Saturday, September 27, 2008

Elaun Anda

Alhamdulillah, tadi semasa solat terawih terakhir di IPIS selepas Majlis khatam quran, saya sempat berada di sebelah timbalan pengarah IPIS, Tuan Haji Sasman...Menurut maklumat daripada beliau, alhamdulillah elaun bulan 10 telah dihantar ke pihak bank tadi ( khamis, 25/09/08 ). Elaun bulan 10 yang dimaksudkan ialah elaun tunggakan bagi pismk, pprp4t dan pismp ipgm :

KADAR PEMBAYARAN ELAUN BAGI KULIYAH PISMK. PPPR4T, PISMP DAN PPISMP
(JUMLAH KESELUHURAN) PEMBAYARAN PERTAMA(SEPT)ESH+PEMBAYARAN KEDUA(OKTB)


1. PISMK OUM (RM 2730.00) RM 185O+
RM 880
2. PPPR4T (RM 2430.00) RM 1850+
RM 580
3. PISMP IPGM (RM 1215.90) RM 510+
RM 705.00
4. PPISMP (+-RM 276/RM 230) +-RM 276/RM230+
RM 0

Manakala bagi pelajar sem 3 dan sem 1 ppismp, akan mendapat elaun bulanan seperti biasa. Tarikh dan hari yang dijanjikan ialah hari isnin ( 29 / 9 / 08 )nanti, itupun bergantung kepada kecekapan pengurusan bank. Akan tetapi bersedialah sekiranya pihak bank mengalami kelambatan di musim perayaan ini. Sekiranya perkara tersebut berlaku, InsyaALLAH elaun anda akan mula di bank in kan ke dalam akaun masing2 pada ( 6 / 10 / 2008 ).

Sama2 lah kita doakan supaya dipermudahkan segala urusan di dalam hidup kita ini. Aminnn... YDP

Pencerobohan asrama????

Berhati2...sudah dua kes berlaku..kedua-duanya berlaku pada waktu yang hampir sama dan berkemungkinan orang yang sama. Tujuannya mungkin juga sama..di harapkan semua pelajar muslimat berhati2, berjaga2, jangan leka. Pencerobohan tersebut berlaku semasa semua warga asrama sedang sibuk mengemas barang untuk pulang ke kampung. Mengikut khabar angin yang tidak dapat dipastikan kesahihannya, pencerobohan juga turut berlaku semasa cuti sekolah iaitu mungkin ketika asrama sedang dipenuhi oleh KDC atau ketika asrama tidak berpenghuni.. Saya sertakan disini kedua-dua laporan kes tersebut untuk tatapan dan peringatan..YDP

Isu ini cukup menimbulkan kontroversi dan memeningkan kepala banyak pihak. Banyak spekulasi liar yang timbul yang dicipta oleh individu yang tidak bertanggungjawab yang pada ( asalnya bukan bertujuan untuk disebarkan ) cuma untuk dibualkan sahaja akan tetapi akhirnya tersebar dengan meluas dan jayanya..akhirnya JPP dipersalahkan dan dikatakan pihak yang seharusnya bertanggungjawab dengan kenyataan tersebut. Sememangnya cara JPP bekerja, apa2 kenyataan rasmi berhubung dengan isu2 yang melibatkan kepentingan pelajar hanya akan dikeluarkan setelah melalui proses perbincangan dan mesyuarat yang teliti. Sebarang spekulasi2 liar yang tidak diketahui sumbernya haruslah disahkan terlebih dahulu supaya tidak berlakunya fitnah. Dosa..Merbahaya...Mampu merosakkan masyarakat...Ramai orang adakalanya lebih suka untuk menyorok dibelakang dan bersedia untuk melepaskan diri pada bila2 masa dan paling menyedihkan..tidak suka dilibatkan....akan tetapi keuntungan mahu dikaut bersama...fikir2kanlah..dimana tanggungjawab anda sebagai seorang ahli kepada sesebuah komuniti...???

Tujuan saya menyiarkan kes ini kembali di blog ini adalah dengan tujuan untuk memberi peringatan semula kepada semua warga blok muslimat yang terlibat agar persiapan, persediaan dapat dilakukan dari masa ke semasa, apatahlagi cuti hari raya bakal menjelma dan kes yang berlaku sebelum ini terjadi semasa 2 hari lagi pelajar ingin memulakan cuti mereka.

apa-apa pun..pesanan untuk saya dan untuk anda sesiapa sahaja yang membaca tulisan ini, “ fikir sebelum cakap dan jangan bertindak sesuka hati dan jangan mudah melatah...” YDP

LAPORAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR IPIS 08/09
Masalah : Pencerobohan di Asrama Perempuan

KES 1
Rentetan kejadian :
Pencerobohan Kolej Kediaman perempuan blok C yang mula dikesan pada 14 Mei 2008 pada jam 1 pagi apabila pelajar perempuan ternampak kelibat lembaga lelaki yang berada di kawasan tandas yang hanya memakai seluar pendek. Exco Kolej Kediaman dan Naibnya telah bergegas ke tempat kejadian bersama dengan warden dan pengawal keselamatan untuk membuat tinjauan, namun tidak dapat mengesan penceroboh tersebut. Seorang pelajar lain juga pernah terlihat lembaga tersebut dalam keadaan yang sama di dalam tandas aras 1 pada hari yang lain, jam 10 pagi.
Kemudian, kejadian ini telah berlarutan beberapa kali dan kemuncaknya ialah pada hari Sabtu, 24 Mei 2008 yang berlaku pada jam 7.30 malam. Ketika itu, seorang pelajar yang hendak mandi telah terserempak dengan seorang lelaki yang hanya memakai seluar pendek paras peha dan hanya berkaki ayam di pintu utama tandas ketika hendak masuk ke dalam tandas aras 1 berkenaan. Beliau menjerit kerana terkejut dan terus berlari dalam keadaan ketakutan ke bilik rakannya untuk menyelamatkan diri. Pada waktu yang sama, terdapat seorang lagi pelajar yang berada di dalam tandas berkenaan yang sedang mandi. Jeritannya telah didengari oleh penghuni lain dan perkara tersebut terus dilaporkan kepada saudara Firdaus Bin Saad untuk pergi ke asrama tersebut. Kemudian saudara Firdaus telah mengajak beberapa orang JPP lain yang ada pada ketika itu berada di masjid, menunaikan solat Maghrib. Mereka telah bergegas ke sana bagi meninjau tempat dan keadaan di sana. Namun penceroboh gagal dikesan sehingga ke hari ini.

