Wednesday, December 31, 2008

berita gembira

alhamdulillah, akhirnya doa anda semua warga IPIS dimakbulkan oleh Allah S.W.T berkat tahun baru islam 1430 ini. baru2 ini pihak JPP mendapat berita gembira dari pihak pentadbiran berkenaan dengan pertukaran tender kafe ipis. telah dimaklumkan bahawasanya tander kafe IPIS telah bertukar kepada syarikat yang baru. namun pihak JPP belum mendapat kepastian sepenuhnya berkenaan perkara ini. memandangkan JPP pun masih bercuti seperti anda semua, segalanya akan dipastikan semula pada awal semester tahun hadapan. sama2lah kita nantikan tander baru yang lebih cemerlang dan gemilang...ydp

Takziah…

Cuti penghujung tahun ini kita semua telah digemparkan dengan beberapa peristiwa kematian waris2 dan individu yang agak hampir dengan kita. Permulaan cuti yang lalu nenek kepada saudara Yasir telah kembali ke rahmatullah. Kemudian pada pertengahan cuti kita semua warga pendidik seluruh negara dikejutkan berita kematian mengejut Timbalan Menteri Pelajaran yang kita sayangi semua, Dato’ Razali Ismail juga merangkap Ahli Parlimen Kuala Terengganu. Seterusnya , berita kematian ibu kepada salah seorang sahabat kita dari PISMP Pra Sekolah, Saudari Aimi binti Kamis pada 13 Disember yang lalu. Dan yang terakhir setakat ini ialah berita kematian ayahanda kepada salah seorang adik ppismp sem 1 kelas KS yang menetap di Merlimau Melaka. Takziah kami ucapkan dari pihak JPP.

Sahabat-sahabat sekalian..

Untuk ingatan semula kepada anda supaya tidak terlupa..bagi kes-kes kematian waris terdekat, Anda layak ntuk mendapat sumbangan dari Tabung Kebajikan JPP iaitu dari duit anda sendiri. Selain itu, tahukah anda semua tentang kewujudan satu lagi badan kebajikan di IPIS?Sekiranya ada pelajar an yang kematian ibu atau bapanya, anda layak untuk mendapat sumbangan tersebut. Caranya tidak susah, pelajar itu sendiri hanya perlu berjumpa dengan Puan Suraya Adam di Jabatan Ilmu Pendidikan untuk melaporkan tentang berita kematian tersebut dan sumbangan akan diberikan terus kepada anda. Harus diingat, pelajar itu sendiri harus berjumpa dengan pensyarah berkenaan, wakil tidak akan dilayan bagi mengelakkan unsure penipuan. Bagi pelajar yang mengalami kematian ibu atau ayahnya jangan malu atau segan, wang itu adalah hak anda. Bagi pimpinan-pimpinan pelajar samada ketua batch, ketu kuliah ataupun mana-mana pengerusi persatuan, peka lah tentang keadaan, sakit demam atau sebarang berita kematian yang melibatkan waris ahli-ahli anda. Sekiranya anda mendapat tahu kes2 seperti yang telah disebutkan tadi, laporlah kepada biro kebajikan atau kepada mana2 ahli JPP supaya tindakan lanjut dapat diambil...YDP..

Catatan :

- Semua ketua kuliah telah dimaklumkan tentang hal diatas di dalam beberapa siri perjumpaan
JPP dengan ketua kuliah sebelum cuti penggal yang lalu.

- Perhatian kepada semua pimpinan pelajar, sila pungut data tentang keadaan anak buah anda
sekiranya mereka mengalami sebarang kecelakaan semasa cuti dan laporkan kepada JPP
dengan kadar segera selepas cuti nanti. Anda juga boleh memaklumkan terus kepada exco
kebajikan dan YDP sendiri melalui sms semasa cuti ini bagi mengelakkan keciciran di masa
akan datang...

Perhatian buat semua sem 3.sebarkan.

Isu panas buat sem 3 sekarang ialah berkenaan dengan penempatan anda semua dan surat tawaran yang masih belum kunjung tiba..

Minggu lepas saya telah mendapat khabar berita berkenaan pertukaran penempatan pelajar dari salah seorang pelajar senior yang lain yang kebetulan pulang ke IPIS untuk menguruskan tentang beberapa perkara. Semasa perjumpaan beliau dengan Tn Pengarah IPIs, beliau telah dimaklumkan bahawa terdapat tiga kursus(pra, ks dan pj ) yang bakal berpindah ke IPIk dan menurut beliau (pelajar senior) lagi kenyataan ini turut disahkan oleh Pegawai bahagian Peperiksaan IPIs. Beliau terus menghubungi saya supaya tindakan segera dapat diambil.

Semua pegawai HEP telahpun dirujuk dan tiada seorang pun yang tahu melainkan Ketua Jabatan sahaja. Saya juga turut berhubung dengan ketua dan penolong batch anda dan juga dengan pelajar semester tiga yang lain. Menurut seorang pelajar sem 3 (namanya dirahsiakan) beliau telah berhubung dengan pensyarah atau tutor dari jabatan yang berkenaan. Namun, pensyarah tersebut mempertikaikan dan berjanji akan memaklumkan semula kepada pelajar terbabit sekiranya mendapat maklumat yang terbaru.

Sehingga jam 10 tadi, saya telah berhubung dengan ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan maklumat yang saya peolehi ialah hanya kelas PJ sahaja yang terlibat dengan pertukaran tersebut dan pihak HEP akan membuat kepastian semual tengahari nanti dan hanya menunggu senarai nama dari pihak BPG.

Sejurus kemudian, saya menerima satu mesej dari seorang pelajar senior yang kebetulan sedang berada di IPis yang berjumpa dengan Timbalan Pengarah dan maklumat yang sama turut diperolehi.

Akhirnya sehingga jam 12.30 tengahari tadi, saya mendapat panggilan daripada pihak HEP IPIs dan maklumat yang diperolehi dari pegawai BPG setakat ini ialah ..TIADA KELAS ATAUPUN KURSUS YANG AKAN BERPINDAH KE MANA2 IPG LAIN ..SETAKAT INI..SETAKAT INI..harap jelas dengan pernyataan ini. Sebarang spekulasi baru @ khabar angin baru perlu dirujuk segera kepada JPP agar JPP tidak dipersalahkan nanti. Individu yang bertanggungjawab yang memberi maklumat tersebut ialah Pn Norzamzamizah bt Mohd Nor. Pegawai BPG .

Sebarang perubahan boleh berlaku pada bila2 masa. Diharapkan kepada semua pelajar sem3 agar sentiasa bersedia kerana perkara yang sama telah terlebih dahulu berlaku kepada kami bahkan lebih teruk lagi. Surat tawaran pernah kami cari sendiri di pejabat HEP pada pagi pendaftaran dan saya sendiri pernah mencari di bilik bungkusan pejabat pos daerah YAN untuk mendapatkan surat tawaran sebelum bertolak ke IPIS dengan menaiki bas. Alhamdulillah, sekurang2nya kebanyakan perkara telahpun melalui penambahbaikan.

Semua khabar angin ataupun berita dari pihak atasan sebenarnya perkara atau isu yang dibincangkan di dalam mesyuarat pengarah dan timbalan pengarah di BPG dan telah diberitahu kepada anda dan konon-kononnya telah diputuskan di dalam mesyuarat tersebut. Akan tetapi, pada hakikatnya perubahan sememangnya akan berlaku pada bila2 masa dan kadang2 HEP mendapat maklumat terlebih dahulu dan dalam sesetengah perkara, situasi yang berbeza berlaku apabila pihak pengarah dan timbalan akan mendapat maklumat terlebih dahulu. Kita sebagai pelajar seharusnya bertindak bijak dan bergerak melalui saluran yang sedia ada yang telah anda semua persetujui..melainkanlah anda semua tidak setuju dengan saluran tersebut dan mahu bertindak sendiri.

Jadi..sebarang maklumat harap disampaikan kepada kami dengan segera supaya kami dapat melakukan tugas sepertimana yang telah anda semua amanahkan pada kami. Terima kasih kepada rakyat2 jelata yang memahami tugas kami dan sentiasa menyalurkan maklumat penting kepada kami. Kami JPP memohon kemaafan sekiranya perkhidmatan kami tidak memenuhi piawai yang anda inginkan. Walaubagaimanapun, kami cuba lakukan yang terbaik buat anda semua..

