengar guruh di langit..air di tempayan dicurahkan...sama la dgn aku