KES 2
Tindakan JPP??
Sebaik sahaja pencerobohan itu berlaku, pada malam tersebut juga beberapa orang JPP lelaki berkawal diluar kawasan asrama blok muslimat dengan kebenaran Ketua Unit Kolej Kediaman. Kebenaran tersebut diberikan memandangkan kes pertama yang berlaku itu terjadi semasa bermulanya cuti sekolah dan kebanyakan penghuni asrama sudah pulang ke kampung. Walaubagaimanapun kawalan tersebut hanya untuk beberapa malam sahaja kerana semua JPP juga pulang ke kampung untuk bercuti pada ketika itu.
-Membuat pertemuan serta merta dengan pengarah IPIS, membuat laporan bertulis berkenaan pencerobohan tersebut, mengkaji faktor2 yang memungkinkan kepada pencerobohan tersebut. Antara faktor2 yang berjaya dikenal pasti ialah :
o Tiada pengawal keselamatan yang berkawal di blok C.
o Kawasan asrama yang gelap.
o Tiada tindakan pencegahan diambil bagi mengekang pencerobohan setelah kali pertama dikesan.
o Pagar asrama blok C tidak dikunci.
o Penghuni asrama/pelajar/orang lelaki bebas berlegar keluar masuk di kawasan asrama perempuan.
- Mengusulkan kepada pihak pentadbiran beberapa cadangan yang telah dipersetujui bersama oleh JPP. Cadangan Langkah Pencegahan :
ـ Menyediakan pengawal keselamatan perempuan dan lelaki di ketiga-tiga asrama perempuan.
ـ Membina “grill” besi di setiap tangga di asrama perempuan.
ـ Mengunci pagar-pagar di asrama perempuan pada waktu-waktu yang ditetapkan.
ـ Menaiktaraf fasiliti asas asrama seperti lampu koridor.
ـ Mewartakan kawasan asrama perempuan sebagai ‘Zon Larangan Lelaki’.

Tindakan Pentadbiran ..
Menguatkuasakan serta merta penguncian pintu pagar di dalam jangkawaktu yang ditetapkan. Mengarahkan pihak pengawal keselamatan supaya mengadakan rondaan yang lebih kerap, teratur dan sistematik di kawasan asrama muslimat. Ketua Unit kolej Kediaman dan warden mengadakan rondaan dan pemantauan di kawasan sekitar blok bagi memastikan keselamatan penghuni asrama pada waktu-waktu yang mereka telah tetapkan.
- Masalah :
ada sebahagian muslimat mengadu tentang kesukaran turun naik ke asrama dan ke kelas sekiranya kelewatan berlaku dan pintu sudahpun dikunci. Nasihat saya, saya memahami perasaan muslimat yang terlewat dan menyebabkan sukar untuk masuk keasrama. Pada pendapat saya, sedikit pengorbanan wajar dilakukan di saat yang genting ini iaitu dengan mematuhi masa jadual penguncian pintu pagar tersebut selagi mana penceroboh tersebut tidak dapat ditangkap. Sekiranya dengan mengunci pintu pagar

Kes – kes yang mendapat perhatian biro kebajikan JPP IPIS..kemalangan di sekitar anda..

Tahun 2008 tahun yang penuh dengan ujian dan sesungguhnya menguji kesabaran...bersabarlah wahai sahabat, sesungguhnya allah menyanyangi kalian semua. Mungkin ini kifarah terhadap dosa-dosa yang pernah kita lakukan secara sedar mahupun tidak sedar dan seterusnya menjadikan kita lebih insaf dan rapat dengan Allah ketika mana ujian menimpa diri. Seingat saya, ketika cuti pertengahan tahun hari itu kita digemparkan dengan kes kemalangan seorang adik yang baru pulang dari kenduri perkahwinan anak salah seorang pensyarah kita..akibatnya, tulang selangka beliau telah mengalami kepatahan dan memakan masa yang agak lama untuk sembuh. Kemudian berlaku lagi beberapa lagi kes kemalangan dan yang paling tragis setakat ini ialah kemalangan di dalam bulan ramadhan yang mulia ini. Awal ramadhan kita digemparkan dengan kemalangan saudara NYDP kemudiannya yang paling menyayatkan hati kemalangan yang menimpa adik hafiz bin othman ppismp 3.04 di dengkil dan yang paling terbaru kemalangan yang berlaku semalam 24/09/08 semasa pulang dari solat terawih masjid putrajaya. ..kedengaran beberapa kesimpulan dibuat..”semester ini semester yang penuh kemalangan”..Untuk makluman semua..terdapat banyak kes yang telah kita kumpulkan datanya untuk dipertimbangkan sebagai memenuhi tanggungjawab kami sebagai JPP menjaga kebajikan anda semua. Untuk perhatian, hanya kebajikan pemilik kenderaan yang diberi perhatian. Bukannya kebajikan kenderaan tersebut. Ada kes yang berlaku hanya melibatkan kecederaan kenderaan. Maka dengan dukacitanya saya terpaksa membiarkan pemiliknya membaiki kenderaan tersebut dengan wang sendiri..: )

Berikut adalah data-data yang ada setakat ini 26/09/08(sekiranya ada ralat harap dimaafi )..YDP

Jenis kemalangan Tahap / Jenis kecederaan kekerapan kemalangan

Motor – kereta Keceraan ringan-luka di tangan, kaki, dada 4
Cedera sebahagian kaki
Kecederaan ringan

Motor- motor Kecederaan ringan 4

Tergelincir ( motor ) Tangan terseliuh 5
Patah tulang selangka
Luka-luka ringan

Kereta terbabas Kecederaan kenderaan : ) 2

Kereta-kereta Kecederaan kenderaan : ) 1

Terjatuh di padang Patah tulang kaki 1

Motor Pendarahan dalam otak 1

Sementara kita semua masih berada di dalam ramadhan ini, sama2 lah kita berdoa, solat hajat, supaya Allah Taala akan mengurniakan kesembuhan segera kepada adik hafiz bin othman ppismp 3.04 ( rujuk kes 7 )

Perancangan Aktiviti-aktiviti JPP ( sebaik-baik perancang adalah ALLAH SWT )

LAWATAN MUHIBBAH JPP KE IPGM ZON TENGAH
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR SESI 2007/2008

Objektif
• Mengeratkan hubungan diantara Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Perguruan Islam dengan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut-Institut perguruan yang lain yang terdapat di Malaysia.
• Memantapkan ilmu pengurusan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan juga kepimpinan pelajar.
Membentuk networking rasmi antara JPP zon KL dan sekitarnya supaya boleh diadakan aktiviti secara bersama dan kesatuan suara dapat dikumpulkan dalam menghasilkan sesuatu keputusan dengan cara yang lebih sistematik, tersusun dan terancang.


Sasaran peserta
Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2007 / 2008, 2008 / 2009 ( 39 orang)

Tarikh / hari
Tarikh : 11, 18, dan 24 Oktober 2008
Hari : Jumaat dan Sabtu

Tempat
Institut Perguruan Ilmu Khas, Institut Perguruan Teknik, Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia, Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa, Institut Perguruan Raja Melewar dan Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka.