..yang benar..ydp..

Catatan yang perlu diambil perhatian oleh semua :

- Maaf di atas penggunaan istilah "saya".seolah2 blog peribadi bukan seperti blog rasmi organisasi.
- Terima kasih di atas maklumat adik2 sem3 yang rapat dengan Timbalan Pengarah yang sentiasa berhubung dengannya dan sentiasa menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak JPP. Harap sebarang maklumat dapat disalurkan terus supaya kawan2 kita yang lain tidak keliru dengan kenyataan yang pelbagai.
- Saya ( YDP ) setakat ini, masih belum berurusan secara lansung dengan Timbalan Pengarah berkenaan dengan isu penempatan anda ini. Cara saya bekerja, ialah saya cuba mendapatkan maklumat melalui saluran yang mengikut peringkat yang sepatutnya dahulu. Sekiranya gagal, barulah saya akan berhubung dengan pihak atasan yang lebih tinggi. Bagi saya, tidak beradab namanya sekiranya kita melangkaui sesetengah pihak dan ianya akan menimbulkan suasana negatif kelak kerana sesuatu pihak akan dianggap tidak berusaha menyelesaikan sesuatu perkara yang sememangnya tugas mereka. Sekiranya ada perkara penting yang perlu diselesaikan dengan pihak pentadbiran tertinggi, saya lebih suka berhadapan dan bersemuka kerana itulah cara yang lebih baik bagi saya kerana pengalaman telah mengajar saya. Sekiranya saya mempunyai ikatan persaudaraan dengan beliau, sudah semestinya saya tidak akan teragak2 untuk menghubungi beliau melalui telefon atau mesej pada bila2 masa untuk menyelesaikan tentang banyak perkara anda semua. Bercakap tentang sesuatu perkara di luar organisasi memang mudah melainkan setelah anda memikul tanggungjawab di dalam organisasi tersebut. Maaf sekiranya cara saya tidak sesuai dengan anda semua@anda tidak setuju dengan cara saya.
Harap maaf..

surat tawaran...

Kepada yang berkenaan
Saudara / saudari,
PENDAFTARAN TAHUN PERTAMA POGRAM IJAZAH MUDA PERGURUAN BAGI PELAJAR PISMP AMBILAN JANUARI 2009
Merujuk kepada perkara diatas,

2. sukacita pihak institut mengucapkan tahniah kepada saudara/ saudari kerana ditawarkan mengikuti kursus berkenaan. Sehubungan dengan itu saudara / saudari dikehendaki melaporkan diri di asrama institut Perguruan Islam ssebagaimana butiran berikut:
Tarikh : 11 januari 2009(Ahad)
Masa : 2.00 – 5.00 petang
Tempat : Blok C Asrama Siti Khadijah IPIS
3. semua pelajar akan memulakan kuliah mulai 12 januari 2009(isnin) jam 7.30 pagi. Tiada minggu orientasi.
Sekian , “Selamat Datang Dan Selamat Berkursus”. Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,

(DATIN SITI ZABEDAH BINTI OTHMAN)
b.p Pengarah
Institut Perguruan Islaam Selangor.
s.k 1. penyalaras PISMP
2. penyelia asrama
3. fail timbul

Tuesday, December 30, 2008

PANAASSS..Untuk Renungan..dan Sebarkan..

Asmara guru pelatih

Oleh Azlan Hafeedz
am@hmetro.com.my


Gadis yang ditangkap khalwat dengan pasangannya, semalam."

SOAL...Ahmad Syukri (kanan) mengambil keterangan daripada
gadis yang ditangkap khalwat dengan pasangannya, semalam.

PASIR PUTEH: Gara-gara terlalu merindui teman wanitanya, seorang lelaki datang ke negeri ini dengan menaiki bas ekspres sejauh kira-kira 600 kilometer (km) sebelum mereka berdua bersepakat untuk bermalam selama dua hari di sebuah chalet di Tok Bali, dekat sini.

Namun, perbuatan pasangan kekasih itu terbongkar apabila mereka dicekup oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Pasir Puteh, kira-kira jam 3.45 pagi semalam ketika mereka tidur dalam sebuah daripada dua bilik yang disewa di chalet terbabit.

Lebih memalukan pasangan kekasih terbabit yang juga guru pelatih dari sebuah maktab perguruan sama di Johor, tetapi berlainan kursus itu ditangkap ketika umat Islam beribadat sempena kedatangan Awal Muharam.

Berikutan itu, ibu bapa kepada gadis berusia 18 tahun itu menangis di hadapan kakitangan penguat kuasa agama akibat terlalu malu, selain kecewa kerana ditipu ‘hidup-hidup’ anak mereka sendiri kononnya hendak bermalam di rumah kawan sekolah lama.




Difahamkan, sebelum dicekup, lelaki berusia 19 tahun serta berasal dari Pahang itu dikatakan menaiki bas dari Johor, semata-mata ingin berjumpa dengan kekasihnya yang tinggal di Machang.


Malah, gadis terbabit turut menjemput teman lelakinya di bandar Tanah Merah, kira-kira 20km dari rumahnya di Machang, jam 6.30 pagi dengan motosikal sebelum mereka berdua berpakat untuk menginap di Tok Bali.

Penolong Pegawai Penguat Kuasa JHEAIK Pasir Puteh, Ahmad Syukri Abdul Ghani, berkata hasil maklumat orang ramai, beliau bersama empat kakitangan termasuk seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) bergegas ke chalet itu.

Katanya, hasil pemeriksaan, pihaknya mendapati lelaki terbabit menempah dua bilik berasingan bagi mengelakkan kegiatannya itu dihidu pihak berkuasa.

“Hasil tinjauan mendapati satu daripada bilik yang ditempah mereka dalam keadaan cerah manakala satu lagi, hanya lampu di bahagian bilik air dinyalakan.

“Tanpa membuang masa, saya dan beberapa kakitangan melakukan pemeriksaan terhadap bilik itu sebelum seorang gadis berpakaian lengkap membuka pintu sebaik pintu diketuk dan memperkenalkan diri,” katanya.

Menurutnya, gadis berkenaan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak JHEAIK dan hasil pemeriksaan selanjutnya mendapati seorang lelaki dipercayai teman lelakinya sedang tidur tanpa menyedari kehadiran pihak berkuasa agama.

“Sebaik dia dikejutkan sebelum pihak kami memperkenalkan diri, lelaki terbabit terus menggigil ketakutan sebelum dia memberi pelbagai alasan bagi mengelakkan dirinya dicekup,” katanya...


Disiarkan kembali oleh...YDP..

MAAL HIJRAH..

Kami barisan JPP 08/09 mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Islam yang ke 1430h kepada semua muslimin muslimat semalaysia amnya dan kepada semua warga IPIS khususnya . Semoga tahun-tahun yang akan datang lebih baik dari tahun yang sebelumnya..: )

Thursday, December 04, 2008

makluman..

perhatian kepada semua warga IPIS..
Dukacita dimaklumkan kepada anda semua..pihak JPP memohon beribu kemaafan kepada anda semua diatas kelewatan elaun anda semua pada bulan ini. Pihak JPP telah pun menghubungi pihak kewangan, HEP mahupun pihak pentadbiran yang tertinggi IPIS berkenaan perkara ini. Malangnya jawapan yang kami terima adalah negatif semenjak penghujung bulan november yang lalu lagi. Jawapan yang kami perolehi dari pihak IPIS ialah masalah berlaku di pihak Bahagian Kewangan KPM bukannya dari pihak kewangan IPIS. Apapun segala maklumat berkenaan dengan elaun, kami telah dan akan sentiasa berhubung terus dengan wakil2 batch yang telah anda semua lantik.rujuk lah mereka dari masa ke semasa. sekiranya masih lagi kurang jelas atau keliru, boleh menghubungi terus saudara YDP. InsyaAllah. follow up akan dilakukan dari masa ke semasa dan siasatan dari pihak JPP akan dilakukan sedaya mungkin..
Sekali lagi, Jutaan Kemaafan dari kami pihak JPP 08/09..YDP : (

Thursday, November 20, 2008

3,854 guru j-QAF terima diploma perguruan



KUMPULAN ketiga seramai 3,854 guru Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah j-QAF ambilan Januari 2007 menerima diploma pendidikan masing-masing pada majlis konvokesyen yang berlangsung di Putrajaya bermula 18 hingga 20 November. 

