Monday, September 15, 2008

Jenayah dimana-mana...berhati-hati..

Assalamualaikum...
Hampir tersentak jantungku tadi apabila seorang sahabat mengkhabarkan bahawa adiknya yang turut aku kenali disamun semalam di CHOW KIT ROAD..Untuk makluman semua adik kenalanku ini seorang lelaki dan mereka berdua pada ketika itu ( kedua-duanya lelaki) ingin membeli barangan sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.
Yang diceritakan kepada ana, ketika dalam kesibukan ramai di tengah Chow Kit Road, adik kawan ana ini keseorangan membelek barang2 di sebuah gerai manakala yang seorang sedang leka membelek baragan di gerai sebelah. Tiba2..ada seorang lelaki berbangsa asing datang merentap tangannya dengan kuat dan lantas diacukan pisau di perut adik kawan ana ini. Tanpa sempat berkata apa2 tiba datang lagi dua orang mengerumuni adik kawan ana ini seolah-olah sedang berbual. Akan tetapi pada hakikatnya sedang diugut supaya menyerahkan dompet dan handset nya. Peristiwa ini tidak disedari oleh rakannya yang berada digerai sebelah dan si mangsa turut cuba untuk meminta tolong kepada sesiapa yang sedang melihat ketika itu, namun semuanya tidak menghiraukan. seteah diberi apa yang diinginkan, maka berlalulah mereka dengan kepuasan dan tergesa-gesa.Mujurlah kunci motor tidak dirampas. Sesuatu cuba dilakukan ditengah keriuhan ramai, namun sudah terlambat, pemangsa telah pun menghilangkan diri.Pulanglah mereka dengan kesedihan dan penuh kegeraman.
Pesanan ana kepada semua, ana dapati ramai student IPIS yang mula membanjiri KL untuk membeli belah, berhati-htilah kalian semua. Jangan keluar berseorangan walaupun anda seorang lelaki yang penuh ilmu persilatan mahupun kebatinan di dada. Zaman suddah berubah, anadai kita pandai dan bijak, ada lagi diluar sana yang lebih pandai , bijak dan ganas menanti kita diluar sana.
Teringat ana pesanan Ust Ismail Che Ku tahun lepas apabila IPIS dikecohkan dengan berita pembunuhan kakak KPLI di Sungai Song Sarawak tahun lepas.(amat menyedihkan bila mengingatinya. sadis, sedih,sayu,sebak dan penuh tragedi.Baru seminggu konvo,terus menjadi mangsa kerakusan mausia yang bertopengkan syaitan..al Fatihah.) Ustaz cakap kalau nak keluar, berdua bukan lagi angka yang selamat, sekuran2nya tiga baik lelaki apatah lagi perempuan.
Mujurlah IPIS menyediakan penuh persediaan kepada warganya.dalam darussyifa ada diajar doa pendinding. Taekwondo dan silat juga turut disediakan..Cuma..itulah sifat manusia..sudah terhantuk barulah terngadah..selagi tak terhantuk..lekalah mereka..Ingatlah...sesal dahulu pendapatan tidak berguna lagi..Biar mati dengan penuh pertahanan bukan menyerah untuk dibunuh..Kepada semua yang dirasakan mempunyai persediaan, jangan takbur, anda masih lagi belum diuji, ujian yang berbeza akan datang kepada individu yang berbeza sesuai dengan tahap kemampuannya..
setakat pengalaman ana yang kecil cuma ingin dikongsikan bersama, bagi individu yang tidak pernah memegang senjata apatahlagi bermain senjata, mereka akan mudah berasa ngeri dan kurang keyakinan untuk menumpaskan pemilik senjata tersebut. Alhamdulillah, dahulunya sebelum ana mula bermain senjata, ana yang dah silat dari sekolah rendah ni pun takut untuk berhadapan dengan pemegang senajat. akan tetapi, berkat latihan dan berkat doa guru, kuranglah sedikit kengerian saya terhada senjata.Sedikit sahaja...banyak lagi yang perlu dipelajari....
Apa-apa pun...bukannya ana nak promosi persatuan ana dalam blok ni, cuma ana harap semua pemuda-pemudi persiapkan lah diri jangan jadi insan yang terleka dan menyesal dikemudian hari. Belajarlah dengan guru mana pun dengan apa jenis ilmu pertahanan pun dan dimana sahaj pun asalkan tidak melanggar syariat Islam.
dan Jangan terleka...Jerat tidak pernah lupakan pelanduk..YDP

3 comments:

Anonymous said...

Kepada mereka yang terlibat Takziah ana ucapkan..Banyakkan bersabar dan berdoalah...Kepada semua warga ipis berhati-hatilah semasa membeli belah untuk keperluan Hari Raya jangan sampai keasyikkan membeli belah menyebabkan kita kurang berhati-hati dalam aspek keselamatan diri..Ya Allah pukullah orang yang menzalimi kawan kami dengan pukulanMu agar orang-orang lain tidak menjadi mangsa kerakusan mereka...ameen

dark_eky said...

kekadang tue terpikir gk..
kenape manusia leh ade 2 jnis..
yang mangsa n yg jd pemangsa..
walhal 2-2 tue manusia yg samer jer..
haih..
=_=

CARBURATOR JANX said...

org yg buat kerja2 mcm ni sume xfaham konsep keberkatan..
makan hasil orang dengan aniaya orang yg lemah..
minta dijauhkan dari benda macam ni..