Anjuran
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sesi 2008 / 2009.
Tema
“ KESEPADUAN ORGANISASI MENJANA KECEMERLANGAN “

TENTATIF LAWATAN
( Lawatan 1 )
Hari : sabtu
Tarikh : 11 oktober 2008
8.00 pagi : Bertolak dari IPIS
8.30 pagi : Tiba IPIK
8.45 pagi : Minum pagi
9.00 pagi : Perjumpaan bersama JPP IPIK
11.30 pagi : Melawat sekitar IPIK
12.30 tgh : Makan tengahari
1.15 tgh : Solat zohor berjemaah di IPIK
1.30 ptg : Bertolak ke IPT
2.15 ptg : Perjumpaan bersama JPP IPIS dan JPP IPT
3.30 ptg : Melawat sekitar IPT
4.30 ptg : Minum petang/ solat asar berjemaah
5.00 ptg : Bertolak pulang ke IPIS

( Lawatan 2 )
Hari : sabtu
Tarikh : 18 oktober 2008
8.00 pagi : Bertolak dari IPIS
8.30 pagi : Tiba IPBMM
8.45 pagi : Minum pagi
9.00 pagi : Perjumpaan bersama JPP IPBMM
11.30 pagi : Melawat sekitar IPBMM
12.30 tgh : Makan tengahari
1.15 tgh : Solat zohor berjemaah di IPBMM
1.30 ptg : Bertolak ke IPBA
2.15 ptg : Perjumpaan bersama JPP IPIS dan JPP IPBA
3.30 ptg : Melawat sekitar IPBA
4.30 ptg : Minum petang/ solat asar berjemaah
5.00 ptg : Bertolak pulang ke IPIS

( Lawatan 3 )
Hari : jumaat
Tarikh : 24 oktober 2008

3.00 ptg : Bertolak dari IPIS
4.00 ptg : Tiba di IPRM
4.30 ptg : Minum petang/ solat asar berjemaah
5.00 ptg : Perjumpaan bersama JPP IPIS dan JPP IPRM
6.30 ptg : Makan malam
7.00 mlm : Persiapan diri/ solat maghrib di IPRM
8.30 mlm : Solat ‘isya

HARI : SABTU
TARIKH : 25 OKTOBER 2008

8.00 pagi : Bertolak ke IPPMM
8.30 pagi : Tiba di IPPMM
9.00 pagi : Minum pagi
9.30 pagi : Perjumpaan bersama JPP IPIS dan JPP IPPMM
10.30 pagi : Lawatan sekitar IPPMM
12.00 tgh : Makan tengahari
12.30 tgh : Lawatan ke Bandar Melaka
1.30 tgh : Solat zohor berjemaah di Masjid al-Azim, Melaka
: Lawatan ke tempat-tempat bersejarah/ menarik di Melaka
4.30 ptg : Minum petang/ solat asar berjemaah
: Lawatan ke Taman Buaya
7.30 mlm : Solat maghrib/ solat isya’/ makan malam.
9.00 mlm : Berangkat pulang ke IPIS

Tahniah...terima kasih biro Asrama..

Alhamdulillah petang tadi ( jumaat, 26 / 09 / 08 ) blok A dan blok B digegarkan dengan bunyi mesin gerudi simen penebuk dinding...Eh, bunyi ape yea?..ooo...rupe2nye bunyi pekerja memasang rak kasut . Alhamdulillah, dengan izin Allah dan dengan berkat usaha rakan2 kita dalam biro asrama ( terutamanya ketua dan penolong biro )yang sentiasa mem’follow” up pejabat asrama, alhamdulillah..sekarang kita dah dapat rak kasut besi seperti yang dijanjikan.Walaupun tidak semua dapat merasai nikmat tersebut, syukur pada Allah patut kita panjatkan kerana Allah kerana telah membuka pintu hati pihak pengurusan Arama dalam meluluskan peruntukan untuk rak kasut tersebut. Sekurang2nya ini salah satu permulaan yang baik di IPIS.Mudah2an selepas ini banyak lagi peruntukan yang akan dapat kita nikmati kearah meningkatkan kualiti prasarana IPIS ini..hehe ^^

Sunday, September 21, 2008

maaf...

seingat ana dan sepanjang pemerhatian anda semua wahai si penyong2 blog ini..terlalu banyak kesalahan ejaan dan kesilapan dalam menaip sepanjang ana menulis...ana mintak maaf.selalunya ana tergesa-gesa.kat sekolah dan kat suaru presint 11 ja ana boleh post blog ni..kat bilik tak dapat internet.kalau kat sekolah,dalam bilik guru tu...kalau cikgu praktikum duk dpn komputer lama2 akan dikatak tidak ada kerja.sedangkann pada masa tu lah kita nak buat asigment..biasalah..sabar je lah...
apa pun..ana mintak maaf..nak tidor ni..ana susah bangun..kena tidur awal..esok pagi nak qiam dengan penduduk presint 11...
assalamualaikum..jom tidor..esok kita qiam ramai2..semarakkanlah malam 10 terakhir ramadhan anda semua...YDP..

Saturday, September 20, 2008

Fasa ketiga RAMDHAN...