Daripada jumlah itu, 89 graduan dari 26 institut pendidikan guru (IPG) seluruh negara dipilih sebagai penerima Anugerah Graduan Terbaik majlis kali ini.
 

Sidang pertama konvokesyen disempurnakan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran, Abd Rashid Ngah yang turut menyampaikan Anugerah Graduan Terbaik kepada 13 pelajar dari lima IPG.

Berucap pada majlis itu, Abd Rashid, berkata guru j-QAF perlu bersedia memikul tanggungjawab mendidik anak bangsa agar menjadi masyarakat berguna, berdaya saing dan mampu menjadi ejen perubahan sosial ke arah pembentukan masyarakat Islam terpuji. 

Katanya, kesediaan dan kemampuan guru itu mampu merealisasikan Falsafah Pendidikan Islam secara berkesan, selain meningkatkan potensi diri menerusi pemilikan ilmu pengetahuan, sahsiah baik dan berketerampilan. 

“Pendidik yang berkualiti adalah mereka yang membudaya dan memakmurkan ilmu dengan mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat.

“Malah, mereka juga perlu meningkatkan kualiti pengajaran agar pembelajaran murid menjadi lebih menarik dan menyeronokkan sehingga mereka menguasai tulisan jawi dan bahasa Arab, malah mengkaji rahsia al-Quran, selain menjadikan fardu ain sebagai pegangan hidup,” katanya. 

Sementara itu, penerima Graduan Terbaik Kokurikulum dari Institut Perguruan Keningau, Sabah, Rizaimi Razak, berkata cabaran mengajar di luar bandar menguatkan azamnya untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai pendidik.
 

“Tidak dinafikan pelajar di kalangan keluarga berpendapatan rendah sukar berubah.
 

“Saya ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kebatu, Beufort dan kebanyakan pelajarnya terdiri daripada kaum Bisayah yang boleh dikategorikan sebagai lemah pengetahuan agama Islam.

“Di sinilah kesabaran dan tanggungjawab saya diuji, namun saya berazam untuk memberi perkhidmatan terbaik bagi memperbaiki kelemahan dan meningkatkan pengetahuan anak didik agar lebih cemerlang,” katanya. 

Sementara itu, penuntut Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia, Norhaslida Khalid terpilih menerima Anugerah Terbaik Keseluruhan dan Akademik.
 

Norhaslida yang kini menantikan kelahiran anak kedua mengakui sukar untuk melakukan dua kerja pada satu masa tetapi bersyukur kerana berjaya mengharunginya.
 

“Pengorbanan suami membantu menguruskan rumah tangga memberi peluang kepada saya untuk melanjutkan pelajaran dan memperoleh keputusan cemerlang,” katanya yang bertugas di SK Bangsar, Kuala Lumpur.

Dipetik dari BH 20/11/2008

Monday, November 17, 2008

SELAMAT BERCUTI



Kami dipihak JPP IPIS 08/09 mengucapkan selamat bercuti kepada seluruh warga IPGM amnya dan warga IPIS khususnya serta seluruh warga pendidik di seluruh negara bermula 15 Nov 2008 hingga 4 Jan 2009. Semoga cuti ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Sunday, November 02, 2008

Makluman Penting

Perhatian Kepada Semua Calon-calon Pilihanraya JPP IPIS 08/09 berikut:
  1. Ahmad Fikri b Zulkifli-Exco Seranta & Teknologi
  2. Abdul Hadi b Ahmad Sazili- Exco Kebajikan
  3. Ahmad Munsif b Ismail -Exco Dakwah & Kerohanian
  4. Muhammad Yasir b Zainal Abidin -NYDP
  5. Muhammad Amiruddin Husain
  6. Mohamad Yazid b Ahmad -Exco Ekonomi
  7. Ahmad Hafidz b Ahmad Hilmi
  8. Fadhlan Syahidi b Khairullah
  9. Mohd Khairul Azuan b Abdullah
  10. Muhammad b Mustafa -Exco Pengurusan Masjid
  11. Muhammad Fahmi b Mohd Isa -Bendahari Kehormat
  12. Mohd Zaki b Mohamed Som -N. Exco Pengurusan Masjid
  13. Mohd Fudail b Abdul Razak
  14. Muslihah bt Zaki -N. Bendahari Kehormat
  15. Ain Naziha bt Abdul Majid@Ahmad -N. Exco Kolej Kediaman
  16. Siti Mariam bt Mohd Yusof -N. Exco Kebajikan
  17. Eliza Dora bt Abdul Halim -N. Exco Seranta & Teknologi
  18. Razlinda bt Azlan -N. Exco Sukan & Kebudayaan
  19. Zarifah bt Zulkifli
  20. Wan Faliza Siti Rohani W Mamat
  21. Siti Mardhiyah bt Mansor
  22. Nur Syakirah bt Zakaria -N. Exco Penerbitan
  23. Norfarahin bt Mohd Zamri -Exco Penerbitan
  24. Asiah Fadhilah bt Hasnan
  25. Nurul Safiyah bt Muhammad
  26. Nurul Ain bt Mohamad Roslan
  27. Nor Hidayah bt Jusoh
  28. Nurul Hazirah bt Mustafa
  29. Nurul Izzatie bt Mohd Rashid
  30. Hanann bt Mohd Nasurdin -N. Exco Helwi
  31. Aina Farhanah bt Ghazali -N. Exco Ekonomi
  32. Nur Rihazrin bt Rahman
  33. Asitah bt Abdullah Suhaimi
  34. Nurul Sakinah Mawaddah
  35. Siti Hajar bt Musa
  36. Riza Nazira bt Mohd Sabri
  37. Nurhazwani bt Raduan
  38. Siti Aisyah bt Zakaria
  39. Nor Izura bt Mohd Salleh@Elias -Perwakilan KPLI
Sila Hubungi Muhammad Faiz Abdul Razak S/U JPP (0196413817) dengan segera untuk menuntut wang cagaran pilihanraya berjumlah RM 10.

Salam sayang pada semua rakyat IPIS

Assalamualaikum..

Maaf di atas segala kesulitan yang anda semua hadapi. Ingin difahamkan disini, kerja kami ialah melaksanakan tanggungjawab yang anda semua telah berikan kepada kami. Segala makluman yang ada di ruangan adalah sekadar makluman kepada semua. Seringkali di ingatkan di ruangan ini
( sila semak semula tulisan2 yang sebelum ini ) tentang persediaan yang perlu anda lakukan. Sepatutnya minyak hitam anda tidak dapat ditukar lantaran kelambatan tunggakan elaun tidak seharusnya berlaku kerana kita telah dibekalkan dengan wang yang sepatutnya pada tarikh yang telah ditetapkan dulu. Saya membayangkan pelajar2 IPIS adalah pelajar yang matang dan bijak dalam menguruskan wang dan sememangnya anda semua begitu.
Ruangan ini berperanan untuk menyampaikan segala pergerakan yang JPP tahu berkenaan elaun anda. Bagi yang menaruh harapan yang terlalu tinggi, kami mohon maaf yang tidak terhingga kerana harapan anda tidak menjadi kenyataan.
Bukan kami ingin menafikan hak anda di dalam tungggakan tersebut, cuma kami harap anda dapat bezakan tentang situasi dan kedudukan antara tunggakan dan elaun bulanan.

Rakyat2 IPIS yang aku sayangi sekalian..

Cuba anda bayangkan sekiranya maklumat berkenaan elaun anda tidak anda semua ketahui dan hanya mendengar melalui mulut2 kawan, mulut2 HEP dan melalui khabar2 angin sahaja. Mesti ada yang tak makan seminggu ataupun dah jadi arwah..dan yang paling penting, mesti JPP akan dianggap makan tidur sahaja..itu lah sebabnya saya sentiasa memaklumkan apa sahaja maklumat yang diketahui agar persediaan dapat dilakukan dan pergerakan demi pergerakan dalam pengurusan elaun dapat diketahui..Jutaan maaf dipinta seandainya ayat2 yang saya karangi selama ini menjadikan anda semua terlalu berharap sedangkan bagi saya itu hanya maklumat yang ingin saya sampaikan. Mungkin saya akan berhempas pulas mencipta kaedah baru supaya maklumat akan tetap dapat disampaikan dalam pada masa yang sama harapan tidak diletakkan lansung terhadap pernyataan tersebut..InsyaAllah, saya akan cuba..