Alhamdulillah pada malam ni aku masih di panjangkan umur oleh ALLAH swt untuk beribadat kepadanya. malam ni aku bermalam di surau al-Furqan sepertimana biasa di malam2 hujung2 minggu.(kt sini internet laju..hehe)tadi baru selesai tadarus,esok pagi qiam bersama penduduk presint 11,kuliah subuh pulak oleh bekas pensyarah kesayangan kita...ustaz Abdul Rahman awang Soh...
Alhadulillah...dikeriuhan masyarakat kota akhir zaman ini,masih ramai lagi rupa2nya yang berlumba2 mencari keberkatan di sebalik Ramadhan.Walaupun penat bekerja disiang hari..ada yang bekerja di shah Alam, kuala lumpur (rata2nya putrajaya)..namun mereka masih berkesempatan mengimarahkan surau mereka ini.aku amat kagum..
Kta pula???di mana KITA??
kawin belum,ada anak pun belum?tak payah2 susah2 nk pikir tahun ni nk raya kat mana...keta dah servis ke belum..hari apa nak bertolak bagi mnegelakkan jem di highway..budget raya cukup tak tahn ni...tak payh pk...semua tak perlu pk benda tu...
alahai..setakat buat asgment,RPH,bersuka2 bersahur memakai seluar pendek....berapa ramaiyang menghiraukan ramdahan berlalu setiap tahun dengan begitu sahaja...apakah pencapaian kita pada ramdhan tahn lpas??thn ni??thn dpn???..smpatkah kita bertemu dngn ramdhan lagi...???adakah anda berasa selesa hidp di zaman muda anda??apakah mustahil bagi anda istilah "mati" di usia gemilang begini...???ingatlah ..muda hanya sementara..mati,,bila2 sahaj..tanpa mengira usia..aku ingat lagi semalam semasa aku menjadi imam ayat yang aku baca maksudnya.."maka apabila telah datang kepadamu akan kematian,tidaklah kamu mampu melambatkan ataumempercepatkannya"
sarananku pada semua..marilah kita rebut 10 terakhir ramadhan kali ini,mudah2an kita semua dalam glongan yang berjaya..
bagi adik2 yang suka sangat pakai seluar pendek tu..ingatlah..betis anda walaupun anda kira ia sebagai cantik untuk dipamerkan kat mamak2 seksyen 15 tu...tapi bagi ana,betis lembu lagi mulia dari perangai anda semua...
ana dah kol cikgu mad zin terus sejurus membaca berita buruk tersebut..dan alhamdulillah cikgu memberikan kerjasama yg amat positif.cikgu telah memberi arhan kepada pak gad yang mukanya ala-ala shah rukh khan tu supaya menahan pelajar yang memakai seluar pendek. kalau ia masih lagi berdegil,kita mintak cikgu rantai kereta2 si pemakai seluar pendek ini,dengan sebab kereta merekalah mereka berani pakai seluar pendek..depa ingat depa selamat depa pakai seluar pendek dlm keta pak gad tak nampak..depa mungkin lupa...ALLAH melihat dimana2..alangkah bongkaknya si pamakai seluar pendek sekalian dengan ALLAH taala..apabila ditegur,dikatakan kita bias,ingtlah sipemakai seluar pendek..kami mat menyayangi anda..bkn kami benci.
tarbiah tak cukup???
kita buat mcm2 program tarbiah setakat yang temampu..program umum dan khusus.yang nampak dan tak nampak.yang rasmi dan tak rasmi.Hakikatnya ..tanpa penguatkuasaan,kosonglah program tu...bila dikuatkuasakan..penganjurnya pula dicemuh...sedangkan pengajurnya berhempas pulas mengeluarkan wang sendiri terlebih dahulu bagi menyegerakan program tersebut pada tarikh yang sesuai supaya tidak bertembung dengan program lain atau aktiviti pelajar ( dpt peruntukan mktb, tapi lambat cket )..
Apabila JPP meminta supaya peraturan pemakaian dan pergaulan pelajar ipis dikuatkuasakan semula seperti dalam peraturan..JPP pula dicabar untuk menguatkuasakan peraturan tersebut...alahai...kami pun dengan serta merta membalas, boleh cikgu..kami boleh bantu..dengan syarat...kita semua2 sama2..jgn kami sahaja..jom kita buat ops sikap,kita pilih satu hari, saya blh kerahkan JPP semua.Pihak yang sepatutnya, kerahkan semua warden kita bekerjasama satu hari..tahan pelajar yang tak pakai sepatutnya kalau dah pak gad tak leh pakai sangat.kita buat secara berkala..sebulan sekali pun tak pa dah..asalkan jangan tak buat lansung..sebab tu yag depa berani pakai ketat2 tu...
haaaa...bila kita cakap mcm tu..mula lah garu pala yamh tak gatai..kerjasama susah pulak dikatakan...bagi ana dah tanggungjawab,tak kira la mcm mana pun,,,last2 senyap sunyi..itulah IPIS..masa kini..cita2 aku...aku akan kembali ke IPIS satu masa nanti...bukan untuk memask,tapi dengan cita2ku sendiri..andai IPIS sudah tiada lagi pada ketika itu..akan akan wujudkan beribu lagi IPIS lagi di malaysia ini dimana2 sahaja dengan sekadar kemampuanku..doakanlah..
( dibahaskan baru2 ni semasaisu jubah kecoh )
Jauh aku merayap ...apa pun rebutlah 10 malam terakhr...ramadhan 2008..mudah2an kita dapat bertemu lagi pada tahun hadapan...AMiiinn....YDP>>>>

berjimat cermatlah..menabung..jangan menyesal dikemudian hari...

Assalamualaikum kepada semua warga IPIS yang budiman...
Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kepada ALLAH SWT diaats segala rahmat dan limpah kurnianya yang tidak terhingga.
Alhamdulillah kita semua warga IPGM seluruh Malaysia seharusnya bersyukur kerana mempunyai kelebihan yang tidak terhingga banyaknya berbanding dengan pelajar-pelajar IPTA seluruh Malaysia yang lain..kita termasuk di dalam golongan yang amat bertuah. Mana tidaknya, dalam jangka masa beberapa bulan kita belajar, dah masuk duit dalam akaun bank. Keja kita ialah belajar dan diberi duit, datang lambat ke kelas, masjid tak datang, program anjuran institut tidak hadir, buat masalah disiplin...pun dapat duit jugak...tidak kurang satu sen pun. Ana pernah terbayang,bagaimana keadaannya masjid kita kalau satu waktu solat jemaah ditinggalkan di masjid, potong RM50..mesti masjid kena diperbesarkan lagi.alangkah indahnya kalau benar bagai dikata...
Agak merunsingkan fikiran ana apabila melihat cara pelajar-pelajar di sekeliling ana berbelanja...
Elaun bulanan yang dapat tiga bulan sekali tu dah dapat dah awal bulan 8..hmm tak pa la..tiba2 pulak hujung bulan 8 tanya lagi, tunggakan bila nak keluar..Eh yang bulan punya kemana...dah habis la syeikh..MasyaAllah, cukup menakutkan..1,2,3 bulan 9...eh bila nak masuk tunggakan ni saudara YDP...???ana ditanya..ana balas la, ana dah berhubung dah dengan pegawai elaun tu..insyaAllah, 2 3 hari lagi masuk la..ana tak mau la desak2 kakak tu memandangkan keadaan di IPIS bukan dalam keadaan yang mendesak, elaun dah dapat bulan lepas, cumanya ni tuntutan untuk tunggakan ja...lagipun ana dah cakap bukan masuk awal bulan 9, tapi dalam bulan sembilan...kira syukurlah tetap masuk awal bulan 9 jugak elaun tu...
bila ja duit dah masuk, secara tiba2 esoknya ana tengok ada hs baru atas meja..RM700..kat kawan yang lain rm 1300, tengok lagi, fuh,,bercahaya-cahaya handset mereka itu, dari jauh sudah kelihatan menggambarkan kemahalan hanset tersebut..
Hmm...ana tak berhak nak melarang sahabat2 semua berbelanja..cuma ana nak nasihatkan...jangan mendengar guruh dilangit, air di tempayan dicurahkan.
InsyALLAH..selepas ini bulan 10 dapat lagi, tunggakan jugak, bulan 11 elaun bulanan, bagi PISMK..ana akan cuba tuntut dari pihak pentadbiran supaya diselesaikan semuanya elaun PBS, PRAKTIKUM dan TESIS 2008 yang berjumlah 700$ supaya disertakan sekali bersama elaun bulanan anda bulan 11 nanti..maknanya banyaka lagi lah duit yang anda akan terima...begitu juga dengan kursus lain yang terlibat dengan tugasan lluar..
Pasanan ana kpd semua terutamanya kepada PISMK, berjimat cermat lahh.tahun depan mungkin kita akan dibayar elaun dua kali setahun dan paling awal ialah bulan februari..berjimat cermatlah..semoga tahun depan anda tidak kesempitan diawal tahun depan...ingatlah pesanan ana ini..bagi PISMK..anda hampir ke alam pekerjaan kini..jadi berjimat cermatlah supaya akan ada simpanan di awal osting nanti..menurut senior2..kita hanya akan mendapat gaji pertama sekurang2nya setelah tiga bulan bekerja..bergantung kepad apengurusan sekolah..bagi ana pastinya hanset mahal kurang membantupada ketika itu...:)so..berjimat cermatlah..jangan menyesal di kemudia hari..yang kita guna hari ini ialah wang sumbangan rakyat yang kita gunakan secara tanpa perlu dibayar semula...gunakanlah dengan sebaiknya dan mengikut keperluan...bukan mengikut kehendak..>.YDP>>

Friday, September 19, 2008

Aktiviti JPP

USrAh JPP...
Usrah JPP berjalan seperti biasa.
Masa : 2.30 - 4 petang
Pengisian : bacaan Al-Quran, tazkirahh , sedikit perbincangan, isu2 semasa IPIS..

Alhamdulillah :
Saudara Yasir dapat kembali melaksanakan tugasnya..
Diharapkan sabar kepada Faiz ...beliau sakit..huhu..

Makluman

Makluman

1. Program Pemantapan Kepimpinan Pelajar sekolah Berasrama Penuh, Kolej Matrikulasi dan IPGM seluruh Malaysia

Tarikh : 21-23 September 2008

Tempat : Institut Aminudin Baki Genting Highlands.

Anjuran : Pejabat Timbalan Menteri Plajaran

Matlamat : Memastikan hala tuju kepimpinan Pelajar selari dengan keperluan PIPP.

2. Seminar Integriti dan patrioritisme sempena kemerdekaan

Tarikh : 19 september 2008-9 pagi – 5 petang.

Tempat : Institut Integriti Jalan Duta

Peserta yang terlibat : 40 orang (PPISMP sem 1 )

Dalam kesibukan menghadapi pelajaran sehari-harian, masih ada yang memberikan komitmen yang begitu menakjubkan dalam memastikan pelajar-pelajar IPIS tidak sunyi dari pengisian minda dan jiwa .Jutaan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga pihak JPP ucapkankepada pengajnur dan sesiapa sahaja yang terlibat. Kalau semua pelajar bersemangat macam ni, insyAllah..akan bertambah makmurlah IPIS…

1. Bengkel penerbitan dan kewartawanan untuk ajak penerbitan, majalah dan bulletin dan wartawan-wartawan.

Penceramah : Pegawai dari berita harian

Peserta: 55 orang

Anjuran : Unit penerbitan dan kewartawan PERBAYU & unit penerbitan PISMP sem 2

Tarikh : 18 / 09 / 2008 .

Tempat : Dewan Idris Al- Marbawi

Masa : 2.30-5.00 petang .

#makluman tambahan dari PERBAYU >>>

-14-16 / 10 / 2008 : pertandingan bahas anatar IPG di IPTAA LIPIS.

-17-20 / 10 / 2008 : debat kepenggunaan d MMU Melaka

28/10 -2/11/2008 : pertandingan pantun IPG kebangsaan di kompleks belia antarabangsa Cheras.

2.

Program ini merupakan anjuran Pelajar-pelajar PPPRP4T 4.o1 dengan kerjasama JQS&JHEP bagi memenuhi tuntutan dan keperluan Kursus PQE. Pensyarah penasihat bagi program ini ialah Ustazah Engku Zarihan Bt Engku Abdul Rahman. Semoga kita mendapat manfaat yang besar dari program yang bakal di anjurkan ini...Kepada yang terlibat menjayakan program ini ana dahului dengan ucapan Jazakumullah Khairan Jaza...

Thursday, September 18, 2008

Kod B**i pada Makanan..Nauzubillah +_+

Pada minggu lepas, saudara Abdul Hadi yakni exco kebajikan kita bercerita mengenai salah satu pengalamannya semasa berpraktikum sedang kami menunggu waktu berbuka puasa tiba..beliau telah memperolehi satu artikel daripada pihak ibubapa muridnya yang prihatin berkenaan produk makanan yang mengandungi kod-kod tertentu, di mana kod-kod ini merupakan salah satu diversi pihak barat dalam usaha mereka memajukan ekonomi mereka sendiri di samping menjahanamkan umat Islam..menurut saudara Hadi, ibu murid terbabit bertandang ke prasekolah beliau setelah mereka memberikan kek lapis kepada anaknya sebagai ganjaran menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan al-Mubarak ini..ibu yang prihatin ini, menunjukkan sekeping artikel yang akan saya selitkan sebentar nanti berkenaan kod-kod yang digunakan oleh pihak barat pada kebanyakan produk yang mereka keluarkan..sesungguhnya, kod-kod yang mereka gunakan merupakan satu cara untuk mengaburi mata masyarakat umum daripada mengetahui kandungan sebenar yang mereka gunakan dalam produk-produk tersebut..ini kerana, jikalau mereka tidak menggunakan kod-kod ini semestinya negara-negara Islam akan memboikot barang-barang keluaran negara barat terutamanya Amerika dan Eropah..di bawah ini saya selitkan serba sedikit berkenaan artikel yang beliau ingin kongsikan bersama itu..

Kod Babi Pada Makanan-Penting untuk umat Islam
Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan(POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua barang, makanan dan ubat-ubatan.
Produk apapun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran, bahan-bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan Pengawas Ubat & Makanan Perancis dan Syeikh Shahib bekerja di badan tersebut di bahagian QC, oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.
Banyak bahan tersebut ditulis dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141. Awalnya, Syeikh Shahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab "KERJAKAN SAHAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA".
Jwaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Shahib dan dia kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin di dunia.
Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42,000.
Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi berbanding dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.
Kemudian yang menjadi perrtanyaan sekarang;di manakah lemak-lemak babi tersebut? Jawapannya adalah : Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan(secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang mengasingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.
Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut. Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata berhasil.
Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan. Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan, ubat-ubatan harus dicantumkan pada kemasan.
Oleh kerana itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat(lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.
Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Iwslam pada saat itu sehingga menimbulkan defisit perdagangan bagi negara pengeksport.
Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kordifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberaoa multi vitaman dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya.
Semenjak produk-produk di atas berada di pasaran, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu, kekerasan dan seks bebas.
Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumi dan mencocokkannya dengan daftar kod E-CODES yang berikut ini. Jika ditemukabn kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan klita beli ini, maka hendaknya dihindari karena produk dengan kod-kod tersebut di bawah ini mengandung lemak babi.
E100, E110, E120, E140, E141, E153, E210, E213 ,E214, E216, E234, E252, E270, E280, E325, E326, E327, E334,E E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E472, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904
Adalah tanggungjawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti syariat Islam dan juga memberitahukan informasi ini kepada saudara kita.
*****************************************************************
Inilah dia artikel yang ingin dikongsikan bersama oleh saudara exco kebajikan kita..setelah membaca artikel ini secara mendalam, saya telah membuat 2 spekulasi yang ringkas:
1-artikel ini dihasilkan bertujuan untuk mendedahkan kebenaran kepada umat Islam tentang ancaman-ancaman yang datang daripada pihak barat melalui produk-produk yang mereka pasarkan di seluruh dunia..penulis berharap supaya umat Islam akan lebih berjaga-jaga terhadap barangan yang mereka ingin beli supaya tidak mendapat lemak khinzir secara percuma..bukan semua benda percuma itu elok..hehe ^^
2-terdapat kemungkinan artikel ini dihasilkan oleh pihak yang bencikan Islam itu sendiri dengan tujuan mengelirukan umat Islam ini tentang bahan-bahan yang berada di pasaran..ini kerana, saya tidak memperolehi maklumat lanjut berkenaan kesahihan berita ini datangnya daripada saudara seagama kita sendiri..boleh jadi juga bahan-bahan dengan kod E itu tadi merupakan produk-produk yang dihasilkan oleh umat Islam sendiri dan sekiranya diboikot akan mendatangkan kerugian kepada kita semua juga.
kesimpulannya, saya meletakkan kata putus di tangan saudara-saudari yang membaca artikel ini..gunakanlah pemikiran yang rasional dan pemerhatian yang teliti berkenaan barang-barang yang ingin kita beli dari mana-mana sumber sekalipun..kalau boleh jalankan dahulu perbandingan dengan secukup-secukupnya sebelum memilih untuk mempercayai artikel ini ataupun tidak..kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tambahan berkenaan kesahihan artikel ini jangan disimpan untuk kegunaan sendiri semata-mata..kongsikan bersama di ruangan komen artikel ini disiarkan..ingatlah, mencari yang halal itu fardhu ke atas setiap muslim..iklan ubat gigi Mu'min rasanya..sekian ^^