Siapa yang harus dipersalahkan..? JPP, HEP, Pegawai Elaun, Pengarah, Timbalan, KPM, Menteri Pelajaran, PM @ diri sendiri ??

Jadilah guru yang bijak menguruskan wang..andai anda rasa berkelayakan dan mampu melakukan tugas dengan lebih sempurna, demi kebajikan rakyat IPIs..khidmat orang seperti anda sememangnya amat2 diperlukan di dalam kabinet JPP akan datang..Amat dialu2kan..Cuma satu pesanan..peperiksaan,kehadiran penuh sepanjang tahun dan komitmen terhadap kawan2 mungkin sedikit terpaksa dikorbankan andai tersalah percaturan..dan yang paling penting..bersedia menghadapi mehnah dan trebulasi dengan senyuman seperti yang saya sedang lakukan sekarang..: )..selamat menghadapi peperiksaan dan terima kasih di atas penghargaan anda yang mencurah-curah dalam isu elaun ini..YDP..

Friday, October 31, 2008

Elaun anda

Berkenaan dengan elaun..

Tunggakan anda telah pun diuruskan semenjak dari awal bulan 10 yang lalu. Akan tetapi menurut makluman yang saya perolehi dari pegawai bahagian kewangan IPIS menyatakan kelambatan berlaku disebabkan oleh pengurusan di bahagian kewangan kementerian pendidikan yang menggantung urusan tuntutan tunggakan pada kali ini dan menolaknya pada saat akhir. Alasannya ialah ketiadaan peruntukan yang mencukupi. Lantaran daripada itu, pegawai elaun IPIS dengan serta merta telahpun menghantar semula tuntutan tunggakan tersebut dan menurut maklumat yang saya dapati semalam ( khamis - 30, 10, 08 ) setakat ini tiada masalah yang berlaku dan sekiranya tiada apa2 halangan Insyaallah ianya akan menjadi milik anda dalam jangka masa yang terdekat. Berkenaan dengan bulan 10,11,12. InsyaAllah telahpun diuruskan dan menurut pegawai tersebut lagi, jenguk2lah mesin ATM Bandar Baru Bangi pada petang Rabu depan ataupun selewat-lewatnya hari khamis. Andaikata pada hari tersebut masih lagi tidak masuk, Insyaallah kami JPP akan melakukan tindakan susulan sertamerta walaupun sedang melalui minggu2 peperiksaan.

Berkenaan elaun PBS dan Praktikum 2008, masih belum diuruskan dan Insyaallah akan dapat bulan 11 ini juga menurut seperti yang dijanjikan..

Komen saya terhadap elaun tunggakan kali ini..saya ada mendengar ura-ura bahawasanya elaun tersebut masih lagi menjadi tandantanya di sesetengah IPG dan ada yang mengatakan tunggakan tersebut tidak seharusnya dapat dan harus dikembalikan semula..Mungkin itulah juga antara sebabnya kita mungkin mendapat tempias dari kes tersebut yang menyebabkan tunggakan kali ini lambat dari selalu. Saya pernah katakan dulu, kalau tunggakan masih lagi boleh berlembut, kalau bulanan InsyaAllah, kami tidak akan berdiam diri..bergerak dengan sokongan anda..YDP..

Elaun sem 3

Untuk makluman, elaun sem 3 akan dibayar seperti biasa dan sehingga 14. 11. 08 sahaja. Jangan bimbang dan cepat melatah, saya tidak sempat untuk coretkan kisahnya disini..Buat masa ini, sila dapatkan maklumat dari ketua batch anda. Maklumat dari saya akan terus sampai padanya..saya akan ceritakan disini pada lain masa, harap faham..YDP

Maklumat dan Peristiwa

Tahniah di atas kejayaan

Tahniah di atas kejayaan anda dari kami JPP 08/09 buat anda semua peserta-peserta MTTHQ yang menyertai pertandingan di IPTAA pada bulan Oktober yang lalu. Kejayaan anda tidak ternilai harganya. Tahniah buat Hakim ( no 3 Tilawah al-Quran ), Hafizul ( Johan Tafsir) dan Kak Zah ( Johan Hafazan Perempuan ) di atas kejayaan anda yang cemerlang. Untuk makluman semua, walaupun tidak semua peserta mendapat tempat, namun peserta kita berjaya menduduki tempat sepuluh teratas dari peserta IPG2 yang lain. Tahniah dari kami JPP IPIS 08/09. YDP ..

Semoga Berjaya

PERBAYU IPIS sekali menaburkan baktinya pada IPIS dengan menghantar peserta dari unit pantun PERBAYU bagi mewakili IPIS ke pertandingan pantun antara IPG yang berlansung di IPG2 sekitar kawasan Kuala Lumpur. Saya dimaklumkan, pertandingan diadakan di merata tempat, antaranya di IPIK dan di pusat2 pengajian di kawasan berhampiran. Setakat ini dimaklumkan pertandingan peringkat akhir akan berlansung di IPBMM. Peserta yang mewakili IPIS pada kali ini ialah Saudara Ikmal ( PISMP IPGM 2.06 ),Saudari Aishah (PPISMP 3. 07), Saudari Atikah (PPISMP 3. 07) dan Saudari Nurul Aini (PPISMP 3. 07). Pertandingan tersebut berlansung pada 28 / 10 / 08 – 2 / 11 / 08. Kepada sesiapa yang mempunyai masa yang terluang bolehlah pergi memberi sokongan. Kalau tidak dapat sekalipun, mesej2lah mereka untuk bertanyakan khabar, sekurang-kurangnya mesej kita itu dapat menyuntik semangat dalam diri mereka untuk menghadapi lawan. Tahniah dan syabas dari kami JPP 08/09 kepada PERBAYU umumnya dan kepada peserta khasnya di atas semangat anda di dalam mengharumkan nama IPIS di peringkat nasional..YDP..

Keselamatan anda dijaga

Pada 18 / 10 / 08 yang lalu, Saudara Hadi, Zaihan dan Yazid telah membuat laporan di sebuah Balai BOMBA berkenaan dengan sebuah sarang tebuan yang semakin hari semakin membesar pada sebatang pokok berdekatan dengan gelanggang permainan blok B. Hasil dari laporan tersebut, pihak BOMBA telah membuat tindakan serta merta dengan mengarah satu unit pasukannya ke IPIS pada malam itu juga. Maka pada malam tamatlah riwayat sebuah empayar tebuan di IPIS. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat. Tanpa kerjasama dan keprihatinan semua, mungkin hingga ke hari ini tebuan tersebut masih lagi giat membina empayarnya. Tahniah dan syabas pada anda semua..YDP ...

Berita Gembira dari Pentadbiran

Alhamdulillah, pada minggu yang lalu dengan kesempatan yang ada, wakil pihak JPP telah mengadakan pertemuan ringkas dengan pengarah IPIS berkenaan dengan beberapa isu, antaranya ialah kafe. Pengarah IPIS telah memberikan perkhabaran gembira tentang kafe, mahupun demikian segalanya masih belum dapat ditetapkan secara pasti setakat ini. InsyaAllah tindakan susulan akan sentiasa dilakukan oleh pihak JPP dengan setakat yang termampu. InsyaAllah, sama-sama kita doakan.

Selamat Menghadapi Peperiksaan

Selamat menghadapi peperiksaan buat semua warga IPIS kami ucapkan. Semoga kejayaan cemerlang menanti anda. Buat adik-adik PPISMP sem 3, bersedialah untuk menghadapi peperiksaan tersebut dengan sebaik-baik persediaan. Satu cabaran buat anda, seluruh IPGM di Malaysia pernah digemparkan dengan keputusan cemerlang pelajar PPISMP semester 3 generasi pertama pada suatu ketika dulu berbanding dengan IPG2 lain seluruh Malaysia. Pastikan kejayaan anda lebih cemerlang berbanding tahun-tahun sebelumnya. Buat kursus2 yang lain, cabaran yang sama juga ditujukan kepada anda..Semoga anda dapat melalui minggu-minggu peperiksaan dengan hati yang tenang...YDP..

Friday, October 24, 2008

KEMPEN DERMA DARAH 28 OKTOBER 2008 MASA : 8.30 PAGI - 3.00 PETANG TEMPAT : DEWAN NIK MUHYIDIN MUSA

Assamualaikum w.b.t & selamat sejahtera.............

Kepada semua umat+warga IPIS.......

Kempen derma darah datang lagi....Macam kebiasaannya, IPIS selalu mengadakan Kempen Derma Darah dengan kerjasama drpd Pusat Darah Negara....Kali ni di bawah Biro Kebajikan, kempen ni diadakan sekali lagi...Apa lagi,,jom la ramai2 kita menderma darah... Poster2 pun dah banyak tertampal di dinding2+notice board kt kolej kediaman, masjid, blok pentadbiran..Kt kafe pon ada gak...So pada ssape yg dah baca jangan la buat2 xtau @ xnampak je.. Hehehe.... Sbnarnya banyak kebaikan yg kita boleh dapat dgn menderma darah ni...Yang paling utama kita boleh dpt pahala... Mesti semua nk pahala kn?? Hehehe....So, menderma la ye...Selain dpt pahala, bila menderma kita darah menyelamatkan nyawa orang lain..Menderma darah ni merupakan satu amalan sukarela yang terpuji dan tidak ternilai sumbangannya...Tapi, nak menderma ni kena la ada keinginan & keikhlasan dlm diri
tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak. Ok, mesti ada orang tertanya2... Kenapa lak aku kena derma darah ni?? Xnak la... Saya takut jarum... Saya dah derma la dulu..... Emmmm.... Sebenarnya,,setiap satu unit darah yang kita dermakan dapat menyelamatkan nyawa orang2 berikut :
1. Mangsa Demam Denggi
2. Mangsa kemalangan yang banyak kehilangan darah
3. Ibu-ibu yang mengalami tumpahan darah selepas bersalin
4. Bayi yang memerlukan pertukaran darah
5. Pesakit Talasemia
6. Pesakit Anemia
7. Mangsa kebakaran
8. Pesakit leukemia
9. Pesakit Haemifilia

Haaaa... Kesian kan kt dorang ni..... So kalau nk tolong dorang,,kena la menderma darah Selasa nanti...

Untuk maklumat lanjut,,sila lawati homepage Pusat Darah Negara http://www.pdn.gov.my

Thursday, October 23, 2008

http://penaastanaipis.blogspot.com/


Lawati Laman Blog Rasmi Exco Kolej Kediaman




Tajuk hari ini....NASDEC 08..YDP :)

Perkahwinan Semasa Belajar:

Kebaikan dan keburukannya dalam Pembangunan Pelajar Universiti

Kamarul Azmi Jasmi

Pensyarah

Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial

Universiti Teknologi Malaysia

qamar@utm.my

Budaya perkahwinan semasa belajar di IPT di Amerika mengikut satu kajian telah mencapai angka 34,6% bagi perempuan ketika usia 20-24 dan 21,4% bagi laki-laki dalam usia tersebut. Bahkan ada sesetengah pelajar telah berkahwin seawal usia 18 tahun, namun mereka masih meneruskan pengajian mereka di IPT (Hoffman et.al., 1994). Namun, perkahwinan semasa berada dalam umur belajar ini masih belum diterima dengan baik kepada sebahagian besar masyarakat di Malaysia. Terdapat kajian membuktikan bahawa ada kalangan ibu bapa yang masih belum boleh menerima mahasiswa/i yang ingin berkahwin semasa mereka di IPT (Nor Rashidah Abdul Jamal 2006). Kebaikan dan keburukan berkahwin semasa belajar pada hakikatnya perlu diperincikan situasinya terlebih dahulu sebelum ibu bapa menolak atau menerima kehendak anak- anak mereka yang ingin berkahwin walaupun masih menuntut.

Kebaikan dan Keburukan Berkahwin Semasa Belajar dari Perspektif Islam

Bebanan berkahwin ketika masih lagi belajar sememangnya wujud. Kepada suami kerana perlu menanggung isteri (al-Tahrim 65:7). kepada isteri pula kerana perlu melayan suami (al-Tarmidhi, 1994: 386/2). Kepada kedua-duanya pula apabila si isteri mengandung, melahirkan dan menjaga anak. Dalam masa yang sama, mereka pula terpaksa membahagikan masa untuk belajar yang menyebabkan ada sebahagian mahasiswa/i terlibat terkandas di universiti (Cari Forum, 2007). Hal ini merupakan perkara pokok yang menjadikan sesetengah mahasiswa/i tidak ingin berkahwin dan ibu bapa pula keberatan untuk mengizinkan mereka berkahwin. Perlu dingat bahawa apabila menyebut perkataan kahwin semasa belajar, ibu bapa dan mahasiswa/i perlulah berbalik kepada situasi hukum perkahwinan. Terdapat beberapa hukum dan perkara yang perlu ibu bapa perincikan, iaitu hukum berkahwin bagi mahasiswa/i yang mempunyai keinginan untuk itu, definisi mampu mengawal nafsu dan mampu dalam nafkah. Seorang mahasiswa/i yang ada keinginan untuk berkahwin, maka hukumnya ada tiga. Sunat hukumnya jika mempunyai kemampuan dan mampu mengawal nafsunya. Wajib hukumnya jika mempunyai kemampuan dan tidak mampu mengawal nafsunya. Akhir sekali, makruh hukumnya jika tidak mempunyai kemampuan tetapi tidak boleh mengawal nafsunya (Ramayulis, 2001: 19).

Perkara kedua yang perlu diperhatikan ialah pengertian mampu nafkah untuk berkahwin yang menjadi persoalan utama ibu bapa menghalang anak mereka berkahwin. Nafkah wajib seorang suami terhadap isteri ialah sekurang-kurangnya 530 gram beras dengan lauknya. Nafkah pakaian pula ialah suami menyediakan untuk isterinya pakaian mengikut kebiasaan pakaian wanita dalam sesebuah masyarakat. Tempat tinggal pula, selagi seorang isteri sudah mempunyai tempat tinggal sama ada disewa atau dibelikan, sama ada duduk sekali atau berasingan dengan bertemu sesekali, maka itu sudah memadai dianggap sudah mampu menyediakan tempat tinggal (al-Husaini, 1941: 89/2). Apabila dilihat kepada mahasiswa yang mempunyai pinjaman pelajaran atau pun biasiswa, hal kemampuan ini sudah termaklum mencukupi jika pengurusan kewangan diselia dngan baik. Justeru, hukum mahasiswa/i yang berkeinginan untuk berkahwin sudah menjadi hanya sunat atau wajib. Kalau mereka mampu menahan nafsu sehingga tidak terjerumus ke lembah maksiat jadi sunat dan sebaliknya pula menjadi wajib. Perkara ketiga ialah kemampuan untuk mengawal nafsu daripada terjerumus ke lembah zina dan maksiat. Syariat mengukur kemampuan mengawal nafsu sehingga tidak terjerumus ke lembah zina ini ialah apabila mahasiswa/i tidak saling memandang antara satu sama lain dengan shahwat secara sengaja. Bahkan hukum melihat yang disunatkan seorang lelaki terhadap wanita sebelum berkahwin hanya sekali bagi orang yang sudah ada keazaman untuk meminang seseorang wanita. Itu pun dalam keadaan tidak diketahui oleh wanita bagi menjawa maruah diri dan keluarganya jika tidak jadi berkahwin. Selain itu, pandangan tersebut juga hanya tertakluk kepada kawasan muka dan tapak tangan (al-Zuhayly, 1989: 23/7). Bagaimana pula hukum mahasisw/i berbual dan berSMS dalam keadaan penuh berahi dan bernafsu. Dan jauh sekali hukumnya pula kalau sampai berpegang tangan, berpeluk-pelukan ketika menunggang motorsikal serta berdua-duaan tanpa mahram yang sudah jelas hukumnya sebagai haram (al-Bukhari, 1994: 2784; Muslim, 2001: 2391; al-Tarmidhi, 1994: 1091; Ahmad, 1994: 1833; al-Darimi, t.thn: 303). Jika mahasiswa/i sudah sampai terlibat dengan semua perkara ini, tidak syak lagi mereka sudah tidak mampu untuk mengawal hawa nafsu mereka yang boleh menjerumuskan mereka ke lembah zina. Pada ketika ini, hukum wajib untuk berkahwin sudah tidak boleh dipertikaikan lagi. Terjerumusnya mahasiswa/i kepada kerosakan sosial dan lembah zina yang berpunca daripada perkara tersebut sudah banyak dilaporkan dalam kajian dan akbar (Mazrita 2003; MelakaFM 2008). Sekalipun mereka tidak terlibat dengan gejala yang dinyatakan, kesunatan berkahwin semasa belajar bagi yang berkeinginan untuk berkahwin itu sendiri sudah mempunyai faedah yang sangat besar jika diteliti sama ada dari segi akli dan naqli. Dari segi naqli antaranya, ialah perkahwinan merupakan satu ibadat sama ada dari hal persetubuhan antara keduanya ,curahan kasih sayang antara keduanya gurau senda antara kedua-duanya ), nafkah suami kepada isteri dan sedekah isteri kepada suaminya layanan dan komunikasi yang baik antara keduanya yang sebahagian besarnya adalah menjadi haram sebelum perkahwinan dan sebahagian kecilnya pula berdosa jika tidak menjaga batas-batasnya. Begitu juga adalah ditegaskan oleh Allah S.W.T. dan Rasullahnya bahawa perkahwinan menjaga mata daripada maksiat dan memelihara diri dari-pada zina Dari segi aklinya pula penulis suka mengambil pandangan daripada seorang mahasiswi sendiri yang menyebut:

“Perkahwinan semasa belajar boleh menjadi motivasi lagi yang malas belajar, ada yang lebih cemerlang selepas berkahwin. Mungkin hidup bahagia atau tahu tanggungjawab besar yang perlu dipikul. Mampu menghalang diri daripada maksiat, jiwa orang kahwin pastinya lebih tenang daripada gelojak nafsu orang bujang. Fikiran lebih matang untuk memahami erti kehidupan, matlamat, tujuan dan gerak kerja akan datang. Jiwa lebih realistik berbanding dahulunya banyak yang idealistik. Anak sebagai penenang jiwa. Kehadiran yang pasti ditunggu oleh setiap pasangan. Ramai yang belum berkahwin memandang perkahwian adalah seks, namun seks selepas kahwin sememangnya penting tetapi ianya mungkin jatuh ke tangga kedua, ketiga dan… Pasangan pasti resah sekiranya lambat mendapat anak. Betul ke? Kahwin dulu baru tahu, tak sama fantasi anda dengan dunia realiti. Kehidupan lebih teratur, masa lebih terancang.” (Datul Kisya, 2008)

Cadangan bagi Meningkatkan Pembangunan Pelajar yang Belum Berkeinginan atau Sudah atau dan Telah Berkahwin Semasa Belajar

Cadangan buat mahasiswa/i:

(1) Membuang mentaliti bahawa perkahwinan merupakan satu halangan dalam pelajaran tetapi perlu menganggap sebagai satu proses kematangan terhadap tanggungjawab.

(2) Memilih hidup berkahwin yang berpahala daripada berpasangan tanpa perkahwinan di IPT yang banyak dilingkari dengan dosa.

(3) Terbukti dalam kajian bahawa perkahwinan semasa belajar merupakan satu keseronokan yang fitrah terhadap naluri kemanusiaan. Oleh itu, mahasiswa/i perlu menimbang untuk menjadikan perkahwinan satu budaya yang baik untuk diamalkan.

(4) Mengubah pandangan bahawa kegagalan pelajaran sebenarnya lebih besar kerana kerosakan sosial berbanding perkahwinan.

(5) Keengganan mahasiswa untuk berkahwin sekalipun telah mempunyai calon dan dalam masa yang sama terus ingin hidup bercouple dengan tidak menjaga batas-batas syariat, menunjukkan bahawa dia merupakan lelaki yang takut memikul tanggungjawab dan tidak matang untuk memilih jalan kehidupan yang baik sebagaimana anjuran Islam.

Cadangan buat ibu bapa mahasiswa/i:

(1) Membuang mentaliti khususnya anak perempuan bahawa perkahwinan menghalang mereka daripada mendapat hak pendidikan.

(2) Memahami dan menerima dengan hati terbuka hikmah perkahwinan terhadap anak yang masih belajar di IPT.

(3) Melihat keperluan anak yang ingin berkahwin ketika masih belajar. Jika anak sudah ada keinginan itu, ibu bapa perlu menggalak dan mengizinkan mereka. Jika mereka ada calon, tetapi belum ada keinginan ke arah itu. Ibu bapa perlu melihat situasi anaknya sama ada boleh menjaga batasan syariat atau tidak. Jika ibu bapa mendapati bahawa anak mereka tidak dapat menjaga batasan itu, mereka perlu menggalakkan perkahwinan supaya dapat menghindarkan mereka daripada kerosakan moral dan kancah penzinaan.

(4) Membudayakan perkahwinan dan pelajaran terhadap diri sendiri dan anak-anak bagi memelihara tingkah laku dan moral.

(5) Tidak membebankan anak yang berkahwin sewaktu belajar dengan perbelanjaan perkahwinan yang tinggi. Perbelanjaan yang sederhana dalam perkahwinan itu sendiri lebih menepati syariat Islam.

(6) Cuba memahami dan membantu anak yang berkeluarga ketika belajar dengan cara mencukupkan keperluan mereka tanpa diminta. Ini memandangkan hidup mereka memiliki tanggungjawab keluarga dan pelajaran dalam keadaan sumber kewangan yang terhad.

Cadangan buat Institusi Pendidikan Tinggi:

(1) Menyediakan pusat temu jodoh kepada mahasiswa/i yang ada keinginan berkahwin tetapi sukar mendapat jodoh atau mempertemukan kumpulan yang berkerjaya di luar atau dalam universiti untuk berkahwin dengan mahasiswi di universiti. Dengan ini, pendidikan mahasiswi dapat diwujudkan dengan lebih jayanya sekalipun berkahwin.

(2) Memberi bantuan perbelanjaan perkahwinan kepada mahasiswa/i yang ingin mendirikan rumahtangga.

(3) Menyediakan lebih banyak kemudahan penginapan kepada pelajar yang berkahwin dengan sewa yang sangat berpatutan.

(4) Menggalak dan membudayakan institusi perkahwinan kepada mahasiswa/i berbanding budaya coupling tanpa ikatan perkahwinan di universiti.

(5) Menyediakan bantuan kewangan tambahan atau potongan yuran kepada mahasiswa/i yang berkahwin. Kumpulan ini layak mendapat zakat dan sedekah (fi sabillah) bagi meringankan beban kewangan.

(6) Menyediakan kemudahan kursus dan bengkel kepada mahasiswa/i yang akan dan telah berkahwin untuk memantapkan lagi pengurusan masa dan kewangan mereka ketika belajar. Selain itu, kursus perancangan keluarga juga perlu diwujudkan supaya mahasiswa/i mempunyai ilmu dan boleh merancangan untuk mendapat anak dalam tempoh dan masa yang sesuai. Ilmu ini penting agar kelahiran anak mereka tidak sehingga mereka terpaksa menangguhkan pengajian mereka satu atau dua semester.

(7) Menyediakan pusat jagaan anak kepada mahasiswa/i yang telah menimang cahaya mata memandangkan anak tetap menjadi subjek penting bagi mereka walaupun masih belajar di IPT.

Cadangan buat kerajaan

(1) Menghapuskan terus halangan pinjaman atau biasiswa yang mensyaratkan larangan berkahwin semasa di IPT dan khususnya di IPG.

(2) Membentuk dasar yang menggalakkan institusi perkahwinan di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta serta pelajar yang dihantar ke luar negara bagi membendung gejala sosial. Untuk itu, kerajaan boleh memberikan bantuan kewangan berupa tambahan pinjaman atau biasiswa kepada pasangan yang sudah mendirikan rumahtangga bagi meringankan beban mereka.

(3) Memberi bantuan kepada IPT untuk mendirikan rumah-rumah kelamin dan pusat- pusat jagaan anak bagi meringankan beban pasangan mahasiswa/i yang berkahwin. Dengan ini, mereka boleh menumpukan perhatian kepada pelajaran dan keluarga dengan lebih terurus dan mantap.

Haa…menarik kan?..jadi fikir2kanlah wahai sahabat2ku sekalian. Hasil ini bukan bualan kedai kopi, tapi hasil kajian ilmiah seorang ustaz yang di dalam pengajian Doktor Falasafah ( Phd) di universiti Teknologi Malaysia skudai. Jadi..kertas kerja ini mungkin berguna buat kalian semua. Untuk kertas kerja yang sempurna boleh dapatkan sofcopy daripada saya, pinjam tak leh…Hehe.. Saya pun dalam perancangan nak Photostat banyak2 dan bagi kat akak saya yang sulong kat kampong tu..hehe..Yang lengkap punya siap dengan dapatan2 yang mungkin dapat membantu anda mengubah persepsi keluarga anda terhadap kehendak anda yang mungkin membuak2 di dada anda semua.