Monday, September 15, 2008

Arrrrrgggghhhh...sakit perut...cirit birit...

Ya Allah....apa dah jadi??kenapa tak cakap awal2??hmm.....
sabtu malam di Surau Al-Furqan Putrajaya, ana dikejutkan dengan satu mesej yang berbunyi lebih kurang begini " Salam, Firdaus, ada budak perempuan senak, sakit peurt. Cirit birit lepas makan kat kafe, ada yang jumpa lalat dalam kuah".
Terkejut ana. Memandangkan ana masih diluar dan baru nak bertolak puan ke IPIS, ana terus call Hadi exco kebajikan.Malangnya hadi dan che yam juga diluar, biasalah ...hujung minggu..he2..
Hadi menjanjikan siasatan akan dilakukan serta merta dan saya terus menghubungi si penghantar mesej tersebut dan ingin mengadak perjumpaan tergempar dengan mangsa tersebut dan kalau boleh nak bawak terus ke klinik malam itu juga. Kebetulan pula pada malam tersebut semua JPP berkumpul di dewan besar susun kerusi untuk perhimpunan umum..(biasalah..ini lah keja JPP :) kalau JPP tak buat, sapa nak buat..he2..Boleh menguatkan otot2..)
hampir2 saja saya menghubing cikgu Roslan untuk melaporkan peristiwa tersebut..Masih lagi belum hidupkan enjin motor,tiba panggilan dari Hadi diterima kurang dari 10 minit panggilan pertama tadi.."Eh, Pidod, Che Yam kata kafe tak buka la hari ini..."Fuh..Mujurlah...takpe..aku balik pi dewan bincang kat situ dulu...ok...tut..tut..tut....telefon diletakkan..he2
Sampainya aku di IPis , terus ke dewan, sambil susun kerusi, sambil korek maklumat, rupanya..dah dua tiga hari dan dah dua tiga kes pun...
Huhu...awatla adik2 semua tak repot elok2...kalau duk mesej2 tak bagi tau nama macam mana lah abang2 ni nak buat kheja...adusss..sedikit penyesalan timbul diminda ku apabila teringatkan peristiwa kafe, pernah ada orang perli...apalah JPP buat bila kafe buat perangai..takpe..ana faham..inilah tabiat manusia...:)
Tindakan yang boleh diambil ialah, pada malam itu juga arahan diberikan kepada JPP yang berada di IPIS supaya terus menjalankan kaji selidik pada hari isnin nanti selepas perhimpunan umum selesai, supaya punca kerancunan dapat diketahui dan tindakan dapat dibuat..dibimbangi peluru disasarkan ditempat yang salah nanti. akibatnya..meriam boleh diserang semula sehingga hancur dan tidak mampu lagi melancarkan serangan dan sasaran pada asalnya dengan senang hatinya membuat onar di tanah sendiri.(.he2..saja ja buat ayat belit2).
Dan arahan juga diberikan supaya nasihat dan panduan perlu diberikan didalam menangani kes kerancunan dan apa yang perlu dilakukan sekiranya keracunan berlaku lagi..
Akhir sekali.....bantulah JPP anda..maklumat anda kami hargai...YDP

Jenayah dimana-mana...berhati-hati..

Assalamualaikum...
Hampir tersentak jantungku tadi apabila seorang sahabat mengkhabarkan bahawa adiknya yang turut aku kenali disamun semalam di CHOW KIT ROAD..Untuk makluman semua adik kenalanku ini seorang lelaki dan mereka berdua pada ketika itu ( kedua-duanya lelaki) ingin membeli barangan sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.
Yang diceritakan kepada ana, ketika dalam kesibukan ramai di tengah Chow Kit Road, adik kawan ana ini keseorangan membelek barang2 di sebuah gerai manakala yang seorang sedang leka membelek baragan di gerai sebelah. Tiba2..ada seorang lelaki berbangsa asing datang merentap tangannya dengan kuat dan lantas diacukan pisau di perut adik kawan ana ini. Tanpa sempat berkata apa2 tiba datang lagi dua orang mengerumuni adik kawan ana ini seolah-olah sedang berbual. Akan tetapi pada hakikatnya sedang diugut supaya menyerahkan dompet dan handset nya. Peristiwa ini tidak disedari oleh rakannya yang berada digerai sebelah dan si mangsa turut cuba untuk meminta tolong kepada sesiapa yang sedang melihat ketika itu, namun semuanya tidak menghiraukan. seteah diberi apa yang diinginkan, maka berlalulah mereka dengan kepuasan dan tergesa-gesa.Mujurlah kunci motor tidak dirampas. Sesuatu cuba dilakukan ditengah keriuhan ramai, namun sudah terlambat, pemangsa telah pun menghilangkan diri.Pulanglah mereka dengan kesedihan dan penuh kegeraman.
Pesanan ana kepada semua, ana dapati ramai student IPIS yang mula membanjiri KL untuk membeli belah, berhati-htilah kalian semua. Jangan keluar berseorangan walaupun anda seorang lelaki yang penuh ilmu persilatan mahupun kebatinan di dada. Zaman suddah berubah, anadai kita pandai dan bijak, ada lagi diluar sana yang lebih pandai , bijak dan ganas menanti kita diluar sana.
Teringat ana pesanan Ust Ismail Che Ku tahun lepas apabila IPIS dikecohkan dengan berita pembunuhan kakak KPLI di Sungai Song Sarawak tahun lepas.(amat menyedihkan bila mengingatinya. sadis, sedih,sayu,sebak dan penuh tragedi.Baru seminggu konvo,terus menjadi mangsa kerakusan mausia yang bertopengkan syaitan..al Fatihah.) Ustaz cakap kalau nak keluar, berdua bukan lagi angka yang selamat, sekuran2nya tiga baik lelaki apatah lagi perempuan.
Mujurlah IPIS menyediakan penuh persediaan kepada warganya.dalam darussyifa ada diajar doa pendinding. Taekwondo dan silat juga turut disediakan..Cuma..itulah sifat manusia..sudah terhantuk barulah terngadah..selagi tak terhantuk..lekalah mereka..Ingatlah...sesal dahulu pendapatan tidak berguna lagi..Biar mati dengan penuh pertahanan bukan menyerah untuk dibunuh..Kepada semua yang dirasakan mempunyai persediaan, jangan takbur, anda masih lagi belum diuji, ujian yang berbeza akan datang kepada individu yang berbeza sesuai dengan tahap kemampuannya..
setakat pengalaman ana yang kecil cuma ingin dikongsikan bersama, bagi individu yang tidak pernah memegang senjata apatahlagi bermain senjata, mereka akan mudah berasa ngeri dan kurang keyakinan untuk menumpaskan pemilik senjata tersebut. Alhamdulillah, dahulunya sebelum ana mula bermain senjata, ana yang dah silat dari sekolah rendah ni pun takut untuk berhadapan dengan pemegang senajat. akan tetapi, berkat latihan dan berkat doa guru, kuranglah sedikit kengerian saya terhada senjata.Sedikit sahaja...banyak lagi yang perlu dipelajari....
Apa-apa pun...bukannya ana nak promosi persatuan ana dalam blok ni, cuma ana harap semua pemuda-pemudi persiapkan lah diri jangan jadi insan yang terleka dan menyesal dikemudian hari. Belajarlah dengan guru mana pun dengan apa jenis ilmu pertahanan pun dan dimana sahaj pun asalkan tidak melanggar syariat Islam.
dan Jangan terleka...Jerat tidak pernah lupakan pelanduk..YDP

Wednesday, September 10, 2008

JUBAH??Kenapa..dan Mengapa...

Jam 8.45 pagi...saya digemparkan dengan sebuah mesej yang dihantar oleh seorang muslimat IPIS yang lebih kurang berbunyi begini.."apa sudah jadi dengan IPIS, orang yang pakai jubah diambil nama sedangkan yang bertudung tiga segi dibiarkan begitu sahaja" kemudian datang lagi mesej dari beberapa nombor yang tidak saya kenali...dari mesej2 berikut saya difahamkan pemeriksaan mengejut telah dilakukan oleh pihak HEP yang suci niatnya ingin memastikan pemakaian pelajar IPIS terutamanya muslimat ( tidak dilupakan juga muslimin) mengikuti seperti mana yang tercatat didalam buku peraturan IPIS.Alhamdulillah...Akan tetapi, yang menjadi persoalan dan agak menghangatkan suasana Ramadhan di IPIS kali ini ialah mengapa jubah tidak dibenarkan dan tiba2 sahaja dikeluarkan kenyataan tidak dibenarkan jubah dipakai di IPIS..sangat pelik lagi memelikkan...inilah agaknya yang dikatakan tanda akhir zaman..Islam hilang sinarnya ditempat sendiri...
Kembali kepada cerita tadi...setelah menerima mesej tersebut saya terus menghubungi JPP lelaki yang ada di IPIS bagi memastikan kesahihannya. Tidak cukup dengan itu, JPP perempuan pula dihubungi..akhirnya jelaslah bagai dikata..peristiwa tersebut sememangnya benar2 berlaku...tersangatlah pelik..saya tidak pernah dimaklumkan tentang larangan memakai jubah sebelum ini...tidak pernah menerima apa2 maklumat dari HEP yang menyatakan tentang larangan tersebut.
Tindakan JPP???
Terus saya menghubungi exco dakwah dan helwi. Ternyata mereka peka dengan bidang tugas mereka, mereka turut mengetahui kisah tersebut dan persepakatan telah dibuat walaupun sedang berpraktikum..jam 2.30 hari yang sama setelah pulang dari sekolah .YDP, exco Helwi dan exco DAKWAH ke HEp untuk membincangkan hal tersebut dengan lebih lanjut.malangnya pihak yang berkenaan tidak dapat bersama2 kemudiannya ditangguhkan ke keesokan harinya (selasa jam 2.30).
Hasilnya...
al-kisah yang berlaku menurut penerangan encik md zin. Jubah tidak dibenarkan pemakaiannya di IPIS memandangkan didalam buku peraturan telah dicatatkan tentang pemakaian jubah adalah dilarang..Akan tetapi...harus diingat..bukan jubah yang seperti anda semua pakai sekarang..jubah yang dilarang adalah jubah bagi lelaki dan jubah seluar bagi wanita..Dan tidak dinyatakan lansung didalam peraturan tentang jubah biasa yang anda semua pakai pada hari ini.
Bagi saya, isi perbincangan yang berlaku rasanya tidaklah perlu saya muatkan disini...cumanya hasil dan tindakan dari perbincangan tersebut ialah:
1. Perbincangan yang lebih lanjut akan diadakan selepas ini diantara peringkat atasan.
2.Jubah masih boleh terus dipakai sehinggalah satu kenyataan baru semula dikeluarkan.

Harapan JPP:
1:kepada pihak pentadbiran
- supaya isu jubah ini tidak perlu dihangatkan dan perlu kembali kepada keadaan asal. apalah yang perlu dikhuatirkan dengan muslimat yang memakai jubah berbanding dengan muslimat yang memakai tudung tiga segi yang jelas2 melanggar peraturan seperti yang tercatat dalam buku peraturan.( rujuk buku peraturan ) sekiranya betul2 berpaksikan kepada perturan...-hrp fhm..(memang sememangnya perlu-dimana bumi dipijak,disitu langit dijunjung)
-menimbangkan kembali tentang segala pernyataan yang dikeluarkan..dan perlunya perbincangan dengan segala pihak2 yang terbabit...(kami pun sedang belajar untuk melaksanakan sedemikian dalam segala isu..)
-
sekiranya ada pernyataan baru berkenaan dengan jubah lagi..harapannya...biarlah JPP yang tahu dahulu...