Yang penting adalah usaha, doa dan tawakkal..sekurang2nya anda berusaha tidak kira dengan apa jua cara. Tercapai atau tidak semuanya perancanagan Allah Ta’ala…..YDP : )

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan ( Persidangan NASDEC 08 )

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan ( Persidangan NASDEC 08 )
Tarikh 22-23 / 10 / 08
Tempat : Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor.
Info seminar : 120 Pembentangan Kertas kerja, 6 Tempat Pembentangan, 312 Peserta.
Latar belakang Peserta : Guru, Pensyarah, Dr Falsafah, Mahasiswa, Prof, Prof Madya dan Pegawai2 dari Pelbagai Institusi Kerajaan dan agensi2 swasta.

21 / 10 / 08
1.30 tghr : Bertolak dengan pensyarah pengiring, Cikgu Roslan. Turut sama sebagai peserta : YDP, dan
mantan NYDp dan mantan exco kebajikan diatas sebab2 yang telah dipertimbangkan dan persetujuan MT JPP 08/09.
8.00 mlm : sampai di Skudai dan menginap di rumah salah seorang kenalan Cikgu Roslan.

22 / 10 / 08
8.00 pg : pndftaran
5.00 ptg : tamat sesi untuk hari ini.

Perjalanan seminar.
45 pembentangan dijalankan serentak pada waktu pagi sehingga waktu zohor. Tajuk2 telah ditetapkan waktunya, tempatnya dan peserta bebas bergerak mengkut jadual dan tajuk yang disukai dan diminati.
Pada sebelah petangnya disambung dengan 20 pembentangan lagi ditempat yang sama pada pagi tadi.
Secara keseluruhan pada hari ini, banyak tajuk hasil kajian yang menarik dibentangkan. Namun yang betul2 mnearik perhatian kami semua adalah dua pembentangan. 1 diawal pagi dan 1 di awal petang. Aspek2 yang kami ambil kira ialah cara pembentangan, isi2 dan gaya..Cukup menarik dan pfofesional. Pada sebelah paginya : Kepemimpinan Dari Perspektif Islam : Satu Aplikasi Terhadap Pembangunan Pelajar Ke Arah Modal Insan Terbilang , Dr. Hj. Syd Abdul Rahman Bin Hj. Syd Zin , Kolej Sastera Dan Sains , Universiti Utara Malaysia. Manakala sebelah petagnya, tajuk inilah yang paling mendapat sambutan sehingga peserta bersesak2 untuk mengikutinya. : )

Lelaki Lembut: Faktor dan Kesannya Kepada Pembentukan Sahsiah Mahasiswa , Farahwahida Mohd Yusof (Ph.D), Sharifah Munirah binti Timmiati, Pusat Pengajian Islam & Pembangunan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia.

sambungan di lain masa.......YDP..: )

Tuesday, October 21, 2008

maklumat dan peristiwa








Majlis Khatam Al-Quran

Di masjid Imam AsyShafie

25/9/08



Majlis Hari Raya Peringkat IPIS 08

Tarikh : 10/10/08

Masa : 2.30 petang.

Tempat : Dataran Dewan Besar IPIS

Jemputan : Seluruh warga IPIS

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dari kami JPP IPIS 08/09 . YDP : )




Penggambaran Biro

Alhamdulillah, Khamis 16/10/08 bermula jam 8.30 pagi bertempat di foyer blok pentadbiran semua warga JPP telah menjalani sesi penggambaran bersama dengan pensyarah penasihat masing2. Jutaan terima kasih kepada photographer yang hensem2 dan smart2 2...terima kasih sangat2 diatas komitmen anda semua...YDP : )




Lawatan Muhibbah JPP IPIS 08/09


Tarikh : 11/10/08

Destinasi : Institut Perguruan Teknik Kuala Lumpur

Ahli-ahli Lawatan : JPP IPIS 08/09, mantan2, wakil2 sayap JPP.

Pensyarah Pengiring : Encik Saipo bin Ayub.


Tarikh : 17/10/08

Destinasi : Institut Perguruan Raja Melewar Negeri Sembilan, Institut Perguruan Perempuan Melayu

Melaka.

Ahli-ahli Lawatan : JPP IPIS 08/09, mantan2, wakil2 sayap JPP.

Pensyarah Pengiring : Ustaz Ismail bin Che Ku.

Terima kasih di atas kesudian IPG2 tersebut diatas kesudian menerima kehadiran kami semua. Meskipun dalam keadaan sibuk, tersepit diantara keperluan peribadi, keperluan pengajian dan sebagainya, anda semua ( JPP IPTKL, IPRM, IPPM )masih lagi mampu melayan kami sebagai tetamu yang kami kira dengan sebaik-baik layanan. Jamuan yang anda semua sediakan sememangnya membuka slera kami semua dan amat sukar sekali untuk kami menutupnya. Hehe..layanan yang mesra dari anda amat kami hargai walaupun jelas tanda-tanda keletihan dimata anda lantaran kesibukan anda menjalani kehidupan seharian. Jemputlah datang ke IPIS nanti yea....YDP : )





Lawatan Kebajikan ke Hospital Besar Kuantan

Tarikh : 19/10/08

Jam : 8.00 pagi-11.00 malam

Pengangkutan : Bas pendek Institut

Peserta : MT, EXCO dan NAIB EXCO JPP

: Organisasi Batch PPISMP Sem 3

Pensyarah Pengiring : Tn Hj Sasman bin Hj Yasir

Objektif : Menziarahi Saudara Hafiz bin Othman yang sedang dirawat di Hospital Besar Kuantan

Keadaan Pesakit : Masih tidak sedarkan diri setelah pembedahan kali kedua. Keadaan kritikal tapi stabil . Otak kiri tidak dapat berfungsi dengan baik.. Jantung ok..

Sumbangan Kepada pesakit : Masjid as-Shahfie, biro kebajikan, biro dakwah, biro ekonomi, sumbangan ahli-ahli JPP.

Tindakan seterusnya : Sentiasa mengikuti perkembangan pesakit dan mengadakan kutipan dari pihak pensyarah.

Sama-sama kita doakan kesejahteraan saudara Hafiz dan keluarga...YDP..




Wireless IPIS

Internet IPIS sudah sekian lama terbengkalai?..Apa sebabnya..?

Menurut Che Lah ( pegawai teknologi yang menguruskan wireless IPIS ) yang saya temui petang tadi ( 2 petang, 20/10/08 ), macam biasa lah, server kena sambar kilat. Jadi rosaklah ia...

Menurut Che Lah lagi, untuk makluman semua, di IPIS yang kita cintai ini terdapat dua jenis perkhidmatan wireless yang disediakan pada asalnya iaitu MPI/IPIS wifi dan WLAN.

Pertamanya ialah perkhidmatan MPI/IPIS wifi, perkhidmatan ini sememang laju dan amat disukai pelajar temasuklah saya sendiri. Ianya adalah perkhidmatan yang menggunakan peruntukan dari maktab dengan langganan dari syarikat CELCOM. Masalahnya hari ini, IPIS mengalami masalah pembayaran dengan syarikat CELCOM tersebut dan menunggu peruntukan dari pihak BPG untuk melangsaikan hutang tersebut.

Keduanya ialah perkhidmatan WLAN. Perkhidmatan ini merupakan kerjasama KPM dengan JKR untuk diperuntukkan di Ipg2 yang ada di Malaysia ini. Institut kita merupakan salah satu IPG yang bertuah kerana mendapat perkhidmatan ini. Masalahnya ialah, perkhidmatan ini sememangnya slow dan banyak sangat blok(halangan) sehinggakan maklumat susah untuk diperolehi dan servernya selalu kena sambar dek kilat yang kuat sambar menyambar di kawasan IPIS ini. Menurut Che Lah, server itu telah dijanjikan untuk diperbaiki sebelum hari raya baru-baru ini, namun hakikatnya ianya diperbaiki pada hari jumaat yang lalu ( 17/10/08) sehingga jam 6.30 petang yang turut ditunggu bersama oleh Che Lah. InsyaAllah akan dipulihkan secepat mungkin. Sama2 kita doakan. Apa-apa maklumat selepas ini insyaAllah saya akan sampaikan dengan kadar yang segera sesuai dengan kemampuan saya...YDP : )




Kursus Kahwin

Dahulunya semasa saya masih lagi menjadi pelajar persediaan ijazah dulu, saya pernah sempat menyaksikan perlaksanaan kursus kahwin peringkat Institut yang dianjurkan oleh kursus KDPM pada ketika itu. Itulah kali terakhir seingat saya kursus seumpama itu diadakan di Institut yang kita sayangi. Mungkin pelajar tertanya-tanya, mengapa sekarang tidak lagi diadakan pada masa kini sedangkan IPGM lain kedengaran sudahpun melakukan kursus seperti ini.

Untuk makluman semua, bukan mudah untuk melaksanakan program ini sekiranya tidak disokong oleh pihak yang sepatutnya. Dalam isu ini, ada pihak yang berfikiran positif dan ada juga yang sebaliknya. Alasannya ialah program seperti ini menggalakkan pelajar berkahwin sedangkan pelajar yang sedang berkursus tidak dibenarkan untuk berkahwin. Alhamdulillah, dari sudut kelulusan dan kewangan tiada masalah, Cuma sedikit halangan timbul disebalik perlaksanaanya. Kursus ini telah pun diusahakan oleh biro dakwah semenjak sekian lama lagi, namun perkara tadi itulah yang menjadi sedikit penghalang kepada program yang mulia ini. Kita semua bertuah kerana pensyarah pensihat sendiri turut turun padan bagi mengalihkan halangan yang menghalang jalan tersebut, Alhamdulillah, akhirnya halangan tersebut berjaya dialihkan juga dengan pengalih berkuasa tinggi.

Allah Maha Kuasa menentukan seglanya..petang tadi ( 5 petang, 20/10/08, Pejabat Timbalan ) semasa saya berjumpa dengan Timbalan Pengarah, beliau telah mengkhabarkan kepada saya tentang kunjungan pihak BPG ke Institut. Kunjungan ini turut terkandung bersama teguran terhadap aktiviti pelajar yang terangkum dibawah OS42..Menurut TP, kursus kahwin boleh diluluskan, akan tetapi tidak dibenarkan menggunakan peruntukan kerajaan (os42) dengan alasan tidak selaras dengan keperluan dan kehendak kurikulum dan kokurikulum. Saya mempertikaikan hal tersebut dan meminta garis panduan dan dasar yang rasmi tentang penggunaan wang os42 yang telah saya minta dari dulu lagi. Beliau berjanji akan menyerahkan garis panduan pada saya kelak. Untuk makluman ringkas, os42 ialah nama jenis peruntukan wang akan digunakan oleh pihak institut terhadap segala jenis aktiviti yang dilakukan oleh pelajar asalkan dengan tujuan memenuhi kehendak kurikulum dan kokurikulum pengajian seharian. Maklumat khas tentang os42 ini nanti saya akan nyatakan pada lain masa. ...YDP..:)




Tahniah dan Syabas wahai pejuang..

Tarikh : 13-16/10/08

Tempat : Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis Pahang

Pertandingan : Pertandingan Debat Antara IPG peringkat Kebangsaan

Peserta : Ahli-ahli unit Debat PERBAYU ( Rafee, Maula, Nazmi, Alias )

Tarikh : 17-21/10/08

Tempat : Universiti Multimedia Melaka.

Pertandingan : Pertandingan Debat Antara IPT peringkat Kebangsaan-Debat Kepenggunaan ( FOMCA )

Peserta : Ahli-ahli unit Debat PERBAYU ( Zaki, Azman, Nadia, Nurhasiswana )

Tahniah dan syabas diatas kejayaan anda. Kalah dan menang adat pertandingan. Yang penting perjuangan berterusan. InsyaALLAH kejayaan akan menanti anda suatu masa nanti..Moga2 suatu hari nanti akan lahir pendebat bertaraf antarabangsa keluaran PERBAYU IPIS..

IPIS dan keseluruhan warganya berbangga dengan anda. Tahniah dari kami..JPP IPIS 08/09..YDP : )




Catatan : Sekiranya ada kesilapan dalam makluman tersebut, sila maklumkan segera.



Selamat Berjuang

Tarikh : 20-23/10/08

Tempat : Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis Pahang

Pertandingan : Pertandingan MTTTHQ IPGM Peringkat Kebangsaan.

Peserta : Wakil-wakil IPIS yang memenangi Pertandingan MTTTHQ Peringkat IPIS.

Kami doakan semoga kejayaan cemerlang akan mengiringi kepulangan anda nanti.

Syabas kami ucapkan dari JPP IPIS 08/09 diatas semangat, keberanian dan kesanggupan anda memikul panji2 IPIS di medan perjuangan nasional..YDP .. : )




Pameran Literasi Bahasa IPIS

Tarikh : 13/10/08

Tempat : Dewan Besar Institut Perguruan Islam Selangor..

Penganjur : Pelajar-pelajar Pismp IPGM sem 2.

Tahniah diatas pengajuran pameran seperti ini. Walaupun agak membebankan, akan tetapi banyak yang anda dapat pelajari darinya.Rebutlah peluang untuk mempelajari segalanya sesuai dengan taraf anda bakal pendidik generasi cemerlang masa hadapan. Pendidik Cemerlang untuk Generasi Cemerlang..dari JPP IPIS 08/09 ...YDP : )




Minggu Gerko

Tarikh : 13-17/10/08

Tempat : Institut Perguruan Islam Selangor..

Penganjur : Unit Gerko IPIS.

Aktiviti2 : Pertandingan Kawad, Khemah, Memasak, Malam Kebudayaan dan banyak lagi.. : )

Penyertaan : semua unit beruniform IPIS.

Majlis penutup : 20/10/08 jam 8 pagi.

Tahniah dan syabas dari kami JPP IPIS ucapkan diatas komitmen semua pihak yang terlibat terutamanya KPLI..Inilah petanda bahawasanya anda sememangnya layak menjadi guru yang penuh persediaan, sedia berkhidmat, berkualiti dan berkomitmen dengan amanah yang diberikan..Tahniah dari kami JPP IPIS 08/09.




Elaun PPISMP sem 3

Pada satu hari, saya telah saya ditanyakan dengan satu soalan. “Elaun kami dapat tak bulan 12 nanti ?”

Menurut Kak Izwah Liza Pegawai Kewangan Elaun IPIS, elaun adik2 hanya akan dapat hingga 14/11/08 sahaja atas arahan HEP. Apabila dirujuk pada HEP, maklumat yang sama saya perolehi dari pegawai yang bertugas disitu secara lisan. Permintaan saya kepada HEP ialah supaya satu pernyataan bertulis berbentuk pekeliling sekiranya ada ( memang sepatutnya ada ) untuk dijadikan bukti kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak HEP. Apabila dirujuk kepada TP petang tadi, beliau akan cuba meneliti kembali pernyataan HEP tersebut.

Sekiranya pembayaran elaun dengan cara lama masih lagi digunakan oleh adik2 PPISMP, InsyaAllah saya akan dapat menerangkan kepada anda semua dengan pengetahuan yang telah sedia saya ada. Akan tetapi, disebabkan masalah pembayaran elaun ini merupakan masalah pembayaran elaun yang pertama saya hadapi setelah kenaikan elaun mula berkuatkuasa Mac lalu, saya kurang arif mengenainya dan perlu merujuk kepada pekeliling yang dikeluarkan mengenainya. Sebarang maklumat kami akan maklumkan semula dari masa ke semasa..YDP : )




Masjid IPIS mesra OKU

Tahniah kepada pihak pengurusan masjid As-Syafie diatas keprihatinan anda semua berkenaan dengan kehidupan OKU. Baru2 ini satu pengubahsuaian telahpun dilakukan ditangga2 masjid As-Syafie dalam memastikan OKU yang datang berjemaah akan dapat berjemaah bersama dengan jemaah yang lain di ruang solat atas masjid. Keadaan yang berlaku sebelum ini, menjadi kesukaran kepada OKU untuk berjemaah bersama dengan jemaah yang lain lantaran disebabkan keadaan tangga masjid yang sukar untuk di gunakan oleh golongan ini. Sekalung tahniah dari kami pihak JPP kepada pihak pengurusan masjid yang diketuai oleh yang berbahagia pengarah dan timbalan yang amat prihatin dengan situasi tersebut...YDP : )