2:kepada pelajar
-pakailah jubah..jangan takut..jangan gentar...jangan cepat melatah...pakai je....kita sama2 berusaha supaya sebarang kenyataan yang bakal dikeluarkan selepas ini dari pihak HEP berpihak kepada si pemakai-pemakai jubah...yang tak pernah pakai jubah belajarlah pakai jubah..
AKAN TETAPI.....pakailah jubah yang sebenar2 jubah...bukan jubah yang sudah cukup labuhnya tetapi terlalu kecik pinggangnya....2 3 bulan yang lalu, saya pernah ditegur oleh pensyarah supaya menegur seorang pelajar yang memakai jubah yang labuh tetapi berbentuk ala-ala kebaya.. JUBAH yang semacam ini sememangnya tidak dibenarkan..mungkin inilah diantara salah satu punca pemakai2 jubah yang lain yang sudah menepati kehendak syarak pemakaiannya turut mendapat kesan.
InsyaAllah..menurut exco HELWI, perjumpaan segera akan dilakukan untuk memberikan penjelasan semula kepada semua muslimat..INsyaALLAH...bergantung kepada keadaan..mengikut kemampuan...dengan izin tuhan.......
yang benar..wakil anda...
...YDP>>

Tuesday, September 09, 2008

Mengembalikan IZZAH Institut Perguruan Islam

AHMAD MUNSIF BIN ISMAIL
EXCO DAKWAH DAN KEROHANIAN JPP 2008/2009
http://abumusleh.blogspot.com

Pada tahun 1970-an, pelbagai golongan masyarakat Islam, para cendiakawan dan NGO di negara ini telah mengemukakan resolusi dan desakan agar sebuah maktab khas bagi melatih guru Pendidikan Islam ditubuhkan. Berikutnya pada bulan Februari 1977 sebuah unit Pendidikan Islam telah ditubuhkan di Maktab Perguruan Ilmu Khas sebagai titik tolak sebelum sebuah maktab tersendiri didirikan.

Kemudian unit ini dipindahkan bagi menjalankan pengajaran dan pembelajaran pada sesi petang di Bangunan Institut Bahasa, Lembah Pantai, Kuala lumpur. Pada bulan November 1977, Unit ini telah meningkat dan ditempatkan di bangunan sementaranya di bangunan bekas Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia di Seksyen 14, Petaling Jaya.

Pada bulan April 1983, Universiti Islam Antarabangsa yang baru ditubuhkan pada tahun itu telah mengambil alih bangunan tersebut dan operasi MPI dipindahkan pula ke bangunan menara dan beberapa buah bangunan kayu tinggalan Universiti Kebangsaan Malaysia di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Pada 14 Julai 1990 barulah MPI menduduki kampus tetap di Seksyen 12, Jalan Sungai Merab. Kampus ini terletak berhampiran Bandar Baru Bangi. Kampus ini yang mula dibina dalam Rancangan Malaysia Ke-5 meliputi kawasan seluas 40 hektar menggunakan rekabentuk berunsur Islam, lengkap dengan kemudahan sebagai pusat latihan guru. Maktab Perguruan Islam telah dirasmikan oleh D.Y.M.M. Sultan Selangor pada 30 Oktober 1992.

Mengangkat dan memartabatkan guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab adalah misi utama MPI sebagai Pusat Latihan Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Oleh itu guru pelatih yang menerima latihan adalah terdiri daripada KDPM, KPLI dan juga melatih KDP, KSPK, PKPG dan Pra PKPG.

Untuk kecermerlangan pentadbiran dan latihan keguruan MPI bersama 26 buah maktab yang lain di seluruh Malaysia telah berusaha untuk memperolehi pensijilan MS ISO 9002. Pada 8 Ogos 2002 MPI telah menerima penganugerahan Sijil MS ISO 9002 bersama maktab-maktab lain. MPI yang telah dikenali sebagai Institut Perguruan Islam Selangor akan terus berusaha bagi meningkatkan sistem pengurusan kualiti berasaskan MS ISO 9001:2000.

Namun begitu matlamat penubuhan IPIS bukan hanya sekadar memartabatkan guru-guru pendidikan Islam. Lebih-lebih lagi dalam keadaan pelajar-pelajar kursus pendidikan Islam yang semakin susut dari hari ke hari. Matlamat IPIS perlu melangkaui sempadan pemikiran sempit. Dalam erti kata lain IPIS perlu meletakkan matlamatnya untuk melahirkan guru-guru yang bertaqwa kepada ALLAH dan mengamalkan syariatnya. Ini kerana misi kita sebagai hamba Allah terlalu besar iaitu untuk melahirkan individu yang beramal dengan Islam, seterusnya mampu membentuk keluarga Islam dan dari itu akan lahirkan masyarakat Islam yang hidup dan beramal dengan Islam dalam setiap gerak geri kehidupan mereka. Dengan terbinanya individu, masyarakat, maka InsyaAllah akan terbentuk sebuah negara yang baik dan diredhai oleh Allah kerana di sana rakyat dan kepimpinannya mentaati perintah dan ajaran Islam secara syumul.

Institut perguruan Islam yang dahulunya dikenali sebagai Maktab perguruan telah mengalami perubahan dan transformasi yang pelbagai. Bukan sahaja dari sudut perubahan dari sudut nama bahkan dari pelbagai yang mmberikan kesan yang tidak sedikit kepada guru-guru keluaran IPIS.
Jika dahulu pelajar IPIS hanya terdiri daripada pelajar kursus Pengajian Islam dan Bahasa Arab sesuai dengan matlamat penubuhannya, namun kini segalanya telah berubah. IPIS bukan lagi bertindak sebagai sumber guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab untuk dihantar ke seluruh pelusuk tanah air tetapi menjadi sumber guru dalam pelbagai bidang pengajian.
Jika dahulu sukar untuk melihat pelajar IPIS berpakaian selain daripada baju kurung atau jubah serta bertudung labuh. Namun sekarang kita mudah untuk melihat muslimat IPIS berbaju T pendek, berseluar jeans, bertuduh pendek lagi jarang di mana-mana. Kalau dulu muslimat sanggup berjubah di luar dan berpakaian sukan di dalam sebelum sampai ke padang permainan semata menjaga kehormatan diri dan izzah IPIS. Namun segalanya kini tinggal kenangan. Muslimin dan muslimat sudah tidak kisah untuk bersukan bersama, bermain bola keranjang bersama, meniarap di hadapan lelaki, duduk menelentang di hadapan lelaki, makan dan duduk studi berdua-duaan. Belum lagi cerita-cerita di liuar pagar IPIS. Segalanya seolah menjadi trend baru IPIS dan seolah sudah menjadi lumrah pelajar IPIS.

Program-program yang dianjurkan semakin kurang menghormati IPIS sebagai sebuah pusat keluaran ustaz dan ustazah. Dalam masa yang sama peraturan-peraturan tidak lagi dihormati. Walhal peraturan-peraturan inilah yang bertindak sebagai acuan untuk membentuk peribadi bakal ustaz dan ustazah.

Bagaimanakah agaknya generasi didikan ustaz dan ustazah IPIS yang kebanyakannya tidak suka atau segan dipanggil ustaz ataupun ustazah ini. Kata pepatah, bapa borek anak rintik. Mungkinkah generasi masa hadapan akan merintik segala tingkah kita pada hari ini? Tepuk dada tanya iman dan tanya sejauh mana usaha kita....